Apa khabar??..hehehehe,untuk entry kali ni ana nak kongsi kan dengan antum semua dengan gambar2 ammu(pakcik) ana ke Beijing baru2 ni,so..bukanlah untuk mengada2 atau menunjuk2..cuma untuk antum semua tau tempat di Beijing..nanti x delah sesat kalu pergi kesana…dan di samping itu,tgoklah ciptaan Allah..di samping dapat menambahkan iman apabila melihat ciptaan-Nya…
Salam ukhwah…apa khabar antum semua??macammana dengan sambutan Maal Hijrah 1431H??apakah azam antum semua??ana menghrapkan satu perubahan dalam diri kita semua untuk kita terus berada dlam landasan Allah S.W.T dan seterusnya dapat berlindung atas rahmatnya..insyALLAH..
Jadi,untuk entry kali ni,ana nak kongsi dengan antum semua dengan sebuah wasiat daripada seorang ulama yang terkenal,iaitu as-Syahid Imam Hassan al-Banna,iaitu seorang ulama’ yang mana berdakwah lebih menekankan aspek politik,reformasi dan pelbagai lagi,jadi,sebelum beliau meninggal dunia,beliau telah pun membuat satu wasiat,dan dalam wasiatnya,terdapat 10 perkara yang di pesan,antaranya adalah;
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Itu sahaja wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna,ana harap antum semua boleh faham apa yang terkandung dam wasiat tersebut.
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “
العلماء وريتة الأنبياء
Ulama pewaris para nabi
Jadi,apa kita tunggu lagi,segerelah kita melaksanakan apa yg di wasiatkan Imam Hassan al-Banna kepada kita semua,insyALLAH,kita akan berjaya didunia serta di akhirat kelak,,insyALLAH,..
salam ukhwah untuk semua pembaca blog ana,ana minta maaf sebab dah lama agaknya ana x menulis..terlalu banyak perkara yang perlu ana selesaikan,dan baru-baru ni ana di minta untuk jadi fasilitator untuk kem remaja ISMA (KRIM Negeri Sembilan),selama tiga hari program itu berlangsung,dan penatnya masih lagi terasa,walaupun penat,tapi keseronokan berdakwah dengan pelajar-pelajar yang rata-ratanya dari sekolah menengah sungguh bernilai buat kami fasi-fasi yang kebanyakannya dari PEMBINA Negeri Sembilan,insyALLAH kalau ana ada masa,ana ceritakan serba ringkas akan program tu.
Pejam celik – pejam celik kita hampir saja nak ke tahun hijrah yang seterusnya,agak-agaknya sudah terlaksanakah azam bagi Hijrah 1430??hehe,tepuk dada,tanya diri sendiri.Dalam kesibukan kerja harian kita,dah pun kita melangkah ke tahun Hijrah yang seterusnya,iaitu 1431H..
Sebelum tu,ana nak terangkan tentang bulan Muharram,semuanya telah pun sedia maklum bahawa Muharram adalah tahun pertama dalam tahun islam (hijrah),dan ana pasti antum semua tahu bahawa sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari mekah ke Yatrib (Madinah),kiraan bulan dikira mengikut kiraan Masihi,selepas daripada penghijrahan Baginda barulah di kenali sebagai Hijrah yang mana kita gunakannya sehingga sekarang.
Berapa ramai dalam kalangan kita yang sibuk membincangkan tentang maal hijrah??berapa ramai yang berbicarakan akan hijrah yang akan kita sambut??kebanyakan nya sibuk berbicara akan benda2 yang bukan berbicara tentang ilmu,contohnya,sibuk berbicara tentang artis2,tentang konsert2,tentang politik,tetapi tentang hijrah 1431,sangat kurang kita berbicarakan,jadi ana nak kongsikan pada antum semua apa yang di maksudkan dengan Hijrah.
Hijrah membawa maksud dari sudut bahasanya adalah berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan yang berlainan,dan dari segi istilah nya pula adalah perubahan dalam diri dari melakukan perkara yang di larang ALLAH S.W.T..
hadith dari baginda Rasulullah S.A.W :
المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Pada zaman nabi Muhammad S.A.W hijrah mereka lebih mencabar,baginda telah mendapat suruhan oleh ALLAH S.A.W untuk berhijrah dari kota mekah ke kota madinah,perjalanan baginda dan penduduk mekah sungguh mencabar dan pelbagai rintangan yang baginda harungi demi untuk membentuk islam yang kuat,dengan berbekalkan iman yang teguh dan keyakinan yang tinggi pada ALLAH S.W.T,pada pendapat ana hijrah pada zaman baginda bukan sahaja di tafsirkan dengan perpindahan sahaja,namun pelbagai maksud yang boleh di tafsirkan termasuklah pengorbanan,seperti mana Saidina Abur Bakar As-siddiq memberikan semua hartanya di jalan ALLAH untuk berhijrah sehinggakan hartanya hanya tinggal 5ribu dirham sahaja daripada 40ribu dirham,itulah pengorbanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq,dan seterusnya ana tafsirkannya hijrah ini sebagai satu perpaduan,sebagai mana pada zaman dahulu,dimana penduduk muhajirin dan ansar bsatu setelah berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Kota madinah,dan sebenarnya banyak yang boleh di difinikasikan tentang hijrah ini.
Pada zaman yang serba canggih ini,kita tidak lagi berperang atau mungkin boleh di tafsirkan kita tidak lagi sama konsep dengan zaman penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W,cuma apa yang boleh di definisikan adalah kita boleh berubah dari perkara yang tidak baik,kepada perkara yang baik,mungkin seseorang boleh berhijrah dengan perkara yang baik,seperti mana seseorang yang berazam untuk mengubah kehidupannya dengan perkara yang baik.
Malangnya sekali pada zaman yang ‘terserba’ canggih ini,rakyat malaysia lebih mengetahui akan menyambut tahun baru sahaja,pada awal Moharam mereka abaikan,mana pergi islamnya Malaysia ini??harapkan I/C sahaja melayu dan Islam tetapi masih bukan sebenarnya islam.Rakyat Malaysia akan ‘elert’ bila mana mereka di beri cuti,seperti contoh,
“oh,esok cuti maal Hijrah,patutlah cuti…”
Macamtulah yang mana ana dapat tafsirkan keadaan rakyat Malaysia,mereka x pernah nak nilaikan sesuatu perkara itu dengan ciri yang sebenar,mereka x nilaikan apa itu Maal Hijarah,yang cume mereka biasakan adalah CUTI! CUTI! CUTI!….tapi x pernah mereka berfikir untuk ‘berhijrah’ ke sesuatu perkara yang baru dan baik,teguran ini bukanlah untuk menyindir mana2 pihak,tetapi untuk peringatan kita semua,moga ALLAH beri kita semua hidayah nya…insyALLAH…
Jadi,sempena Maal Hijrah yang akan datang ini,ana doakan agar kita semua dapat menghayati nilai penghijrahan yang sebenar,dan dapat menghayati apa itu ‘hijrah’ dan dalamilah isinya,tanamkanlah niat yang ikhlas dalam azam untuk menentukan kehidupan yang hakiki di akhirat kelak.
Ana nak selitkan pada entry kali ini,dengan peristiwa2 penting dalam bulan Muharram antaranya ;
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
begitu banyak sekali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram,tinggal untuk kita hayati sahaja peristiwa tersebut,bukannya sekadar untuk mendapat cuti dan mengambil masa untuk ‘bershopping’ ‘melancong’,'berjalan2′ dan sebagainya,bukannya tidak boleh,tetapi,apalah salahnya kita mengambil masa untuk menghayati penghijrahan dalam bulan Muharram.
ana juga nak selitkan doa akhir dan awal tahun untuk kita amalkan bersama;
Doa akhir tahun:
Untuk pengetahuan antum semua,doa ini hendaklah 3 kali dan di baca pada akhir solat asar pada akhir bulan Zulhijjah sebelum masuk solat Maghrib,doanya adalah:
hehehe,nampak real sikit untuk doa kali ni..hehehe….
Doa awal tahun :
Doa ni pula di baca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram,daonya adalah:
hehehe…lagi nampak real..
Baiklah,sampai disini sahaja untuk entry kali ni,dan sebenarnya ana punya rumah tengah dalam “upgrade”,hehehe,jadi wayar streamyx ni kejap2 putus,kejap2 ok,hehehe,jadi mungkin lambat untuk ana meng’update’ entry2 terbaru..harap-harap Maal Hijrah kali ini,kita semua dapat menghayati dengan penuh keikhlasan dan penghijrahan yang kita buat biarlah mendapat keredhaan dari Allah S.W.T..amin…
untuk sisipan kali ni juga,ana sisipkan dengan lagu tema Maal Hijrah yang sememangnya dari dahulu lagi kita dah dengar,semoga kita dapat hayati lagu itu dengan tenang dan akhir Kalam “Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H”…
Terlalu banyak perkara yang lebih aula untuk di dahulukan,sehiggakan ana sendiri tiada masa untuk menulis dengan beberapa panjang setiap isu melainkan entry terbaru ana iaitu “jahillyah moden” dan ana hrap antum semua tidak lah terlalu jemu untuk membacanya,insyALLAH..
Untuk entry kali ini ,ana lebih menekankan isu -isu terbaru yang kita sering sahaja membacanya di koran-koran,ana bukan mahu mengulas satu persatu persoalan yang timbul tetapi ana ingin sekali mengupas apa yang sebenarnya rakyat malaysia perlu jelas tentang beberapa isu.
Banyak sekali isu yang terbaru timbul,isu terbaru adalah berkaitan dengan isu penangkapan Dr.Mohd Asri bin Zainal Abidin,atau ada yang mengelarkannya Dr.MAZA,dari segi nama ianya tidak menjadi sebarang isu,akan tetapi yang menjadikan isu adalah sebab penangkapan Dr.MAZA itu,ada yang mengatakan memang patut di tangkap,dan ada pula yang mengeluh dengan penangkapan beliau.
Ana tertarik untuk menulis entry bertajuk sebegini setelah ana berjumpa dengan seorang hamba ALLAH yang mana dia lebih suka dan bersetuju dengan penangkapan Dr.MAZA,dengan alasan dia adalah wahabi dan tambahnya lagi bahawa sepatutnya kerajaan dari dahulu lagi menangkap Dr.MAZA,ana terdiam dan merasakan betapa mudahnya seseorang itu mengikuti perkembangan semasa dan terus sahaja mengklonkusikannya,ana terdiam dan menyampuk bahawa Dr.MAZA bukannya di tangkap kerana ajaran wahabi akan tetapi di tangkap kerana dituduh memberi ceramah tanpa tauliah, dan hamba ALLAH itu tadi terus berkata lagi,beliau mengatakan bahawa Dr.MAZA adalah seorang pelajar lughoh dan bukannya pelajar Syariah,dan maka sebab itu beliau sepatutnya di tangkap kerana kebanyakan pelajar lughoh hanya mengkhususkan bahagian bahasa sahaja,akan tetapi bab-bab hukum lebih menjurus kepada pelajar syariah,sekali lagi ana menyangkal dakwaan beliau yang mana mengikut profil sebenar Dr.MAZA beliau sememangnya berasal daripada pelajar lughoh akan tetapi dalam masa yang sama juga,beliau mengikuti pengajian Syariah di universiti Jordan,jadi,slahlah tanggapan hamba ALLAH itu tadi,tapi ana tidaklah mengatakan perihal itu di hadapannya,cume berkata dalam hati sahaja.
Ini sebenarnya masalah rakyat malaysia,yang mana,mereka suka membuat kesimpulan awal terhadap sesuatu isu,menafsirkan sesuatu isu dengan mengikut akal fikiran,ana bukan untuk memberikan apa-apa komen tentang isu ini ,akan tetapi sengaja mengambil contoh sahaja,jika ada yang inginkan penjelasan yang jelas,bolehlah ke laman blog ini.. www.inijalanku.wordpress.com
Sepatutnya bagi seorang umat islam,hendaklah mereka meniliti dahulu asal -usul setiap isu itu,jangan main serkap sahaja,contoh telah pun ana berikan tadi,bukan setakat isu Dr.MAZA sahaja yang pernah ana lalui malah isu yang membabitkan islam sebelum ini iaitu Isu hukuman terhadap bekas paramugari iaitu kartika yang didapati bersalah meminum arak dan di hakim menjatuhkan hukuman sebat mengikut syarie,itupun masih ada lagi rakyat yang tidak jelas akan isu ini,masih lagi salah menyalahi antara satu pihak terhdap satu pihak,kadang-kala kesalahan tafsiran isu ini juga membabitkan orang yang tinggi pelajarannya,dasyat sekali,Allah S.W.T berfirman dalam al-quran yang bermaksud:
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” Surah al-Hujurot ayat :6
Jelas sekali kepada kita semua bahawa setiap apa sahaja yang kita terima dan dengar,hendaklah kita pergi mencari dahulu sejauh mana kesahihannya berita yang kita dengar itu, dan tidak perlulah untuk menafsirkan sesuatu isu itu terlalu awal kerana ianya lebih mengundangkan bahaya daripada kebaikannya.
Ana harap pada yang membaca entry kali ini,hendaklah kita peka dengan keadaan sekeliling,dan rapat-rapat kan diri dengan koran-koran,sisipkan isu terbaru di Malaysia ini di hujung dada,jangan kita bersikap tidak mengambil peduli akan isu – isu di Malaysia ini,akan tetapi pastikan kesahihannya terlebih dahulu,dan doakanlah agar Malaysia bebas daripada isu -isu yang lebih panas lagi selepas ini,InsYALLAH..
Ana mohon maaf jika tersalah penulisan dan ana sekali lagi minta maaf kerana bukanlah niat entry terbaru kali ini untuk mengupas isu-isu terbaru,insyALLAH antum semua boleh layari www.inijalanku.wordpress.com
Sayonara Jahiliyyah(Selamat Tinggal Perkara yang di larang Syara’)
Perkara Jahiliyyah merupakan salah satu perkara yang di amalkan oleh Kaum Arab Badwi pada zaman sebelum penurunan Wahyu oleh Rasulullah S.A.W. Dan kalau kita sendiri tengok bahawasanya Allah S.W.T telah menurunkan Wahyu kepada Nabi Muhammad S.W.T untuk memulakan Islam dengan “MEMBACA”,dan perkara ini jelas menunjukkan kita bahawasanya tanpa Ilmu,seseorang muslim itu akan sentiasa melakukan perkara-perkara yang sentiasa jahiliyah.Pada Zaman Jahiliyyah dahulu kala,meraka mengamalkan perkara yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam termasuklah membunuh anak perempuan,memakan riba’ dan sebagainya.
Tetapi Pada zaman merubah era glokal ini,dari segi sudut pemahaman Islam sebenarnya kembali kepada Zaman Jahiliyyah,Terkejutkan!!! Ya,sememangnya zaman kita kembali kepada zaman Jahiliyyah tetapi cara Jahiliyyah nya sahaja yang lain,Nak tahu apa yang menyebabkan kita kembali kepada zaman Jahiliyyah????Ini termasuklah perkara – perkara HIBURAN&MUZIK,PERHIASAN&PEMAKAIAN,DAN MASALAH BERCINTA.Inilah sebenarnya perkara-perkara yang mungkin suatu hari nanti kita semua akan terjebak lalu membawa islam ke lembah Jahiliyyah.
Baiklah,ana terangkan satu persatu mengenai perkara-perkara “JAHILYYAH MODEN” ni,yang pertama adalah HIBURAN & MUZIK:
Antum pernah dengar tak lagu dari kumpulan Raihan ini:
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu Indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi terleka”
Ulama’ ada membahaskan mengenai hukum hiburan ini.Pada dasarnya hukum hiburan ini adalah harus akan tetapi akan menjadi haram sekiranya ianya bertentangan dengan ajaran islam atau lebih tepat lagi apabila ianya membawa kepada kelalaian.Dengan sebab hiburan seseorang itu akan menjadi hayal lalu meninggalkan perkara-perkara fardhu seperti contoh meninggalkan solat hanya sekadar ingin menonton drama di televisyen.Hukum asal nya adalah Harus iaitu dikira hukum ibadah.Tidur hukumnnya Harus,makan Harus,minum Harus,dan segala perbuatan yang memberi manfaat di dunia ini adalah harus,akan tetapi apabila perbuatan harus di lakukan pada tiap-tiap hari,akan menjadi kepada perkara Haram,seperti mana dengan hukum mendengar hiburan itu tadi,pada asalnya hiburan itu harus,hanya apabila kita saban hari menjadikan hiburan itu suatu perkara yang rutin ianya akan menjadi haram.
Yang Kedua adalah PERHIASAN & PEMAKAIAN:
Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran:
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu (1) dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu (2) dan Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait (3) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
(1) Maksudnya: isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan ke luar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara’. perintah Ini juga meliputi segenap mukminat.
(2) yang dimaksud Jahiliyah yang dahulu ialah Jahiliah kekafiran yang terdapat sebelum nabi Muhammad s.a.w. dan yang dimaksud Jahiliyah sekarang ialah Jahiliyah kemaksiatan, yang terjadi sesudah datangnya Islam.
(3) Ahlul bait di sini, yaitu keluarga rumah tangga Rasulullah s.a.w.
Dalil ini jelas kepada kita semua bahawasanya Allah melarang kita semua dengan perhiasan yang Jahiliyyah dan bertingkahlaku seperti orang jahiliyyah dahulu kala,seperti mana ana ceritakan pada awal tadi.
Tapi apa dia perhiasan yang Jahiliyyah???ana nak tanya antum semua,adakah antum semua menutup aurat??dan apa itu yang di katakana menutup aurat??adakah sekadar maksud aurat itu,iaitu menutup dari pusat ke lutut untuk lelaki dan hanya muka dan tapat tangan sahaja untuk perempuan??
Ya!memang benar,bahawasanya menutup aurat adalah yang dijelaskan syara’ iaitu menutup aurat dengan pakaian yang di jelaskan syara’.Sememangnya kita semua menutup aurat,akan tetapi dari segi pakaiannya masih lagi kita semua dalam lingkungan jahiliyyah,iaitu tutup aurat dengan sekadar menutup aurat dengan kain-kain yang jarang,kain-kain yang sendat,dan ada satu ketika ana berjalan di sebuah bandar dan dengan tidak disengajakan ana ternampak bahagian belakang seorang perempuan apabila perempuan itu tunduk,nak menunjukkan betapa sendatnya baju yang di pakai oleh perempuan itu,tapi dalam masa yang sama,peremupuan itu memakai tudung,adakah mereka munutup aurat?? Bagi ana mereka tidak sama sekali menutup aurat akan tetapi lebih tepat dengan perkataan membungkus aurat.
Syariat Islamiah menafsirkan bahawa menutup aurat adalah menutup bahagian yang haram di lihat mengikut syarat-syarat tertentu,manakala dari segi bahasa pula,aurat lebih menjurus kepada kekurangan.
Jelas difinisi berkaitan dengan aurat akan tetapi masih lagi yang bermasalah mengenai aurat,bagaimana pula dengan memakai pakaian yang menyerupai agama sesebuah agama selain dari islam,sudah tentunya hakam yang nyata,.
Ana senaraikan apa dia tuntutan syara’ kepada lelaki dalam menutup aurat:
• Pastikan bahawa semua aurat di tutup (pusat hingga lutut)
• Pakaian mestilah tidak sendat sehinggakan menampak bahagian-bahagian aurat
• Pakaian yang di pakai semstinya tidak terlalu jarang sehingga nampak bahagian aurat
• Pakaian yang di pakai bukanlah bertujuan bermegah-megah dan akan menimbulkan rasa riak dan
sombong pada masyarakat
• Semestinya tidak meniru pakaian perempuan hatta sekalipun memakai pakaian yag benar-benar
menutup aurat.
• Bukan diperbuat daripada sutera
• Pakaian yang dipakai semestinya tidak menyerupai orang kafir atau golongan fasiq
Kaum Perempuan:
• Semestinya menutup aurat yang ditentukan syara’ ( semua anggota badan kecuali tapak tangan dan
muka)
• Pakaian yang di pakai mestilah tidak sendat sehingga menampakkan susuk badan
• Pakaian mestilah tidak jarang sehingga menampakkan kulit
• Pakaian yang di pakai mestilah tidak menyerupai orang lelaki
• Pakaian mestilah tidak meyerupai orang fasiq atau orang kafir
• Tidak terlalu riak dalam berpakaian dan bermegah sehingga mendatang riak
• Pakaian yang di pakai perempuan mestilah tidak mempunyai gambar- gambar yang menarik minat lelaki
untuk mendekatinya
Dan yang terakhir adalah isu BERCINTA
Ya,memang benar sekali bahawa isu bercinta adalah isu yang boleh membawa umat islam ke pada lembah kejahilan,ini kerana isu sebegini akan membawa kepada lembah kemaksiatan,dan hukum berada dalam keadaan berdua-duan adalah haram sama-sekali seperti mana entry-entry yang lepas,ana banyak menekankan isu percintaan ini,waimah isu “percintaan Islamic” kononnya.
Isu sebegini sepatutnya bagi umat islam mestilah jelas,dan bukannya hanya memandang sepi akan hal ini,dan semua pihak harulah memainkan peranan penting bagi membentuk anak-anak bangsa dari terjebak dengan isu-isu percintaan monyet yang mana kebnyakannya akan membawa kepada lembah kemaksiatan.
Bagi isu sebegini kebanyaknnya yang terlibat adalah dari golongan-golongan remaja,dan boleh dikatakan bahawa para remaja lah yanag paling banyak menyumbag kepada masalah ini,sehinggakan mereka mengagnggap bahawa isu percintaan ini adalah isu biasa,dan isu percintaan lepas berkahwin adalh isu yang jelek,tetapi itulah yang sebenarnya yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W yang mana Baginda megenali Saidatina Khatijah ketika mana Baginda sudah pun berkahwin dengan Saidatina Khatijah,Jelas sebenarnya bahawa nabi tidak ajar umatnya bercinta ini,waimah ketika kita mahu meminang seorang anak dara hanya beberapa kali pandangan sahaja yang di benarkan dan diberikan kepada seorang lelaki,itu pun hanya dalam keadaan hal-hal tertentu.
Ana tertarik apabila membaca sebuah buku yang mana ana sendiri pernah mengolahnya dalam entry yang lepas,iaitu Pemilik Hatiku selepas Allah & Rasul yang mana sisuami membelikan cincin dan baju hantaran yang besar kerana sisuami menganggarkan bahawa calon isteri nya berbadan besar,ini menunjukkan betapa hebatnya seorang lelaki itu,sehinggakan dia sendiri tidak pernah tahu tentang saiz badan isterinya,dan hanya dapat tahu selepas berkahwin,itu lah yang sebenarnya di ajar oleh islam.
Ini kan tidak! Sebelum berkahwin perasaan mereka adalah seperti orang yang sudah berkahwin,bila ber ‘sms’ menggunakan perkataan ‘sayang’,’manja’ dan macam-macam lagi perkataan yang seperti sudah berkahwin,tetapi lepas sahaja berkahwin,ada sahaja yang tidak kena,perasaan sayang semasa sebelum bercinta sudah mulai luntur,dan ada sehingga tahap cerai berai,itulah kita semua tidak mahu,islam itu mudah,mengapa di rumitkan dengan isu –isu yang kecil.
Jadi ana harap pada yang membaca entry kali ini ,sama-sama kita ambil ikhtibar dan berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya tidak di masukkan dalam golongan “JAHILLYAH MODEN” ini,semoga kita semua dapat mengambil manfaat dalam penulisan kali ini,sama – sama kita perbaiki diri,insyALLAH…
Salam,,,in merupakan “copy” dari blog ustaz fauzi tentang Jemaah Islam,jadi ana harap antum semua boleh faham dengan entry “copy” kali ini,insyaalah…
1. Malam tadi saya berbual-bual dengan beberapa orang kenalan baru. Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk memperbaiki diri dan mengislah persekitaran amat jelas dapat dilihat dari wajah-wajah mereka. Suasana negara yang jauh dari budaya beragama (apa juga bentuk dan nilai agama) menolak mereka ke arah isu survival sebagai seorang muslim. Kesukaran untuk mempraktikkan apa yang mudah di tanahair dapat dilihat dari sikitnya bilangan jemaah yang berkumpul untuk solat Jumaat di dalam dewan yang disewa beberapa jam seminggu khusus untuk itu.
2. Sebagai sebuah komuniti kecil di negara asing, isu kesatuan menjadi isu yang cukup logik untuk dibimbangi. Sikap terus terang menolak untuk lahirnya satu persoalan; kenapa harakah-harakah Islamiah di Malaysia tidak boleh bersatu? Soalan yang cukup terus terang saya jawab juga dengan jawapan yang terus terang, sekaligus saya ingin menambah di entry pada kali ini tentang fenomena tarik menarik dalam menentukan kedudukan dan wala’ seseorang anak di antara sesebuah jemaah dengan ibu bapa dari jemaah lain.
3. Jemaah-jemaah yang ada di medan tidak boleh mengambil hukum khilafah Islamiah. Kesilapan berlaku apabila hadis-hadis sahih berkenaan jemaah, bai’ah dan taat diaplikasikan di dalam satu-satu jemaah Islam. Imam Ibnu Hajar ketika menafsirkan hadis-hadis tersebut lebih menafsirkan perkataan jemaah yang disebut di dalam hadis kepada makna khilafah atau kerajaan Islam; bai’ah kepadanya adalah wajib dan mentaatinya adalah kefardhuan. Lari dari ketaatan boleh membawa hukum bunuh jika sampai ke peringkat membina wala’ baru atau pemberontakan dalam bentuk kumpulan yang nempunyai syaukah (kekuatan). Tetapi hukum jemaah-jemaah Islam lebih tepat diambil dari hadis berkaitan kedudukan amir safar (ketua rombongan sekumpulan musafir); ketua dipilih berdasarkan persetujuan bersama oleh kumpulan kecil itu, keluar dari kumpulan safar tersebut adalah pilihan dan bukannya dosa yang boleh dijatuhkan hukuman bunuh atau dilabelkan sebagai pengkhianat.
4. Kesatuan jemaah-jemaah Islam adalah harapan semua tetapi untuk ianya direalisasikan, ia tidak semudah ungkapan kata-kata. Banyak faktor boleh menyumbang ke arah perbezaan ini menyebabkan isu taadud jemaah (kepelbagaian jemaah) seolah-olah satu suasana sementara yang perlu diterima dan diurus sebaiknya. Suara haram taadud jemaah cukup kuat dilaungkan sekitar 80′an dan 90′an tetapi dengan pengalaman yang mematangkan semua pihak yang terlibat, ia akhirnya tidak lagi bergema sekuat dulu pada waktu ini.
5. Kemungkinan yang membezakan satu jemaah dengan jemaah yang lain adalah manhaj amalnya. Satu jemaah lebih cenderung untuk memperbaiki dari atas dengan merebut kuasa politik, yang lain lebih cenderung untuk memperbaiki dari bawah dengan bergerak di dalam massa. Ada yang lain cenderung untuk memperbaiki dari dalam kerajaan itu sendiri dan mengeluarkan fatwa supaya taat kepada pemerintah yang ada kerana ianya adalah tradisi ahli sunnah wal jamaah. Ada yang mengharamkan penglibatan dalam pilihanraya hatta sebagai pengundi dan ada pula yang melaungkan penegakan khilafah dengan menumpukan aspek kempen semata-mata.
6. Kemungkinan yang membezakan satu jemaah dengan jemaah yang lain adalah marhalahnya dakwahnya. Ada yang melihat jemaahnya berada di marhalah asas dan ada yang melihat jemaahnya berada di marhalah amal terbuka. Ada yang meletakkan target untuk menubuhkan daulah Islamiah lagi 11 tahun dan ada yang meletakkan target itu pada hayat generasi akan datang.
7. Kemungkinan yang membezakan juga adalah karektor pimpinannya. Ada yang suka amal-amal simple dan tidak berani mengambil cabaran. Ada yang lain mungkin tidak ada kekuatan untuk keluar dari blok-blok yang sedia ada. Ada yang tahan dengan cabaran dan ada yang tidak mempunyai keberanian untuk melawan arus.
8. Perbezaan-perbezaan ini sepatutnya membawa kita kepada penakrifan yang matang tentang makna kerjasama antara jemaah. Malang dan amat malang apabila kerjasama sering digambarkan dengan makna satu jemaah perlu lebur dan masuk ke dalam jemaah lain yang kononnya lebih awal muncul atau kononnya lebih diiktiraf.
9. Peleburan sesebuah jemaah bukan format untuk menyelesaikan masalah tetapi saya lebih melihatnya sebagai tindakan tidak matang yang lahir dari sebahagian aktivis dakwah. Apa motifnya …. wallahu a’lam. Tapi nampak macam orang yang melaungkannya tidak menghayati makna perbezaan dan kerjasama.
10. Kerjasama boleh bermula dengan persetujuan semua pihak terhadap beberapa prinsip tanpa perlu peleburan. Kita boleh berbincang tentang prinsip ‘kepimpinan negara mesti di tangan orang Islam’, ‘ketuanan Melayu’ atau namakan ‘ketuanan Islam’ jika kita tidak selesa dengan itu. Kita boleh sepakat dengan prinsip ‘jangan beri ruang kepada orang bukan Islam untuk ambil kesempatan terhadap orang Islam’. Kita boleh bekerjasama tentang kempen Palestin. Kita boleh bekerjasama dalam kempen solat berjemaah, kempen menutup aurat, kempen kurangkan menonton tv bagi anak-anak di dalam rumah dan berapa banyak lagi kempen yang lain. Begitu banyak ruang kerjasama, kenapa peleburan yang dipilih untuk dipaksakan?
11. Berkait dengan itu, adalah menjadi hak mana-mana anak Adam yang berakal dan merdeka di atas muka bumi ini untuk memilih mana-mana jemaah yang akan diberikan kesetiaan dan bakti. Dengan kecerdikan akal manusia untuk menilai manhaj jemaah-jemaah di medan, kesesuaian keperibadian dengan budaya satu-satu jemaah, persetujuan terhadap marhalahnya …. maka bertawakkallah dan buat pilihan.
12. Tetapi masalah kadang-kadang berlaku apabila seseorang itu memilih satu jemaah yang bukan jemaah ibu bapanya. Ibu bapa yang matang akan membiarkan anak melakukan pilihan kerana dengan suasana tanahair yang cukup mudah untuk menghanyutkan remaja, anak yang memilih untuk terlibat dalam mana-mana badan dakwah adalah satu rahmat besar kepada ibu bapa. Berterima kasihlah kepada sesiapa yang menyumbang ke arah pilihan itu.
13. Tetapi apabila emosi mengatasi rasional, ibu bapa mungkin akan mempengaruhi pilihan anak-anak dengan cara paksa atau dengan cara pujuk. Mungkin ancaman dan mungkin juga senjata air mata. Apa-apa pun uslub dan caranya, ia tidak akan menyelesaikan masalah tapi sebaliknya akan menimbulkan masalah baru.
14. Hak ayah di dalam isu ini sepatutnya tidak jauh bezanya dengan isu menentukan kerjaya anak-anak. Yang diperlukan mungkin bimbingan tetapi bukan arahan dan ‘qarar’. Tidak ada kaedah di dunia yang mengatakan kalau ayah tabligh maka anak perlu jadi tabligh, kalau ayah hizbu tahrir maka anak perlu jadi hizbu tahrir. Bayangkan seseorang anak yang berfikir dengan cara fikir seorang anggota jemaah tabligh dipaksa oleh ayahnya untuk menjadi ahli parti politik yang dianggotai oleh ayahnya. Boleh bayangkan apa yang akan berlaku?
15. Tidak timbul isu taat di sini kerana anak perlu taat pada ayahnya sebelum baligh dan selepas itu istilahnya adalah ‘birrul walidain’ (berbuat baik, melayan dengan layanan yang baik, berbakti kepada ibu bapa dan sebagainya). Jauh bezanya antara taat dan ‘birrul walidain’. Jangan campur adukkan kedua-dua hak ini kerana syarak membezakannya.
16. Anak perempuan pula apabila sudah berkahwin, dia perlu taat kepada suaminya dan ‘birrul walidain’. Kepada suami tanggungjawabnya lain dan kepada ibu bapa tanggungjawabnya lain. Juga jangan campur adukkan antara keduanya kerana syarak membezakannya.
17. Anak yang baligh ada kebebasan untuk menentukan kerjayanya, di mana tempat tinggalnya dan bagaimana dia membentuk keluarganya. Bantuan yang diberikan oleh ibu bapa kepadanya untuk mencapai kedudukannya sekarang adalah satu yang perlu dihargai dan dibalas. Tetapi balasannya bukan dengan masuk jemaah ibu bapanya kerana jemaah adalah pilihan berdasarkan kepada banyak faktor lain. Jika kebetulan pilihannya sama dengan pilihan ibu bapanya, mungkin itulah kemuncak kebahagian … tetapi jika tidak sama, ia tidak sepatutnya mengundang rasa tidak senang dan hubungan yang renggang. Hormatilah anak-anak di dalam pilihan mereka kerana itu lebih sejahtera kepada semua pihak sebagaimana anak-anak perlu menghormati ibu bapanya.
18. Pernah jumpa kes anak yang tertekan kerana ibu bapa memaksanya duduk bersama sesudah berkahwin dan beranak pinak? Pernah jumpa kes anak yang sudah beranak dua atau tiga yang rasa tidak selesa kerana terpaksa ikut jadual beraya ibu bapanya? Pernah jumpa kes anak yang tidak selesa dengan kerjayanya kerana itu bukan pilihannya tapi pilihan ibu bapanya? Pernah dengar kes pelajar yang tidak hadir ujian dan tidak study kerana bidang yang diceburinya adalah bidang paksaan ayahnya? Drama swasta banyak menceritakan kisah perempuan sengsara kerana berkahwin dengan calon pilihan ibu bapanya dan bukan calon pilihannya. Kisah yang sama akan berulang jika ibu bapa menggunakan pendekatan yang sama di dalam menetukan jemaah anak-anaknya.
19. Kesimpulannya jadilah manusia yang merdeka di dalam membuat keputusan. Tepuk dada dan tawakkal kepada Allah. Perbezaan jemaah-jemaah tidak mengundang suasana tegang jika diurus dengan baik. Berjiwa besarlah untuk menerima perbezaan kerana jiwa yang kecil biasanya mudah rasa sempit dengan sedikit khilaf.
Assalamualaikum W.B.T..
Salam ikhwah semua,hari ni ana nak kongsi kan apa yang ana dapat dalam sebuah buku yang ana baca baru-baru ni,iaitu mengenai Abu Bakar as-Siddiq..Harap kita semua dapat mengambil ikhtibar dan selalu menjadikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai idola antum semua,,,insyALLAH…
Abu Bakar as-Siddiq ( 570 – 634 M)
Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi.Nama sebenar beliau adalah Abdul Kaabah Bin Usman.Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki di namakan Abdul Kaabah yang bermaksud ayah unta muda kerana pada masa mudanya beliau suka memelihara anak-anak unta .Mendapat gelaran as-Siddiq iaitu membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.W.T.Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau di kenali sebagai Ummu Khoir bererti Ibu yang baik.Jurai keturunannya bertemu dengan jurai keturunan Nabi Muhammad S.W.T iaitu Abu Bakar bin Usman bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir bin at Tamimi.
Abu Bakar as-Siddiq di lantik menjadi khalifah Islam yang pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW pada 632H.Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13H bersamaan 23 Agos 634 H)akibat demam.
Abu Bakar as-Siddiq dilahirkan di kota Mekah dua tahun setengah selepas berlakunya peristiwa tentera bergajah Abrahah hendak meruntuhkan Kaabah.Beliau pedagang yang kaya,terpelajar serta dipandang tinggi oleh kaum Quraisy.Selepas Nabi Muhammad SAW menjadi rasul,maka dia lelaki pertama yang memeluk agama Islam.
Abu Bakar as-Siddiq antara pemeluk Islam yang pernah mengalamni penyiksaan daripada orang Quraisy.Semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar as-Siddiq menjadi teman dalam perjalanan.Mereka bermalam dalam gua Thsur.Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq,Aisyah menjadi isteri Rasullullah SAW.
Ketika Nabi Muhammad SAW sakit,baginda melantik Abu Bakar as-Siddiq menjadi imam.Disebabkan itu,selepas Nabi Muhammad SAW wafat,Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah.Ketika itu umat Islam mula berpecah.Ada yang menjadi murtad,enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.Keadaan menjadi bertambah tegang apabila ada yang berasa mereka lebih layak menjadi khalifah.Mujur Abu Bakkar as-Siddiq dapat mengatasi masalah itu satu per satu.
Walaupun Khalifah Abu BAkar as-Siddiq memerintah hanya selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun sudah berjaya menundukkan mereka yang murtad,enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi.Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman,beliau menumpukan perhatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat islam.
Dibawah kepimpiman Panglima Khalid al-Walid ,tentera islam berjaya mengalahkan tentera Parsi di Syam dan Hirah.Kemudian berjaya mengalahkan tentera Rom di Iraq ,Mesir dan Palestin.
Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar ialah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran.Ini berlaku selepas ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan.Kerana bimbang umat islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka khalifah Abu Bakar as-Sidiiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semula ayat al-Quaran.Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenal sehingga hari ini.
Sebelum meninggal dunia,beliau sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al-Khattab sebagai pengantinya.Dengan ini dapat mengelakkan berlakunya perebutan kuasa selepas kematianya.
Semoga penceritaan tentang Khalifah Saidina Abu Bakar as-Siddiq dapat kita mengambil ikhtibar dan seharusnya antum semua menjadikan Khalifah ini sebagai rolemodel
Asslamulaikum,,,,
Apa khabar ikhwah semua??harap sihat hendaknya,sudah agak lama juga ana tinggalkan penulisan kali ni,bnyak entry – entry yang ana dah siapkan tapi x de kesempatan nak online untuk di postkan pada blog ana ni,almaklumlah,sejak akhir-akhir ni sibuk sikit dengan exam,dan ana rasa antum semua pun mesti tgh dalam proses nak exam di IPT masing-masing,insyALLAH,bitaufiq maannajah..
Baiklah,untuk entry kali ni ana nak ceritakan tentang program yang terbaru ana pergi,iaitu Malam Bina Iman dan Taqwa atau lebih dikenali dengan MABIT,menarik tema yang di keengahkan oleh naqib kali ni,iaitu terdirinya kaitan dengan Tarbiyah + Da’i + Dakwah + Jamaah..Pada malam program kami ddibahagikan kepada dua kumpulan dan kumpulan pertama di ketuai oleh ana sendiri dan kumpulan kedua di ketuai oleh akhi Haikal Hazim,sungguh menarik “LDK” malam itu,iaitu kami di minta untuk membincankan kaitan dengan keempat aspek itu,dan keluarkan satu analogi untuk perbincangan itu.
Baiklah,nak di pendekkan cerita kumpulan ana sedikit merapu dengan anologi yang agak merapu sikit,tapi masih pada dasar yang sama iaitu membincangkan mengenai kaitan keempat-empat aspek itu tadi,setiap dari ahli kumpulan mengeluarkan idea-idea yang cukup bernas sehinggakan naqib kami berkata
“pada zaman dahulu,saidina Umar al-Khattab membaca al-quran pada waktu pagi dan mentafsirkan dan pabila menjelang malam dia mentafsirkan ayat itu berlainan padahal ayat itu adalah apa yang dibacakan pada waktu pagi”
ini menunjukkan bahawanya kita membincankan perkara yang sama sahaja,cuma berlainan pendapat sahaja,walhal benda yang di bincangkan adalah sama sahaja,sebaik menerima teguran sebegitu,kami teruskan kembali huraian aspek itu tadi,.perbicangan seterusnya di teruskan dengan kesimpulan dari naqib kami (Ust.Umair)
——————————————————————————————————–
Ust.Umair :
“Sebenarnya apa yang antum cakap itu semuanya sama sahaja,tanpa ke empat-empat aspek yang ana berikan tadi pastinya dakwah itu tak sampai,cube kalau sekiranya tiada tarbiyah,pastinya x wujud seorang da’ie sebab sifat utama seorang da’ie iailah mempunyai ilmu,bagaimana nak mentarbiyahkan seorang sedangkan tiada ilmu yang mantop,kemudiannya cube kalau tiada dai’ie,pastinya tiada yang penggerak jika tiada dai’ie,sekiranya pula tiada dakhwah,pastinya x wujud juga islam yang mantop,dan sebaliknya kalau tiada jemaah,dan anologi ana adalah sebuah kereta MyVi,cuba antum semua bayangkan bahwa yang ana ialah pemandu iaitu dai’ie,ana mesti ana tarbiyah untuk memantu,betul x?kalau tiada ilmu nak membawa pastinya ana tiada lesen untuk membawa kereta,dan seterunya dakwah,ana mesti bawa kereta dengan betul kalau x,mesti ana akan terbabas,jadi,ana dakwahkan kereta dengan betul dan seterusya adalah jamaah,sekiranya ana nak pergi ke amerika,antum semua percaya atau tidak yang ana akan sampai????pastinya tidak,ana mesti bawak orang yang pandai membawa kereta juga,supaya dapat bergilir dengan ana,dia tidur,ana bawa,ana tidor,dia pula yang bawa,jadi itulah kepentingan jaamah,begitu juga zaman Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang mana kemenangan pastinya di kecapo dengan bantuan jemaah,yang mana jemaah itu semestinya terdiri dari para-para sahabat,jadi itu kesimpualan ana”
Ust.Umair
——————————————————————————————————–
Sungguh menarik perbincangan malam itu,dan kemudiannya kami bersolat isya’ berjemaah dan seterusnya kami keluar makan beramai-ramai,dan tepat jam 11.30 kami semua berlabuh malam kerana keesokannya seawal jam 4 kami semua akan ber Qiam secara fardhi dan berjemaah,..
Keesokan paginya kami bangun awal sebagaimana yang diarahkan dan program di teruskan dengan pembcaan Doa mathurat yang diketuai oleh Ust.Razman Ibrahim dan seterusnya kami semua mendengar satu slot yang di berikan oleh Ust.Sofee bin Mustafa mengenai “Shahadatul Haq”,agak menarik pembentangan beliau,ini kerana banayak di selitkan dengan lawak-lawak,jadi,tiadalah pada ketika itu yang tersenggut-senggut mengantuk,dan tajuknya juga amat menarik,insyALLAH,unutk entri yang lain akan ana ceritakan mengenai “Shahadatul Haq” dan slot berakhir jam 8.00pg dan seterusnya kami di hidangkan dengan roti canai dan seterusnya ana tidak dapat meneruskan program kerana pada pagi tersebut,ana minta untuk di kecualikan daripada program seterusnya iaitu Jaulah di Blue Lagoon, kerana mahu pulang ke rumah awal,ana dapat berita dariikhwah yang lain yang mereka seronok di sana kerana meneruskan aktiviti jungle tracking,dan seterusyan mereka pulang ke asrama,.
Begitulah program yang terbaru anak ikuti dan iainya sungguh menarik,ikhwah semua pastinya pernah pergi program ilmiah,dan ana percaya antum semua pastinya ada pengalama ilmu yang menarik,dan ana harap antum semua meneruskan lagi mengikuti program seperti ni lagi,isyaALLAH,ALLAH akan menolong orang yang melakukan kerja baik,insyALLAH..
Baiklah,sampai disini dahulu entry kali ini,ana selitkan beberapa keping gambar pada hari program tersebut..’
Wassalam,,,
Salam ikhwah semua,apa khabar dengan suasana di hari raya,semasa ana berada si kampung,pelbagai jenis suasana yang ana dapat rasakan,seronok juga rasanya.
Tetapi ikhwah,untuk entry kali ni ana nak kongsikan pada antum semua tentang apa yang sepatutnya seorang umat sempurnakan selepas di tinggalkan Ramadhan.Ramadhan yang lalu pasti akan kita semua rindui,dan kita semua sememangnya mengharapkan pada tahun hadapan dapat lagi kita temui Ramadhan jika di panjangkan umur,InsyALLAH dengan izin Allah S.W.T.Eh,menyimpang jauh pula apa yang ana nak tulis pada kali ini.Sebenarnya ana nak kongsikan pada antum semua tentang Puasa Enam.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W:
Ertinya : “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang tahun”
[Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya]
Hadith ini jelas menunjukkan kita bahawasanya sebagai umat islam,kit aharus berlumba-lumba dalam mencari pahala yang sempurna (FASTABIKUL KHOIRAT),Dalam hati setiap umat islam yang sejati dan tulus,pastinya mereka tidak sabar untuk meneruskan puasanya dalam bulan Syawal yang mana ianya hanyalah di hukumkan sunat sahaja,tetapi bagi ana sendiri,walupun ianya sunat,tapi ana rasa patut bagi seorang umat islam rebut peluang yang ada bagi menambahkan pahala dan insyALLAH sedikit sebanyak dapat terubat rindu di hati pada bulan Ramadhan yang telah pun meninggalkan kita,Bukan setakat Puasa Enam sahaja,waimah ana harap antum semua dapat meneruskan lagi baki pembacan al-quran kita pada bulan puasa yang lepas,kot-kot ada lagi yang tertinggal,bolehlah kita teruskan untuk bacaan harian kita pada musim perayaan ini.
Semua yang ana senaraikan ini bukan untuk apa,untuk menambahkan pahala kita semua untuk hari akhirat kelak,insyALLAH setiap amalan yang kita buat ALLAH sentiasa ‘sematkan di setiap tabir kertas’ kita di syurga,Insya ALLAH.
Dan ini semua ikhwah adalah bergantung kepada ketulusan hati kita untuk melakukan ibadah ini,jika kita buat hanya untuk diselitkan dengan riya’,sudah semestinya kita semua akan mendapat markah ‘kosong’ di akhirat kelak,tetapi untuk mereka yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH pastikan Berjaya menepuh alam di akhirat kelak,insyALLAH.
Hari ni merupakan hari kemenangan bagi umat islam setelah menempuh bulan jihad paling besar sekali iaitu menahan nafsu dari segala godaan dan perkara yang di larang ALLAH dan menahan dari lapar dan dahaga,dan setelah sebulan berpuasa hari ini kita sama-sama menyambut hari raya puasa,insyAllah ana yakin antum semua pasti mendapat tamparan tarbiyah yang hebat dalam bulan puasa yang lepas.
Jadi pada kebiasaannya,umat islam pasti akan memperdengarkan kalimah-kalimah memuji Allah S.W.T yang Maha Esa,Seperti di tempat ana sendiri,malam tadi sahaja sehinggakan tiada ruang untuk di letakkan makanan dalam perut ni kerana sudah masuk rumah yang ke 10,sugguh terasa sekali beraya di desa,meriah dengan alunan Takbir,Tasbih,Tahmid dan Tahlil di malam raya.
Tapi ana nak tanya antum semua,sejauh manakah kita semua menghayati alunan zikir itu,adakah sekadar hanya di bibir sahaja,atau sekadar hanya pelengkap untuk raya sahaja,atau sekadar berasa tidak seronok kerana tidak membuat takbir raya rumah ke rumah??
Penghayatan dalam alunan zikir sememangnya perlu kita hayati dengan sebenar-benar hayati kerana suasana yang menjadi kewajipan kita apa yang ana lihat sekarang ni dah macam nak menjadi adat pula,ada segelintir yang hanya tau makna apa yang mereka lafazkan,dan ada pula segelintir yang hanya melafazkan sahaja,jadi,apa pendapat antum semua dengan perkara ini??
Jadi ana harap apa yang kita lafazkan hendaklah kita sertakan dengan penghayatan sebenar denagan apa yang kita lafazkan biarlah kita semua mengalirkan air mata sekali pun,sesungguhnya hanya Allah yang akan menilai kemampuan kita dalam penghayatan memuji Ke Esaan Nya,dan semoga dalam penghayatan kita di tempatkan syurga yang hakiki,insyALLAH,,
salam lebaran dari ibn habib..
di bawah ni ana selitkan video takbir raya berserta maknanya sekali,,
semoga kita semua dapat manfaat..insyaALLAH..
salam ikhwah semua,,
Apa khabar dengan iman kita pada bulan ramadhan yang bakal meninggalkan kita semua?adakah kita masih di takuk yang sama atau kita sekadar seperti bulan-bulan yang biasa sahaja atau kita menjadi yang selain-lainnya??Ana harapkan antum semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh pengharapan dari Allah supaya di tempatkan kita di syurga kelak,insyALLAH dan sebenarnya ikhwah bulan puasa inilah bulan yang dikatakan bulan tarbiyah untuk umat islam,mana tidaknya semuanya berbeza dari yang lain,seperti contoh,adakalanya pada waktu maghrib kita entah kemana,tapi masuk sahaja bulan Ramadhan,kita semua akan berkumpul bagi berbuka bersama keluarga,betul tak?contoh kedua,pada hari-hari atau bulan yang lain kita semua akan sibuk berbicara mengenai tempat yang ingin dituju untuk makan tengahari sehinggakan ada yang terlupa mengenai perkara- perkara fardu seperti solat dan sebagainya,tetapi apabila masuk sahaja bulan puasa,mereka yang ingin memikirkan mengenai tempat untuk makan tengahari ini akan digantikan dengan membaca alquran dan terus solat ke masjid,tak perlu untuk pergi mencari makan dahulu,ikhwah semua!!HEBAT x bulan puasa??hebat sungguh bulan puasa ni kan???
Sebut bulan puasa ni,suka ana berkongsi pada antum semua satu kenyataan iaitu bahawasanya imam ikutan kita iaitu Syafie akan menkhatamkan bacaan al-quran beliau sebanyak 60 kali dalam masa sebulan,bayankan tu ikhwah!kita???waimah ana sendiri pun x mampu nak buat macamtu..
Sebenarnya entri kali ni ana nak ucapkan كل عام وانتم بالف خير pada antum semua dan ana harap apa yang kita garap pada bulan ramadhan dapat kita teruskan lagi pada bulan syawal yang bakal menjelma ini,dan akhir kalam,sekiranya ana terlanjur kata,tersalah bicara,harap dapat maafkan hamba yang banyak sangat dosanya ini,dan ana doakan antum semua supaya yang dikurniakan Allah syurga yang hakiki,,amin..
Salam alaikum,
Lama sangat rasanya ana tidak menulis,sibuk sangat,sehinggakan ana sendiri tiada masa untuk menulis blog ana ni,apa-apa pun,baru-baru ni ana baru sahaja mengikut satu program yang benar menguji kesabaran,mental,jismiah ana sendiri dan sememangnya proses tarbiyah cara inilah yang selalunya ana idamkan,ok,baiklah..
Sebenarnyamuntuk entry kali ni,ana ingin mengucapkan selamat berhijrah ke bumi an-bia’ kepada semua ikhwah2 malaysia yang ingin bertolak ke Timur Tengah esok (2 Ogos 2009) atau lebih tepat,berangkat ke Mesir,InsyAALLAH ana doakan antum semua di permudahkan urusan di sana,amin,..
Dan ana juga doakan semua ikhwah-ikhwah dari semua agensi,termasuk ISMA(Ikatan Muslimin Malaysia),program SKBA(Selangkah Ke Bumi An-Bia’),Tajaan MAINS,JAIS dan apa-apa jua,ana doakan selamat pergi dan selamat balik,ketahuilah bahawasanya antum semua di bawah lindungan kepak para-para Malaikat,InsyALLAH,,
Dan ana juga ucapkan Selamat Menyambung Pelajaran kepada akhi2 yang sambungkan pelajaran seperti Akhi Nik(UKM),akhi Zul(Ar-raniry,Indonesia),akhi rahmat (Ar-Raniry,Indonesia),dan semua yang sambungkan pelajarannya,,
Dalam entry kali ni juga,ana selitkan beberapa keping gambar ketika program Daurah(Ceramah) baru-baru ni di teratak akhma(www.teratakakhma.wordpress.com),
Banyak ilmu yang ana dapat dlam program itu,termasuklah REHLAH MASYI,iaitu bersempena memperingati perang badar yang mana ketika itu umat islam berperang dalam keaadaan berpuasa iaitu dalam bulan RAMADHAN..sejauh hampir 7KM kami berjalan sehinggalah tiba di masjid RADEN di Kuala Pilah,dari teratak akhma(terletak di sg.dioh),penat jugalah rasanya,tetapi tidak sama penatnya dengan keadaan Nabi Muhammad S.A.W dahulu,kami hanya berjalan,tetapi Baginda berperang bermati-matian..
Baiklah,itu sahaja entry untuk kali ini,dan di bawah ana selitkan beberapa keping gambar ketika ana berprogram sepanjang tiga hari 2 malam,iaitu pada 28 – 30 ogos 2009..
salam ikhwah semua,
Hari ni merupakan hari kedua penantian ana menunggu keluarnya keputusan pointer bagi semester empat yang lepas,ana sedikit berasa takut sebab kebanyakan soalan yang di berikan pada ana ada yang tidak dapat ana laksanakan dengan bijak,jadi sedikit penurunan mungkin akan berlakau,
Baiklah,apa yang ana nak kongsikan pada hari ini adlah,pada pendpat antum semua,manakah yang lebih penting bagi antum semua?pointer atau pandai berkata-kata atau dengan erti kata yang lain,memberi sedikit cermah di hdapan orang ramai?
Misalnya seperti jurusan yang ana ambil,iaitu Syariah,kebanyakan dari kelas ana mendapat pointer yang tiggi dalam peperiksaan,jadi persoalan timbul apabila ana terdengar bual bicara daripada yang mendapat pointer yang rendah memberi riaksi sebegini
“walaupun pointer aku rendah,tapi aku selalu bagi ceramah pada orang ramai”
mendengar dari percakapan beliau,ana terfikir,betul juga cakap mereka,jadi ana berasa sedikit kurang faham di antara kepentingan yang mana satu,samada pointer atau petah berkata2?
apa yang ana dapat simpulkan adalah,kedua2 nya adalah penting bagi kita semua,samada pointer atau pun petah berkata2.
ana ambil beberapa contoh,adakah layak bagi seseorang itu kehadapan memberi sedikit tazkirah dihadapan orang ramai sedangkan dia tidak pernah untuk ke hdapan memberi tazkirah,dan dia di arah ke hadapan hanya kerana dia mendapat pointer yg tinggi dalam peperiksaan,ana rasa sudah pasti mereka terkaku-kau di hadapan memberi tazkirah walaupun mereka pandai dalam peperiksaan.Jadi,ini menunjukkan bahwa praktis kehadapan juga perlu dalam pembelajaran agar hari kelak mereka tidak gagap untuk tampil ke hadapan.
ana ambil contoh yang kedua pula,iaitu apabila seseorang itu sangat lemah dalam pembelajaran,tetapi sangat pandai berkata2,jarang kita temui seperti ini,akan tetapi kita sendiri perlu berhati-hati dengan setiap percakapan yang mereka berikan,berkemungkinan apa yang di smpaikan tidak lah seperti yang terdapat dalam kitab,mungkin mereka mendapat ilmu dari kwan2 atau dengar2 sahaja,walhal sebenarnya memerlukan rujukan yang bnyak dari pelbagai kitab seperti contoh sekarang ni adalah penyebaran hadith2 yang maudu’,begitu banyak sekali ada kalanya mereka menggunkan hadith maudu’ sebagai hujah mereka dalam tazkirah yang diberikan,ini adalah kekurangan yang ana lihat sendiri bagi contoh yang ana berikan ini.
ini bermakna setiap inci persoalan di atas memerlukan kesinambungan yang baik untuk menyampaikan dakwah islam,masakan tiada ilmu boleh berkata2.
Jadi,pada antum semua,mana satu yanga antum semua rasa baik sangat??adakah dengan pointer yang tinggi dan tidak boleh berkata2 di hadapan ramai umat islam?atau sekadar pandai berkata2 tetapi pelajaran makin merosot?
Salam ikhwah,,
hari ni ana terasa nak berkogsi pada antum semua tentang apa yang ana baca suatu hari dulu,berkaitan dengan hadith nabi yang menerangkan kepada kita semua bahawa 7golongan yang di jamin syurga,maksud dlam entry kali ini ana fokuskan pada kita umat islam,dan bukannua 10 golongan sahabat2 nabi yang terdahulu yang di jamin masuk ke dalam syurga seperti Umar al-Khatab r.a,Abu Bakar As-sidddiq r.a dan lain-lain lagi,cume ana nak fokuskan kepada 7 golongan umat islam yang di jamin syurga baginya iaitu;
1.Pemimpin yang adil
2.Seorang yang selalu bermujahadah kerana ALLAH S.W.T
3.Seorang lelaki yang hatinya sentiasa teringat dengan rumah ALLAH(masjid)
4.Dua orang lelaki yang bertemu kerana ALLAH,berpisah kerana ALLAH dan saling menyayangi hanya kerana ALLAH S.W.T
5.Seorang lelaki yang apbila di rayu oleh seorang perempuan untuk melakukan maksiat dan berzina lalu menolak dengan berkata “TIDAK AKU TAKUT AKAN KEKUASAAN ALLAH S.W.T”
6.Seseorang yang bersedekah hanya kerana ALLAH S.W.T dengan hati yang ikhlas sehinggakan tangan kirinya tdak mengetahui tangan kannanya mengeluarkan sedekah
7.Seseorang yang berzikir kerana ALLAH S.W.T sehingga basah pipinya mengingatkan kesalahannya yang terdahulu bersendirian.
Jadi ikhwah,itu sahaja untuk hari ini,jadi….
Renung2 kan dan selamat beramal,,,
salam ikhwah,,,
Minggu ni atau bulan ni merupakan minggu pelajar2 IPTA dan IPTS pulang ke kampus masing..Pelbagai alasan diberikan untuk menangguhkan sesi pelajaran,tapi ana rasa ikhwah semua tidak lah begitu,sememangnya semangat untuk belajar tu masih lagi kuat dalam hati masing2,,
Firman ALLAH S.W.T;
at-taubah 122
maksudnya:
“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”
Jadi ana tahu ikhwah semua dapat mengambil iktibar dari ayat al-quran di atas,dan sementara itu dalam hal yang sama Rasulullah S.A.W. pernah bersabda mengenai kelebihan belajar melalui hadith-hadith berikut yang bermaksud ;
1 -“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan maka Allah s.w.t. akan mendorongkan baginya jalan ke syurga.”;
2- “Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pengetahuan, adalah lebih utama
dari sembahyang seratus rakaat.”;
3- “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim.”.
Banyak hadith -hadith yang berkaitan dengan pembelajaran,banyak kelebihan-kelebihan yang di berikan kepada kita yang selalu menuntut ilmu,jadi ana rasa bagi mereka yang sudah lama untuk cuti semester,pasti tidak sabar untuk meneruskan pelajaran,alhamdullilah,,,
Bagi yang baru sahaja yang melangkah ke alam universiti,baik2 lah memilih teman,pandai2 lah jaga hak peribadi diri kita,dan yang amat penting adalah aurat dan solat,pastikan antum semua tidak mengabaikan alemen2 penting dalam islam,,pastikan 5 rukun itu masih lagi dalam genggaman iman kita,,insyALLAH,biiznillah antum semua akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat,..
Untuk program -program ilmiah pula seperti daurah,jaulah,muqayyam dan sebagainya adalah amat penting untuk antum semua menimba ilmu dan pengalaman,semoga perjalan program antumitu dapat mendidik diri kebiasaan dalam dunia pentarbiyahan,dan ana jamin jika antum semua sanggup mengambil risiko dalam mengikut program insyALLAH antum semua di berkati ALLAH di dunia dan di akhirat..
selamat berjuang dalam menempuh pengembaraan ILMU…bitaufiq wannajah,,
Sudah 3 hari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Sakteriat Mahasiswa/wi Timur Tengah (SMATT) telah membuat camp di tempat ana ni.Program ini melibatkan pelajar 13 tahun dan ke atas,ana hanya membantu ustaz Tuan Mohd Luqman sahaja,selebihnya di fasilitatorkan oleh Peljar2 SMATT atau lebih terperinci lagi,pelajar yang akan berangkat ke mesir dalam bulan terdkat ini dengan tajaan MAINS.Apa yang ana nak tulis untuk kali ini hanya untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat bg menjayakan program ini,syukran…jazakallahu khoiran khastiro,,
Semoga antum yang terlibat menjayakan program ini di berkati ALLAH S.W.T dan di berkati ALLAH dalam setiap ilmu yang diberikan kepada adik2 di felda ini,sekali lagi ana ucapkan JZKK…
Program ini sememangnya bagus untuk adik2 di sini mengenal akan program berbentuk ilmiah sebegini,sebelum mereka berangkat ke alam dewasa..maknanya di beri akan pendedahan awal tentang program ini..
Apa-apa pun kita kena ingat bahawasanya setiap daripada kita adalah daie dan daie semestinya sentiasa berdakwah ke arah khairoh…semoga bentuk pentarbiyahan yang diberikan oleh kita semua dapat memberikan kita bekalan di hari akhirat kelak..insyALLAH…
Jadi ikhwah,ana harap entry kali ini dapat mendidik jiwa kita dlam sama2 memperjuangkan dakwah sabi lillah,..sebelum itu,renung2 kan ayat alquran ini yang mengisahkan 7 orang pemuda yang melarikan diri demi menegakkan agama ALLAH S.W.T..Firman ALLAH ;
…
“…Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemudayang beriman kepad Tuhan mereka,dan kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” >surah al-kahfi 18:13<
سبحان من لا ينام ولا يسحو Ertinya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”
1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab’adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
c. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
1. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka perlu pula melakukan salam sekali lagi.
3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab’adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab’adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab’adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
itu sahaja ikhwah,,jadi,,renung2kan dan selamat beramal,,
salam,,,,ikhwah hari ni ana cube untuk smpaikan sedikit ilmu,insyALLAH sedikit sebanyak dapat memberikan kita sedikit input dalam penulisan kali ni iaitu mengenai perkara yang patut dan tidak patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata
tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
jadi ikhwah,,,,,renung2kan dan selamat beramal,,,jzkk
salam..Apa khabar ikhwah dekat luar sana,lama dah ana tak tulis blog ni,sebab sebelum ni ana agak sibuk sikit dengan program,program terdekat ni pun program di tempat ana ni,”PROGRAM BELIA” 3- 5 bulan 7 ,insyALLAH,,
Apa-apa pun kali ni ana nak selitkan perbicaraan dengan sebuah buku yang dah khatam ana bacanya,,ana ni x memang payah nak baca buku,nak nak nya buku yang cinta-cinta ni,,,tapi baru-baru ni ana di hadiahkan oleh naqib ana dengan sebuah buku,,tajuk buku tu “Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul” karya fatimah Syarha Binti Mohd Noordin..harganya pun x lah berapa mahal sangat.
Apa yang menyebabkan ana terlalu teruja untuk baca buku itu adalah kerana penulisannya yang begitu dalam garis panduan tarbiyah islamiyah,ok lah,,ana cerita sedikit apa yang tersurat dalam buku ini:
Buku ini sebenarnya menceritakan tentang seseorang,iaitu penulis itu sendiri(Fatimah Syarha).Lebih kepada proses untuk mencari jodoh.Dia menceritakan akan dirinya yang di pinta untuk ke lembah maksiat atau dalam bahasa pendeknya bercinta.Beberapa kali hatinya di sunting orang,namun hatinya masih tidak mahu membuka kepada sesiapa,dan dalam proses penolakan cinta itu,penulis banyak mengaitkan tentang islam yang penuh dengan tarbiyah,dan kisah itu di akhiri apabila dia disunting selepas menamatkan pengajian oleh seorang rijal yang penuh dengan keimanan dan pentarbiyahan.Perjalanan cerita ini sungguh menarik.
Ana cadangkan ikwah2 semua mesti dapatkan buku ni segera,ana sebagai seorang remaja yang membaca buku ini merasakan bahawa inilah buku yang boleh membentuk remaja2 yang hangat bercinta.Salah satu penulisan yang membuat hati ana tertarik adalah apabila penulis menyatakan bahawa yang bercinta itu adalah maksiat yang besar,dan apabila percintaan itu membawa kepada perkahwinan ia adalah di anggap dari hasil kemaksiatan,samapai di situ sekali pengolahan dan pengajian beliau.
Bagi penulis,kak ha,insyALLAH ana ingin sekali menjadikan Dr.Farhan Hadi sebagai idolah ana,insyALLAH,,,dan tahniah buat akak kerana pengembaraan dalam buku ini penuh dengan kesan2 pentarbiyahan….TAHNIAH!!!!!!!!!
Bagi ikhwah dekat luar sana,belilah satu,,,tak mahal pun,,,pengembaraannnya pun menarik….
sampai disini sahaja,renung2 kan dan selamat beramal….
ikhwah,ana harap antum semua x terlalu jemu untuk berprogram kerana dalam berprogram lah kita selalunya dapat ilmu dan input terbaru,sungguhpun kadang-kadang kita rasa penat,ya,memang betul,kadang-kadang kita rasa penat,tpi ikhwah,dalam kita penat tu,kita akan rasa sesuatu yang sangat berbaloi dalam kepenatan tu,banyak program-program yang kita boleh pergi,muqayyam,MABIT,daurah,macam-macam lagi lah,,,dan dalam pada masa yang sama,ana percaya antum semua mesti bertambah ilmu,taqwa dan kdang-kdang kita rasa sesuatu yang baru datang dalam diri kita,,,ingat ikhwah!!!!!!!!jangan takut berprogram!!!!!!insyALLAH,,,,,akhirat pembalasannya..
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."
>Surah Al-Maidah 5:8<