ALLAH sebaik-baik PERANCANG!!!

salam muhasabah,

Alhamdulillah,setahun yang lepas telah saya habiskan pengajian di peringkat Diploma dan juga Sijil Tinggi Malaysia(STAM) dan alhamdulillah,semuanya di beri ruang kepada ALLAH untuk jalan yang lebih senang.

Dan Alhamdulillah,sebulan yang lepas saya mengisi BORANG ZAKAT Negeri Sembilan untuk peringkat pengajian yang seterusnya iaitu untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah di al-Azhar,Mesir.Akan tetapi malangnya surat panggilan untuk di temuduga tidak kunjung tiba.Bermakna untuk mendapat kan “sponser” untuk ke Mesir agak mengecewakan.

Dan Alhamdulillah,dalam masa yang sama,sebagai “backup” jika tidak dapat ke Mesir,saya telah pun mengisi UPU atau Universiti tempatan di Malaysia,dan Alhamdulillah,saya mendapat panggilan ke ujian MedSI bagi panggilan pilihan pertama dan ke dua iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Arab(Pendidikan) dan pilihan kedua iaitu Pendidikan Moral,dan ujian MedSI pada 30April2011(sabtu).

Dan Alhamdulillah,dalam masa yang sama,kerajaan mengeluarkan kenyataan bagi sesiapa yang ingin ke Timur Tengah khususnya di al-Azhar,Mesir,hendaklah mengambil satu lagi imtihan(peperiksaan) di Malaysia bagi melayakkan pelajar-pelajar Malaysia ke sana,dan Borangnya telah pun di keluarkan oleh JPM untuk di isi oleh pelajar dan jadual imtihan berkemungkinan pada bulan 6.

———–

APA MOTIFNYA SAYA BERCERITA???!!

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Ayat ini merupakan rentetan dari kisah Nabi Isa a.s ketika mana menyeru kaumnya kepada agama islam.Dan ayat ini juga merupakan ancaman kepada orang kafir yang engkar akan dakwah Nabi Isa a.s kepada mereka.

Mereka merancang untuk menyalib dan membunuh Nabi Isa a.s.Walaubagaimanapun perancangan mereka atau muslihat mereka di hancurkan oleh ALLAH yang mana dalam ayat yang seterusnya ALLAH menceritakan bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s ke langit sehinggalah Hari Qiamat.

Tafsir fi Zilalil Quran penulisan Syed Qutb menceritakan bagaimana perancangan ALLAH itu memusnahkan perancangan jahat kaum kafir quraisy.

Bagaimana ALLAH mematikan dan mengangkat Nabi Isa a.s kelangit itu adalah merupakan urusan ALLAH S.W.T dan tidak perlu untuk kita memikirkan urusan ALLAH dan perkara ghaib.Dan tidak perlu untuk di bahaskan dan di debatkannya.

Ayat ini (surah al-’Imran ayat 54-58) jelas kepada kita bagaimana rapi dan hebatnya urusan perancangan ALLAH demi untuk membatalkan urusan rancangan tipu daya kafir quraisy.

Rujukan :
1- Tafsir al-Quran
2- al-Quran al-Karim bi riwayat hafsin li qiroati ‘asim (al-Tafsil al-maudu’ie) bil tadrij alluni(Bewarna)
3- Tafsir fi zilalil Quran,Syed Qutb Jil 1 m/s 403

sahabat-sahabat sekalian,kadang kala kita rasa mengeluh dengan apa yang kita buat,dan kadang kala kita rasa amat lah berputus asa dengan apa yang kita lakukan…

“aku dah apply UPU(Universiti) tapi x dapat”…

“aku dah minta kerja kosong tu,tapi x dapatt”..

“aku dah mohon bantuan zakat,tapi x dapat”..

“kenapa semua yang aku mohon x dapat?!!!”

Jika lah di takdirnya hatinya kosong dan lemah,saya yakin dan percaya bahawa pertama salahnya adalah di tuding pada ALLAH s.w.t kerana apa yang di minta sering tiada hasilnya.

Kita sering berdoa,sehingga menangis meminta dari ALLAH…

Kita kerap solat dan adakalnya tiada harinya selewat sebelum subuh untuk bangun mengejarkan Tahajjud dan hajat..

Kita kerap melakukan amal ibadah yang baik sehingga ada masanya merasakan tiada titik hitam dalam hati…

Tapi kenapa ALLAH sering sahaja tidak penuhi apa yang di hajati?kenapa ALLAH tidak tunai apa yang kita minta?

Adakalanya kita lihat mereka yang sering abai tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH sering ALLAH beri kesempatan pada dia untuk mendapat yang terbaik.

APA YANG PERLU KITA BUAT??!!

1 - Ingatlah bahasanya ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia- Sahabat,Setiap yang ALLAH jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia.ALLAH jadikan segala kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya dan ingatlah bahawa ALLAH tidak menjadikan dugaan yang kita terima itu adalah sia-sia.Pernah atau tidak kita berfikir betapa ALLAH sayangkan kita setiap kali kita di timpa musibah walaupun kita sering berdoa pada ALLAH?Ingat lah sahabat sekalian ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk lakukan.

2 – Tenang kan hati dengan zikruLLAH - Sahabat,ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman!ingatlah kepada ALLAH dengan mengingat sebanyak-banyaknya”,InsyALLAH dengan adanya zikir dalam hati dapat mengahalang kita dari berprasangka buruk pada ALLAH S.W.T.

3 – Sentiasa ingat bahawa ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG - Sabahat,Seperti dalam permualaan penulisan saya,ALLAH berfirman وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ yang membawa maksud “Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.Ingatlah sahabat,ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua,mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik,maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan,ingat tu sahabat!!ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!

4 – Jangan berhenti Untuk Berdoa dan terus berdoa – Sahabat,teringat saya pada satu hadith Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud “pedang umat mu’min itu pada doanya” dan ALLAH juga berfirman dalam al-Quran dalam surah al-mu’min yang mambawa maksud “Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada ku,nescaya pasti aku akan perkenankan..”..Sahabat,ini janji ALLAH,mana mungkin ALLAH tidak mengotakan janjinya,pasti ALLAH mendengar setiap rintihan doa dari kita.

Namun,pasti sahaja dari kalangan kita terdetik dalam hati mengenai point yang ke -empat iaitu berkaitan dengan surah al-mu’min ayat yang ke 60.Pasti ada kalangan kita yang berkata…

“aku dah banyak kali berdoa,tapi ALLAH tak makbulkan juga”…

MasyALLAH sahabat sekalian ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH suka akan rintihan hamba-hambanya tatkala kita berdoa kepada-Nya,ALLAH rindu untuk mendengar suara kita merintih mengharapkan hajat kita di perkenankan.

Hampir sahaja semua umat manusia lupa setelah hajat mereka di perkenan ALLAH,berapa ramai dalam kalangan kita mengucapkan syukur tatkala mendapat kemenangan??berapa ramai??

ALLAH rindu akan doa2 umat islam,sengaja ALLAH melambatkan perkenan doa kita kerana yang utamanya pendapat saya,ALLAH rindu akan rintihan hamba-hamba-Nya.

Baiklah sahabat,….

ALLAH sebaik-baik perancang….

Jangan lah sesekali kita menyalahkan takdir…

Mungkin kita tidak mendapat tawaran kerja di tempat yang kita minta ALLAH gantikan dengan KERJA YANG LEBIH BAGUS….

Mungkin kita tidak mendapat universiti yang kita minta ALLAH gantikan dengan UNIVERSITI YANG LEBIH BAGUS

Mungkin kita tidak mendapat bantuan ketika waktu belajar ALLAH gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah…

Ingatlah sahabat!!!!ALLAH sebaik-baik perancangan!!!Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan kita adalah TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH…

23 Responses

  1. saya datang mencarik ilmu disini

  2. terima kasih untuk peringatan ini..

    minta izin untuk copy boleh?

  3. maaf… saya kurang pasti tentang terjemahan surah ali-imran ayat 54… jika saya silap tlg betulkan.. maaf

    • salam wbt..Maaf juga,alhamdulillah..saya dah perjelaskan asal usul atau sebab nuzul(sebab turun) ayat surah al-’Imran (54) ini..saudara Muhammad boleh lihat kembali,ada sedikit penambahan..maaf atas penulisan yang kurang jelas.. :)

  4. sya nak share..hehehhe…bole????

  5. salam alaik…mf..saya semak surah Ali Imran ayt 54 bukan yg tu…
    rsenye prlu tgk semula…sebb sy pon cri surah asal untk mksud ayt trsebut…

    • owh mf…sy yg trslh pndg brgkali…
      mksudnye lbih krg mgkin…
      atau ayt ni ade jgk pd surah laen?

    • salam wbt..Maaf juga,alhamdulillah..saya dah perjelaskan asal usul atau sebab nuzul(sebab turun) ayat surah al-’Imran (54) ini..saudari boleh lihat kembali,ada sedikit penambahan..maaf atas penulisan yang kurang jelas.. :)

  6. alhamdulillah..segala perkongsian ilmu dapat d isi ngn baik..syukran ^_^

  7. Pengisian yg bagus. Berpesan2 kepada kebenaran ;)

  8. terima kasih sahabat..tenang sdikit selepas membaca..terima kasih n as’salamualaikum

  9. Alhamdulillah dapat ilmu..

  10. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu

  11. saya ambil sedikit petikan ayat Quran dari blog saudara. Maaf jika ia menyusahkan.

  12. terima kasih banyak2 Dik….mudah-mudahan Allah S.W.T melipatgandakan lagi ilmu adik…teruskan…

  13. mohon copy.. =)

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers

%d bloggers like this: