Alhamdulillah…syukur pada ALLAH kerana nikmat yang telah di berikan di atas dunia ini..
Alhamdulillah…syukur pada ALLAH kerana pada 20 Ogos 2011 yang lepas telah terlaksananya azam tahun ini,untuk ke Mesir bagi menyambung pelajaran peringkat Iajazah Pertama.
Pada saat dan ketika saya menulis ini,hati masih lagi panas teringat akan kampung halaman.Pertama kali berhari raya dengan sahabat-sahabat di Mesir.Banyak coretan bingkisan yang sememangnya menjadi sejarah dalam hidup ini.
_____________________________________________________________________________________________________
10 Tahun yang lepas…
Saya berada dalam tingkatan satu di Sekolah Menengah Palong Sebelas,Gemas,Negeri Sembilan.
-Ketika itu saya berada di Kelas Ibn Sina,iaitu kelas aliran agama(kelebihan pada Bahasa Arab)
-Ketika itu masih mentah untuk memikirkan masa hadapan
-Ketika itu tak terjangkau dek fikiran yang akan ke Mesir
-Ketika itu bermain di fikiran hanyalah untuk belajar sehingga peringkat SPM sahaja
8Tahun yang lepas…
Saya berada dalam tingkatan tiga di sekolah yang sama.
-Ketika itu mengalami sedikit perubahan apabila tinggal di asrama
-Ketika itu di beri mandat biro sahsiah di asrama
-Ketika itu mula berfikir untuk masa hadapan
-ketika itu mula tersemai erti cinta sedalamnya islam
-ketika itu sungguh berfikiran kecermelangan
-Ketika itu juga lah tertanam akan ke Mesir selepas beberapa orang ustaz graduan Mesir muncul dalam hidup
5Tahun yang lalu…
Saya berada di Tingkatan 5di Sekolah Menengah palong Sebelas,Gemas
-Ketika itu saya berada di kelas 5 Sains kejuruteraan
-Ketika itu hanya berfikiran Sains dan juga Kejuruteraan
-Ketika itu juga bercita-cita menjadi jurutera,doktor,dan sebagainya
-Ketika itu jauh sekali akan tergapai cita ke Mesir
-Ketika itu lah terasa kebersungguhan untuk terus menggapai impian,walaupun mustahil
1Tahun yang lalu…
Saya berada di Kolej UNITI Port Dickson meneruskan Pengajian diploma
-Ketika itu merupakan seorang graduan Diploma Pengajian Islam(Syariah)
-Ketika itu merasakan tiada yang meutahil dalam dunia ini
-Ketika itu terasa seoalah impian akan tercapai
Sekarang 2011…
Alhamdulillah,ALLAH beri peluang kepada saya untuk sama-sama dalam mencari ilmu di BUMI KINANAH ini..
ALLAH3…menitis air mata tatkala meninggalkan Keluarga di Malaysia,…
Juga menitis air mata keriangan tanda impian akan jadi kenyataan…
Dulu hanya menghantar hati sahaja ke Mesir ni,tapi harini ALLAH hantarkan sekali jasad disini..
Benarlah kata ALLAH dalam surah al-imran “..Apabila kamu ber’azam,maka bertawakkallah kepada ALLAH..”
Alhamdulillah…
___________________________________________________________________________________________________
Pesan buat adik-adik yang membaca…
- Jangan mudah putus asa dalam pelajaran
- Jangan rasa sesuatu yang kita buat itu adalah mustahil untuk berlaku
- Jangan cepat mengalah dalam apa jua bidang kita ceburi
- Banyakkan berdoa pada ALLAH
- Jadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran yang akan datang
- Berusahalah untuk diri anda sendiri
- Dan akhir sekali,berazam dan bertawakkal lah dengan apa yang kita lakukan,dekatkan diri dengan ALLAH.
Semoga perkongsian dapat memberi motivasi kepada adik-adik di luar sana,ingatlah,tiada yang mustahil dalam dunia ini kecuali kita cepat putus asa dan mengalah. Berusaha,Berdoa,dan Bertawakkal kepada ALLAH SWT..
Semoga kita semua di beri hidayah dan keampunan daripada ALLAH SWT..ameen…
Filed under: ilmu akhirat




slm wbt…
teruskan perjuangan
smoga sntiasa berada dlm rahmat-Nya
syukran ya sodiqi..samalah kita,semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH…teruskan perjuangan kita..
insyALLAH lain masa boleh ketemu…
insya-Allah