You are What you Read!

 

you-are-what-you-read

Sebuah meja yang di punyai oleh seorang pelajar IPT kebiasannya akan di penuhi dengan buku-buku kuliah dan buku-buku tambahan.Nampak pelik jika berlaku sebaliknya.

Pesta buku,pameran dan jualan di Kaherah,Mesir merupakan upacara yang sememangnya di tunggu-tunggu Mahasiswa mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir.Tahun 2014 mencatatkan sejarah bagi saya tatkala menghabiskan sebanyak lebih kurang LE1500 untuk saya peruntukkan membeli kitab-kitab rujukan.

Sememangnya pameran buku di Mesir mempunyai kelebihan tersendiri termasuklah harga kitab-kitab yang berjilid-jilid dengan harga yang cukup murah.Bagi mereka yang sedang menyiapkan tesis-tesis yang memerlukan rujukan kitab-kitab yang banyak,pameran buku di Mesir merupakan tempat sesuai untuk membeli belah.

Pengaruh atau sebaliknya?

Cukup sekadar gambaran awal mengenai pameran.Persoalan kepada Mahasiswa/wi pula,bagaimana memanfaatkan buku atau kitab yang di beli.

Saya menjangkakan,kemeriahan membeli buku sedikit sebanyak sebenarnya di pengaruhi oleh rakan-rakan yang habis beribu-ribu membeli buku.Tambahan,anda merupakan seorang mahasiswa yang mengkaji mengenai ilmuan islam atau apa sahaja,masakan tiada lansung buku rujukan untuk di beli.

Memanfatkan buku yang di beli merupakan nilai utama paling besar yang sepatutnya di tunjukkan.Gaya dan cara memanfaatkannya adalah dengan menjadikan buku itu sebagai sumber asal kepada semua perbahasan atau carian perbahasan.

Saya tidak hairan jika ada yang tidak dapat menghabiskan bacaan buku yang berjilid-jilid dalam masa setahun,tetapi saya lebih hairan jika ada yang membeli dan menjadikannya sebagai perhiasan di rak-rak buku yang cukup gah!

Biarlah nilai buku dan kitab-kitab yang di beli tersemat dalam hati sebagai perisai dan benteng ketahanan iman dan akal,dan akhirnya membentuk keperibadian kita sebagai seorang hamba Allah yang beriman.

Buku yang anda baca merupakan guru dan panduan yang paling besar dalam kehidupan seharian,semakin banyak kita membaca buku dan menjadikan rujukan,semakin kita kehadapan menjadi seorang hamba Allah yang taat atas alasan mensyukri nikmat pemberian Allah SWT

Akhirnya mereka-mereka yang masih lagi lemah dan lemau dalam pembacaan mereka,boleh di ibaratkan mereka seperti berpusing dalam kejahilan mereka sendiri.Mereka lemah dalam memahami situasi,mereka lemah dalam percaturan hidup,juga kusut menguruskan keperibadian mereka

Anda adalah apa yang ada lakukan sekarang,juga anda adalah apa yang anda baca!

Musuh Allah dalam COMANGO

SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO!

 

UMAT YANG DI TINDAS

3Negara yang menentukan jatuh bangun umat islam.Mesir,Turki dan Malaysia.

Andainya perjuangan Islam hancur jatuh dalam ketiga-tiga negara ini,pastinya Dunia bakal menjadi huru-hara.

 

PERJUANGAN MUBALIGH KRISTIAN DI MALAYSIA

Mesir di tindas dan di cabuli sekali lagi hak dan nasib rakyatnya akibat rampasan kuasa  sipengkhianat General Sisi.Belum cukup untuk bernafas memegang tampok pemerintahan sudah di campak kembali zaman penderitaan.Itulah senario yang terjadi di Mesir.Saya menyaksikan sendiri bagaimana perit dan letihnya hidup di Mesir yang seumpama lalang.Kejap ke kiri,kejap ke kanan.

Di Malaysia pula berlainan kisah dan perang nya.Kalau di Mesir boleh di katakan perang pembunuhan yang sebenar,tetapi di Malaysia,kita berperang dengan pelbagai isu termasuklah politik,agama dan sebagainya.

Isu penubuhan persatuan COMANGO yang cuba mencalarkan hati-hati orang yang beriman cukup membuka mata kita bagaimana liciknya mereka untuk menjatuhkan islam.Tuntutan yang sememangnya melanggari tuntutan Allah swt kepada umat islam.Tatkala hati makin pedih,air mata mengalir memikirkan nasib Islam di Malaysia dan seluruh alam.

Kita tiada kuasa kuat nak menjatuhkan mereka,kita juga tiada daya dan upaya untuk menewaskan musuh-musuh Allah ini.

Pimpinan sibuk dengan mengejar ahli undi,sibuk menjaga periuk nasi masing-masing,tiada satu pun yang benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam.

MENGAPA KITA TIDAK BERSATU?

Adakah menunggu jiran-jiran kita di murtadkan?Adakah menunggu anak-anak kita sendiri di murtadkan?Setelah selesai semua sekali di murtadkan,masa tu baru nak bersatu?Ketika itu,tidak perlu lagi  bersatu,hanya tunggu balasan azab siksaan Allah swt.

Antara tuntutan COMANGO adalah merialisasikan tuntutan hak asasi manusia dalam pelbagai perkara termasuk kebebasan seksual iaitu menghalalkan Gay,Lesbian,Transexual,Bisexual.

Cukup mendengar perkataan-perkataan yang menjijikan ini sudah cukup mampu untuk membuatkan hati menolak 100% tuntutan ini.Tuntutan ini hanyalah bersifat nafsu semata,juga bersifat menunggu azab dari Allah.

Walaupun begitu,umat islam semakin cair,cair dengan kebebasan beragama,hingga keluar dari mulut mereka perkara-perkara yang keji:

 

“Biarlah mereka nak Gay ke,nak Lesbian ke,asalkan tak kacau orang lain”

“Kenapa nak guna sistem syariah di Malaysia?”

“Kenapa perlu sekat Syiah?Itu hak mereka untuk beragama”

 

Dan akhirnya umat semakin cair dan cair sehingga menghalalkan yang haram dan terus di buai sang musuh Allah.

Bersamalah kita walaupun sedikit usaha membenteras segala jenayah tuntutan yang bercanggah dengan umat islam.Juga menolak penyebaran ajaran-ajaran agama Kristian di Malaysia.

Jangan tunggu sehingga semua sekeliling kita sudah di murtadkan barulah kita terasa kehilangan nilai-nilai iman di dalam hati.Biarlah kita sedar mulai dari sekarang!

Dengan itu saya memohon kepada semua pembaca untuk meluangkan sedikit masa mengisi “petition” SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO

Semoga perjuangan kita yang sedikit ini di lihat besar di sisi Allah swt dan akhirnya kita bertemu dengan Allah dalam keadaan menegakkan kalimah Allah swt.

 

“sign petition”  di sini: SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO

Mendidik itu Tarbiyah.

university of tarbiyah

 

 

 

 Tarbiyah bermaksud dari perkataan Arab.Iaitu bermula dari huruf Ro dan Ba yang membawa maksud meningkat.Dan kemaudian boleh di ertikan dalam kata bahasa melayu mudah “Mendidik”.

 

Hampir sebulan setengah  bergelar guru ganti di salah sebuah sekolah menengah sekitar Port Dickson.Tugas guru zaman sekarang tak sama dengan apa yang kita selalu fikirkan.Guru banyak cuti.Guru gaji besar,dan sebagainya.Sebenarnya mereka memang selayaknya bergaji besar dan selayaknya cuti panjang berehat setelah penat mendidik anak-anak.

 
Minggu pertama,hampir semua kelas saya ajukan soalan yang sama.Saya ajukan soalan yang bagi kita cukup ‘basic’ jika ditanya.Malangnya,mereka seolah baru pertama kali mendengar.Saya tanyakan mereka mengenai “SOLAT”.

 

Setelah seminggu,barulah saya sedar bahawa tugas guru,bukan setakat mendidik,malah mentarbiyah mereka dari sudut akidah,akhlak,dan sebagainya.

 

Permulaan minggu ke dua,hampir 40% pelajar apabila setiap kali berjumpa dengan saya,mereka akan cakap “saya dah solat ustaz”

 

Beza ketara apabila seorang guru itu hanya ingin menghabiskan silibus dengan seorang guru yang bercita-cita mengubah seorang pelajar itu menjadi seorang insan yang berguna.

 

Teringat saya apabila menggunakan kaedah yang jarang berlaku di sekolah.Masuk sahaja di dalam kelas,saya akan minta semua pelajar berdiri,dan keluarkan semua pelajar yang tidak solat subuh,dan dengan segera saya minta mereka solat subuh walaupun ketika itu jam 9.30pagi.Nampak pelik,tapi akhirnya mereka terkesan dengan keesokannya mereka berusaha untuk solat subuh jam 6.00pagi.Kaedah yang tidak masuk akal,tetapi jika di olah dengan pendekatan hati,insyAllah mereka boleh berubah.

 

Tidak perlu menggunakan rotan,atau penampar dan sebagainya,sebaliknya menyantuni mereka dengan hati dan gerak kerja kita yang ‘sekepala’ dengan mereka.Hampir 60% guru di sekolah menjadi api,apa salahnya mereka yang 40% menjadi air.

 

Nampak mudah,tetapi sebenarnya susah untuk di praktikan,tetapi saya telah buktikan bahawa kaedah dan cara pendekatan ini berjaya walaupun saya hanya mengajar sekitar sebulan setengah.

 

Hari pertama,di takdirkan Allah saya di minta memberi tazkirah di dalam surau yang besar sekitar 300 orang pelajar.Di situ jugalah saya temui kelemahan yang besar.Sekitar 6-7 orang yang mengangkat tangan apabila di tanya mengenai solat.

 

Pada hari terakhir ,di takdirkan Allah juga saya di minta memberi tazkirah di dalam surau,hati menjadi luluh tatkala yang mengangkat tangan ketika di tanya mengenai solat sekitar 20-25 orang.

 
25 orang tak ramai,tapi jumlah itu membuktikan bahawa mendidik itu Tarbiyah,yang mana asalnya perkataan ‘meningkat’.Alhamdulillah mereka meningkat.

 

Itulah Amanah yang Allah berikan selama sekitar sebulan setengah mentarbiyah anak-anak mengenal erti hidup,mengenal siapa Allah.Amanah yang sangat berat,tetapi saya simplekan amanah itu dengan meletakkan ‘Allah’ adalah penolong segalanya.

 

Guru sepatutnya melihat unjuran masa hadapan.Meletakkan target ketika mengajar.Dan membentuk mereka ke arah kebaikan.

 

Sebab mereka ini adalah “Generasi harapan” dan tugas Guru adalah “Menbentuk Generasi Harapan”.

Cukup – cukuplah akhi..

images (5)

Jangan mimpi sekiranya ada berada dalam jemaah yang hebat anda mampu seiring bersama orang beriman untuk masuk syurga.

Jangan mimpi untuk bersama di hisab Allah di akhirat kelak dengan amalan kebajikan atas sebab anda berada dalam jemaah yang hebat.

Cukup-cukuplah berangan-angan di atas angin !

Cukup-cukuplah kepala kosong tak di hentak benak !

 

————–

Nukilan buat Sang Daie.

 

 ” …الواجبات كثير من الأوقات “

“Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.”

Benak sangatkah kita sampaikan setiap hari tidak terngiang-ngiang di telinga pesanan as-Syahid Imam Hassan al-Banna ini?

Anda dalam jemaah yang cukup hebat.Rasa diri sentiasa dalam yang benar.Tiada salah,tiada khilaf.

Sambil menuduh jemaah lain salah,jemaah lain silap.

Pernah lihat diri sendiri?Cukupkah Tarbiyah dalam diri?

Bagaimana subuh anda tadi?Adakah di Masjid atau lewat di rumah sendiri?

Cukup-cukuplah  manjakan diri tu,

Usrah sampai malam,hujah tak siapa canggah,Sahabat model ukhwah,tapi amalan tak sama dalam usrah,tak seindah dalam ukhwah.

Nukilah buat sang Daie yang leka dalam beramal,leka dalam mendidik diri,leka Allah itu ada memerhati.

 

—————

Musuh Diri Sendiri.

 

“Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.”

Saya baru terbuka laman web DAP Sosialis Youth, juga European Liberalisme Youth dan Young Liberalisme America.

Purata mereka berada sekitar umur kita semua.Umur pemuda,20-30 tahun.Perbincangan mereka sekitar mengenai bagaimana strategi menghancurkan Islam,bagaimana pemerintahan selepas berlaku revolusi,Apakah kelemahan institusi kerajaan Islam dan sebagainya.

Bayangkan,pada umur sekitar kita perbicaraan mereka seolah ingin memerintah Negara.Mereka berstrategi.Juga bermatlamat besar.

Dan mereka siapa?

Adakah mereka bakal memimpin islam?

Atau bakal membangunkan syariat islam?

Tidak sama sekali,mereka adalah musuh utama umat islam yang merancang menjatuhkan islam.

Tersenyum bila nak di bezakan dengan kita yang sepatutnyalah menegakkan kalimah Allah.Sepatutnya kitalah yang membincangkan perbincangan seperti mereka.Sepatutnya kitalah yang terkehadapan dalam isu-isu mempertahankan islam .

Tapi kita sibuk apa?

“akhi bila nak kahwin?Dah isi borang?”

“akhi minta akhawat Medic atau Agama?”

Dan perbincangan menjadi panjang meleret yang akhirnya menjadi fitnah.

Cukup-cukuplah akhi,

Musuh islam nyata mereka lagi kehadapan.Cukuplah dengan perkara-perkara furu3 tu.Kalau nak kahwin cepatkan urusan,kalau nak tidur carilah bantal,jangan biar mulut berbicara panjang,usaha bagai angin bawa sampah !

————–

Biarkan Bermimpi.

 

Cukup-cukuplah berangan-angan di atas angin,kali ni berangan pula atas api !

Cukup-cukuplah kepala kosong tiada di benak,kali ni penuhkan sampai di hentak benak !

Rancanglah hidup anda dengan penuh misi dan visi mengejar khilafah yang hilang ,dekatkan ta’budiyah pada Allah.Kumpulkan segala pengalaman yang kita ada hanya mengejar Tarbiyah agar menjadi ikatan thabat dalam juang demi ummat akan datang.

*Nukilan di tuju khas buat Sang Penulis juga Sang Daie pencinta ar-Rasul.

Rejab bulan Menyiram.

941559_468243523255924_1227337440_n

قال أحد السلف: رجب كالريح وشعبان كالغيم ورمضان كالمطر.فمن لم يزرع في رجب ولم يسق في شعبان فكيف يريد أن يحصد في رمضان؟

Seorang ahli Salaf berkata :

“Bulan Rejab ibarat Angin yang bertiup,bulan Sya’ban ibarat Mendung,dan bulan Ramadhan ibarat Hujan.Barang siapa yang tidak bercucuk tanam  di bulan Rejab dan menyiramnya di bulan Sya’ban,bagaimana mungkin untuk dia menuai di bulan Ramadhan? “

——————–

Masuk sahaja bulan Rejab,bahang Ramadhan mula terasa.Macam-macam notification yang masuk dalam wallinbox dan sebagainya menyatakan Ramadhan hampir tiba.

Hatta dalam hati pun terdetik untuk sama-sama mengira,bilakah bakalnya Ramadhan tiba.Berdoalah kita semua agar di sampaikan kita Ramadhan pada tahun ini.

“اللهم بارك لنا في رجب و شعبان ، و بلغنا في رمضان “

Ya Allah ya tuhan kami,berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban,dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

———————

Kata-kata ahli salaf tadi boleh di iktibarkan seperti Rejab dan Sya’ban adalah bulan untuk kita sama-sama membuat persediaan bagi menanti kedatangan Ramadhan.

Kalau tetamu jauh datang ke rumah kita hari ini,apa yang kita buat?

Kemas rumah,

Kemas ruang tamu,

Beli makanan,

Masak best-best,

Ambil cuti awal,dan sebagainya.

———————

Begitulah bagi mereka yang merindui Ramadhan,pasti rapi persediaannya membuat persiapan menyambut Ramadhan.

ar-Rasul saw pernah besabda yang mafhumnya

“Puasalah beberapa hari daripada bulan-bulan haram dan tinggallah sebahagiannya.”

Berpuasa di bulan-bulan haram.Rejab,Zulhijjah,Zulkaedah,Muharam.

Namun begitu,tiada Nas dari al-Quran dan as-Sunnah yang jelas mengatakan kelebihan dan amalan berpuasa di bulan Rejab.Kebanyakannya khabaran Hadith yang maudu3 (hadith Palsu).Tetapi masih boleh di lakukan puasa-puasa sunat di bulan Rejab dengan niat berpuasa di bulan Haram.

Banyak penjelasan Ulama’ mengenai sunat berpuasa di bulan Rejab sehingga ada  Ulama’ memakruhkan berpuasa di bulan Rejab setelah meneliti beberapa hadith.

————

Tetapi cukuplah dengan sekadar kita membuat persediaan di 2 bulan terakhir untuk bertemu Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang lebih dekatkan kita dengan Allah.

Mungkin sebelum ini Qiamulail kita yang sebulan sekali sebelum ni boleh jadi kita lakukan seminggu sekali atau mungkin bacaan al-Quran kita yang 2-3 helai sehari sebelum ini menjadi 1/2 juzu’ sehari .

Jom kita hidup Luar dari Kebiasaan !

Ubah Dunia !

1562-cute-little-cat

“Eh..Nak pergi mana,rumah enta bukan simpang sana ke?”

“Nak pergi rumah Ustaz Hassan,bawah tingkat rumah enta”

“Oh..Enta selalu pergi situ ke?”

“Selalu juga,sebab kat situ ada kucing comel yang takda orang nak jaga”

“Erk..”

 

Semata kucing Amir nak pergi ke rumah Ustaz Hassan?

Apa istimewa kucing tu?

Oh..mungkin sebab dia seorang yang terlalu cintakan binatang terutama Kucing.

———————————-

“Enta tahu Izzat,semalam ana jumpa Amir.Dia sanggup datang lepas kami habis solat Asar di Masjid Sahabat dekat depan rumah enta ni semata-mata untuk jumpa kucing comel ni” , aku katakan pada Izzat yang serumah dengan Ustaz Hassan.Masjid yang jauh dari simpang rumah Amir untuk menuju ke rumah Ustaz Hassan itu lagi membuatkan aku terkejut dengan sikapnya yang begitu bersungguh semalam.

Sambil kucing comel itu aku usap kepalanya.Memang kucing itu tiada penjaganya,tapi comel.

“Heh ! Bukan setakat tu je,dia dah belikan kucing tu makanan untuk sebulan,enta tengok bawah meja tu,makanan kucing pack besar”, sambil tunjukkan makanan kucing jenama Friskies.

“MasyAllah..bersungguh betul Amir ni”.

“Amir kata,kalau nak dapatkan bulu yang tebal,kucing ni kena bagi makan berkhasiat”, tambah Izzat.

————————————————-

Sambil aku jalan pulang ke rumah,terdetik dalam hati.

Allah ciptakan manusia penuh dengan sifat-sifat yang menarik.Allah juga ciptakan manusia itu dengan penuh kelebihan dan kekurangan.

Kesungguhan Amir untuk menjaga kucing itu memberi kefahaman pada aku bahawa menjadi tobie(semula jadi) sifat seseorang itu jika berkehendakkan sesuatu,segala perkara yang menghalang untuk menidakkannya akan di tepikan.

Begitulah sifatnya bagi seorang yang sangat berkehendak untuk ubah kepincangan umat islam di Malaysia,mestilah juga dia mengenepikan segala halangan yang menghalangnya untuk mencapai kehendaknya.

Baca buku,faham kaedah untuk berdakwah,banyakkan kajian dan bacaan,dekat diri dengan Allah,dekat diri dengan ‘alim ulama’ dan segala yang membolehkan dia mencapai cita-cita untuk mengubah kepincangan umat islam di Malaysia.

Kalaulah si Amir memikirkan kesusahan yang berlaku untuk dia bertemu kucing itu,pasti Amir tidak akan bertemu dengan kucing comel itu.

“Dah lah jauh nak ke rumah Ustaz Hassan tu,makanan tu pula mahal,lepas tu pula,ada masa dia nak jumpa kucing tu”

Begitulah jika berkehendaknya seseorang untuk mencapai cita-citanya.Tidak kisah samada masa,duit,tenaga dan segalanya akan di keluarkan,asalkan kehendaknya tercapai.

“Aku boleh jadi macam Amir! Tapi aku tak suka kucing…”

Sambil berbisik dalam hati ketika berjalan pulang ke rumah,ketemu Amir yang kebetulan membawa tuala mandi baru.

“Eh..Amir! Bawa tuala mandi,mesti enta nak beri pada kucing tu kan?Nak buat tempat tidur ya?”

“Eh,tak lah,ana nak beri pada Soleh,dia kata semalam tuala dia koyak,tak sesuai nak buat mandi,saja nak hadiahkan pada dia”

“Erk..Ok”

Terkedu.Terdiam.Terfikir.

Rumah Soleh,lagi jauh dari rumah Ustaz Hassan.Pelajar tahun satu perubatan yang baru sampai bulan lepas.

“Kuat betul Amir berdakwah”

Terkedu.Terdiam.Terfikir sekali lagi.

“Aku tak suka kucing,tapi aku boleh ubah kepincangan umat islam di Malaysia”

Apa lagi tunggu!! Jom baca buku banyak-banyak,buat dakwah,kejar segala ilmu yang ada,manfaatkan masa,ubah persepsi pemikiran taasub dan kolot,terbuka.

Ketepikan semua halangan-halangan yang ada,asalkan kehendak aku mengubah dunia tercapai!!!

Salam Imtihan buat semua Mahasiswa Mesir

Moga Mumtaz Untuk Ummah!!!

ISMA (BERJASA) Kalah di semua tempat.

 

Jentera BERJASA sempat membaca beberapa muka al-Quran sebelum menunggu penamaan calon di umumkan di Negeri Sembilan.Gaya politik arus baru!

Jentera BERJASA sempat membaca beberapa muka al-Quran sebelum menunggu penamaan calon di umumkan di Negeri Sembilan.Gaya politik arus baru!

Memang dari awal lagi jangkaan saya tidak meleset mengenai penglibatan ISMA dalam parti BERJASA yang tidak membawa kemenangan.

ISMA bertanding atas tiket BERJASA(Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia) di 9 tempat dan 2 darinya adalah DUN.Antara kawasan yang di hantar ISMA dan keputusannya:

PARLIMEN:

1- Alor Star(Kedah) – 3530 Undi (di menangi DAP)

2-Seremban(N.Sembilan) – 6866 Undi (di menangi DAP)

3-Subang(Selangor) – 4454 Undi (di menangi DAP)

4-Kapar(Selangor) – 6289 Undi (di menangi DAP)

5-Padang Serai(Selangor) – 2630 Undi (di menangi DAP)

6-Selayang(Selangor) – 4152 Undi (di menangi DAP)

7-Tapah(Perak) – 2053 Undi (di menangi BN)

 

DUN:

1-Derga(Kedah) – 2061 Undi (di menangi DAP)

2-Kajang(Selangor) – 1014 Undi (di menangi DAP)

 

Jumlah keseluruhan Pengundi di Malaysia bagi calon ISMA dalam BERJASA adalah sebanyak 33,049 pengundi.

 

—————————-

Pertama kali.

Seronok melihat keputusan dan suasana sebelum dan sesudah PRU13 kali ini.Ada kelihatan yang tidak bersetuju,ada pula yang bergembira.

Bagi ISMA,gambaran awal yang dapat di lihat adalah bagaimana penglibatan pertama ISMA dalam kancah politik di Malaysia.

Politik merupakan salah satu dalam cabang Islam.Islam bermula dengan pemerintahan sistem khalifah.Bermula di zaman ar-Rasul (saw) sehinggalah jatuh pemerintahan islam di zaman khilafah Uthamiah.

Bagi saya,2 tuntutan utama matlamat umat islam di atas muka bumi ini.Pertama,tuntutan untuk menjadi Hamba Allah yang beriman dan taat pada perintah Allah SWT dan juga tuntuan supaya mengembalikan khilafah di atas muka bumi ini.Boleh lihat pada firman Allah :

“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk menyembahKu ” az-Zariyat :56

dan juga surah al-Baqarah ayat 30 yang menceritakan bahawa Allah menjadikan manusia itu sebagai khalifah yang menuntut untuk kita bersama dalam mencapai kembali kegemilangan pemerintahan khilafah islamiah(istikhlaf)

Dengan keperincian dan penelitian awal itu,maka ISMA mengambil langkah untuk memenuhkan kerusi di Parlimen Malaysia dengan menghantar calon Melayu Muslim di tempat majoriti Islam di kawasan tersebut.

——————————-

ISMA Kalah di semua tempat.

 

Beberapa pandangan rasional yang boleh saya berikan tatkala ramai yang berkata ISMA kacau daun,ISMA parti Nyamuk,ISMA UMNO,dana yang di berikan ISMA adalah dari UMNO dan sebagainya.

Pertamanya,pandangan saya,mereka yang berkata sedemikian adalah mereka yang tidak pernah untuk mengetahui perjuangan ISMA,sebaliknya mereka hanya mendengar khabaran angin yang buruk mengenai ISMA.

Nasihat saya,berlapang dadalah dengan perjuangan ISMA,baca dan teliti segala usaha-usaha ISMA.Kemudian tanya dalam hati:

1-Adakah perjuangan ISMA ingin menghancurkan ISLAM?

2-Adakah perjuangan ISMA menguntungkan liberalisme,syiah dan pemikiran sonsang?

3-Adakah perjuangan ISMA yang mahukan parlimen di penuhi oleh Melayu Muslim itu salah?

4-Adakah perjuangan ISMA bercanggah dengan ISLAM?

 

Bacalah,dan telitilah setiap perjuangan ISMA.ISMA langsung tidak berniat untuk memporak perandakan politik ISLAM di Malaysia,malah ISMA menolong membantu perjuangan ISLAM di Malaysia.

Teringat dengan slogan “Calon Muslim Berwibawa” yang di bawa oleh ISMA dalam PRU13 baru-baru ini.Satu wacana Ilmiah di Mesir di adakan dengan mengupas isu “PRU13,Mahasiswa pilih siapa”.Teringat apabila salah seorang ahli panel dari ISMA Mesir menjawab persoalan moderator mengenai slogan calon muslim berwibawa:

Ahli Panel : Adakah semua calon PAS itu berwibawa?

Hadirin(yang kebanyakan ahli PAS) : Ya!!

Ahli Panel : Adakah semua yang bakal bertanding atas tiket PAS itu berwibawa?

Hadirin : Ya!!

Ahli Panel : Jadi ! Apa masalahnya dengan slogan kami “calon muslim berwibawa?”

Hadirin: (Diam)

 

Walaupun ISMA kalah di semua tempat tetapi seluruh ahli ISMA mendapat pelbagai pengalaman dalam meraih undi dan membuat Kafilah Dakwah.

Ada antara kami di pukul,di halang dari memasuki kampung,di fitnah dan macam-macam.Dan semua serangan-serangan yang di lalui jentera ISMA (BERJASA) kita hadapi dengan mahmudah(sifat kebaikan),kerana Mazmumah selamanya tidak boleh terlawan dengan Mazmumah,sebaliknya Mazmumah perlu di tenang dan di kawal dengan Mahmudah.

Biarpun ISMA kalah dan hilang deposit dalam PRU13 kali ini,tidak mengapa.Ini bukanlah perjuangan yang sia-sia,sebaliknya inilah perjuangan permulaan demi ingin melihat kerusi Parlimen di Malaysia di penuhi dengan seorang Muslim.

33,049 pengundi kebanyakannya bukanlah dari ahli ISMA,sebaliknya adalah semua pengundi-pengundi yang sedar perjuangan ISMA dalam memenuhi tuntuan syara’.

Inilah permulaan baru ISMA dalam kancah politik,biarlah di katakan melawan arus,asalkan perjuangan tidak lari dari al-Quran dan as-Sunnah.Bukan redha Manusia yang di cari tetapi sekurang-kurangnya ISMA dan seluruh ahlinya punyai hujah di depan Allah swt kelak bahawa kami cuba mempertahankan khilafah Islamiah dari di robek sang rakus kezaliman islam.

 

WA.

#keputusan pru13 yang membuatkan beberapa hari saya tidak tidur lena,mampukah suara parlimen sekarang mempertahankan islam,atau sebaliknya?Muhasabah.

 

Us.Abdul Halim Bin Abdullah bertanding di Parlimen Seremban dan tewas pada parti DAP dengan undian 6ribu lebih.

Us.Abdul Halim Bin Abdullah bertanding di Parlimen Seremban dan tewas pada parti DAP dengan undian 6ribu lebih.Hampir kesemua orang dalam gambar ini saya kenal.Percayalah! Perjuangan mereka adalah ingin melihat islam kembali memerintah di atas muka bumi ini.

 

 

Bersama beberapa orang sahabat yang membuat Undi Luar Negara(Undi Pos) di Kedutaan Malaysia seminggu awal sebelum pilihan raya di Malaysia.

Bersama beberapa orang sahabat yang membuat Undi Luar Negara(Undi Pos) di Kedutaan Malaysia seminggu awal sebelum pilihan raya di Malaysia.

 

Mengapa saya bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 

Ikatan_Muslimin_Malaysia

Kayu Ukur ISMA

Di akhir ini ISMA kuat di hentam dari pelbagai pihak.Termasuk para politik,para Ilmuan dan pelbagai lagi.Lebih sedih lagi apabila yang menghentam adalah mereka-mereka yang bersama dalam Jemaah Islam sendiri.

Mulanya ISMA dengan slogan “Membina Generasi Harapan” kemudian “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” kemudian “Membangun Ummat Beragenda” dan seterusnya ISMA melangkah masuk ke dalam Politik Malaysia atas tiket BERJASA dalam slogan “Islam Berdaulat,Malaysia Sejahtera”

Hadaf yang ISMA letak cuma satu sahaja,Untuk melihat ISLAM tertegak di Malaysia khususnya,amnya melihat kembali islam memerintah dunia.Miqyas(Kayu Ukur) bagi segala tindakan yang ISMA buat adalah berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Tarbiyah dalam diri.

Bagi saya,tiada beza jika saya bersama dalam usrah PAS,atau usrah IKRAM atau usrah ABIM dan sebagainya sekiranya saya tidak memahami nilai tarbiyah sesebuah jemaah itu.Jika di tanya pada kita apakah sebabnya anda bersama usrah ISMA?Jawapan yang agak malas dan ringkasnya yang selalu kita dengar adalah “sebab saya nak berubah”.Kalau sebabkan begitu,samalah jemaah anda dengan jemaah yang lain.

2 Perkara yang mesti ada dalam jiwa seorang umat islam itu ketika dalam usrah.Pertamanya kena letak dalam diri “Aku datang usrah kerana ta’budiyah aku pada Allah”.Yang kedua kena letak dalam diri “Aku datang usrah kerana ingin menegakkan kembali sistem khilafahyang telah jatuh lama”

Itu lah yang membuatkan tarbiyah yang kita faham sedar sebab apa perlunya tarbiyah dan wasilahnya ‘usrah’ untuk di praktikalkannya.

Begitulah dengan ISMA yang hampir 6 tahun saya bersama denganya.Saya sedar bahawa tiada beza jika saya bersama dengan IKRAM,ABIM,PAS dan sebagainya sekiranya saya hanya ingin berubah sahaja.Cukup dengan 2 perkara itu membuatkan saya sedar mengapa saya bersama ISMA.

al-Fahmu

Kayakinan bahawa fikrah yang kita bawa adalah fikrah yang jelas dan tulen.

Hassan albanna berkata “Jalan dakwah ini adalah jalan dakwah yang satu yang pernah di lalui oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat,para tabi3 tabi3in dan akhirnya sampai kepada kita…”

Itulah apa yang ISMA lakukan,iaitu mengembalikan zaman kegemilangan islam semula dengan mengumpulkan semua mereka-mereka yang faham tentang kesyumulan Islam yang akhinrya membentuk satu daulah islamiah.

Ternyata kefahaman membezakan kita.Kita selayaknya menyebut kalimah-kalimah dalam al-Quran,kita menyabitkan beberapa hukum dalam as-sunnah,kita membaca kehendak ulama’ dalam buku,dan kita juga bekejar memahami apa isinya “Majmuk Rasail” tetapi yang membezakan kita adalah kefahaman.

Mengapa saya kata kefahaman?Sebab sekiranya sesebuah Jemaah Qudwah itu masih mengekalkan kefahaman dalam sesebuah Jemaah,dia mesti memiliki akhlak yang tinggi,menolak Batil dan meninggikan Haq.Seperti contoh tolak Syiah,tolak Liberalisme,tolak gejala Murtad dan bertegas dalam isu-isu yang melibatkan nama baik islam.

Jika islam lemah dalam isu-isu begini,islam tidak menjadi dominan,islam tunduk atas pemerintahan bukan islam,selamanya islam akan di pandang hina,dan haq sentiasa di tindas batil.

Mengapa saya masih bersama ISMA

Dalam menentang segala perkara Haq,sesebuah jemaah perlulah menentang arus.Arus yang bukan orang lain lalui,sebaliknya arus yang orang semua tentangi.Sememangnya akan pahit.

as-Syahid Imam Hassan albanna dalam risalanya “antara hari ini dan semalam” menegaskan bagi mereka-mereka yang membawa dakwah Allah ini akan mempunyai rintangan yang semua ahli dalam jemaah akan lalui.Akan di tindas oleh semua ahli agamawan,akan di tindas kerajaan yang zalim,akan di penjarakan dan sebagainya.Dan akhirnya yang menentukan kemenangan umat islam kini adalah di bahu-bahu umat islam.

Mereka yang menentang islam pasti ada niat yang buruk pada umat islam.Sedar tak sedar kita bakal di jajah kembali.Sedar tak sedar kita kembali bernaung di bawah Batil yang mendiamkan Haq.

Bangunlah ummat islam.Sedarlah dari tidur yang cukup lena.Bukan sesama islam musuh kita,bukan sesama akidah musuh kita,tetapi musuh kita adalah mereka-mereka yang akhirnya menentang islam secara terang terangan,mereka-mereka yang mempunyai rancangan untuk menjatuhkan islam dan menundukkan islam di bawah kekuasaannya.

Hadaf dan Matlamat kita cuma satu iaitu ingin melihat kembali islam memerintah 2/3 dunia seperti dulu,jadi formula untuk mendapatkan 2/3 perlulah ada padanya penyatuan dan seterusnya tegakkan islam.

Inilah antara sebabnya saya bersama ISMA.Sehingga sekarang saya masih sedar bahawa jalan yang saya pilih ini adalah salah satu usaha satu untuk melihat kemenangan umat islam,melihat kembali dunia di perintah islam.ISMA melawan arus! Ya,ISMA melawan arus bagi menentang mereka-mereka yang tunduk pada kepincangan arus yang buruk.

 

WA.

Jalan Menuju Syurga

 DAKWAH ITU ADALAH PROSES, BUKAN HASIL AKHIR

Hari pertama perkenalan.

Bagi diriku, membuat dakwah  ibarat bercinta. Erk, bercinta, macam geli pula bunyinya. Bukan “cinta” itu yang dimaksudkan, tetapi hakikat jalinan hati yang bertaut demi kasih yang Maha Besar. Ya, begitulah pengalaman “cinta pertamaku”

Pertemuanku bermula di kuliah, seawal pagi ku tiba di kelas.  Aku melihat susuk tubuh seorang insan yang tidak pernah ku sangka akan ku ubah hidupnya. Aku memberanikan diri, menyapa insan ini.

“Er, assalamualaikum, siapa nama?”, sambil aku meletakkan beg di sebelahnya.  Wajahnya ceria menyambut sapaanku.

“Waalaikumsalam, nama ana Hakimi, boleh panggil Kimi. Enta siapa ya? Tak pernah nampak pula sebelum ini”

Perjumpaan pendek itu menjadi titik pemula perkenalan kami sehinggalah aku betul-betul hadam asal usulnya. Aku teringat pada kata-kata Ustaz Ikram semasa beliau menerangkan mengenai konsep dakwah iaitu bermula dengan pengenalan atau taa’ruf yang mendalam.

+++

“Nah, ambillah hadiah ini. Minyak wangi saja”, sambil ku menghulurkan padanya. Walaupun harganya kecil, tetapi bagi diriku, nilainya sangat besar bagi mengeratkan ukhuwwah antara kami.

“Syukran, Amir. Segan pula rasanya”, raut wajahnya tersipu-sipu menerima pemberian. Perkenalan kami berterusan selama sebulan. Bukan sahaja minyak wangi, malah aku juga pernah menghadiahkannya seuntai keychain yang memberi makna yang mendalam bagi diriku. Mana tidaknya, keychain yang dihadiahkan, terus disangkutkan pada begnya. Terharu diriku dihargai olehnya.

+++

Tingkatan iman.

Kring. Kring.

Aku tersentak. Aku memancing keluar telefon bimbit dari poket.

“Eh, Ini Kimi”, dengan pantas ku menjawabnya.

“Assalamualaikum, Amir, ana ada masalah sebenarnya. Pasport ana masuk washing machine. Enta tahu tak macam mana nak buat”. Bagai petanda dari Allah, peluang keemasan untuk merapatkan lagi jalinan persahabatan bersamanya di samping memulakan langkah-langkah kecil untuk membangkitkan Iman dalam dirinya.

Dengan penuh keyakinan aku menjawab,

“Ana tahu”.

Walaupun sebenarnya aku langsung tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.

“Jangan risau, enta tunggu sahaja di rumah. Nanti ana datang”

Sejurus aku memutuskan talian, aku terus mencari jawapan di benak fikiranku, bagaimana untuk membantunya. Aku terus menelefon Ustaz Ikram.

“Ustaz, tolong ana. Macam mana ya kalau pasport rosak?”, Ustaz Ikram menerangkan kepadaku dari awal hingga akhir proses urusannya.

Urusan pasport berjalan selama lima kali. Setiap kali pertemuan, aku mengambil kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih dekat di samping menerapkan nilai-nilai keimanan dalam dirinya.

+++

Diskusi kitab

Angin Mesir petang itu hangat. Keletihan setelah pulang dari kuliah masih belum berlalu. Dengan niat untuk berehat, aku duduk bersahaja di pinggir katilku. Fikiranku mula melayang. Teringat pesan Ustaz Ikram supaya setiap daie mesti mencari kelainan dalam membangkitkan ruh iman dalam diri mad’u.

Aku tersentak dari lamunan, pandanganku terarah kepada sebuah buku.

 Maza ya’ni intima’il Islam.(Apa erti saya menganut islam)

Hah, inilah tiket aku untuk mendekatinya. Aku mula merancang langkah seterusnya.

Petang itu selepas selesai dari kelas,sambil menuju ke arah bas,aku mendekati Kimi.Aku cuba buka topik yang menarik.Bagi diriku,tiada apa yang perlu di isi pada waktu ini melainkan dengan meningkatkan imannya.

“Kimi,boleh tak kalau ana nak tahu apa yang enta nak capai dalam hidup enta? Ada seorang ustaz pernah bagi tazkirah pada ana, agenda kita dalam kehidupan ini dapat dinilai dari cara bagaimana kita mengisi waktu lapang kita. Ataupun soalan mudah,apa yang enta selalu buat selepas solat subuh?”

“Erm, ana tak ada buat apa-apa, gosok baju, main ladtop, isi sahaja apa-apa sementara menunggu masa untuk ke kuliah” , balas kimi.

“Apa kata, kalau kita buat perjumpaan mingguan, kita bincangkan sama-sama buku ini”, sambil kuhulurkan kitab “Maza ya’ni intimail islam” pada nya.

Maka, bermulalah siri-siri perjumpaan mingguan, yang terisi dengan membedah buku tulisan Fathi Yakan itu.

+++

Menawarkan usrah.

Penantian selama tiga bulan membina hubungan ini, akhirnya aku sedar, masanya sudah tiba untuk menawarkan usrah.

Seperti biasa,dengan temujanji untuk mendiskusi buku bersama Hakimi,aku gagahkan diri untuk bangun lebih awal seperti biasa sebelumnya.Mula jam 3.00pagi aku mulakan langkahku keluar dari rumah dan hati mula berdebar.Masakan tidak,inilah pertama kali dalam hidupku, aku menarik seorang ummat Muhammad bersama seusrah denganku. Menggigil,bergetar,takut,gembira dan pelbagai perasaan bercampur baur dalam diriku. Aku takut pelawaanku padanya di tolak.

Aku bersedia dengan tiga jawapan yang bakal di berikan padaku. Samada dia langsung menerima tawaranku, atau dia menolak secara bulat-bulat, atau dia minta di beri masa. Fikiranku berlegar dengan tiga jawapan itu.

Sepanjang perjalanan ke rumahnya yang mengambil masa 15 minit aku penuhi dengan zikir, doa dan takbir pada Allah. Dalam masa yang sama hati masih lagi berdegup kencang.

Setiba sahaja aku di Masjid berhampiran rumahnya,azan subuh berkumandang, dan seusai solat,aku terus melangkah kerumahnya. Seperti kebiasaanya,dia akan solat subuh berjemaah di surau asramanya.

“Assalamualaikum Hakimi”

“Waalaikumsalam, ha, Amir,enta solat di Masjid ya?”

“Seperti biasa”,  jawapanku sedikit membuat dirinya tersenyum.

Dia sudahpun bersedia dengan buku ‘Maza ya’ni intima’il islam‘ di tangannya. Aku mulakan dengan mentadabbur surah al-infitar padanya. Aku huraikan seperti mana aku dapat dalam usrah. Sedikitpun tidak aku tinggalkan point penting dalam surah itu malah aku menambah sebaik mungkin.

Diskusi kitab juga aku lakukan seperti biasa, cumanya kali ini, aku lebih tekankan tajuk ke dua dalam buku itu yang menekankan mengenai kepentingan hidup berjemaah dan tuntutan islam pada kita. Sedikit sebanyak,tajuk pada hari itu memudahkan diriku untuk memberi tawaran usrah padanya.

Sebelum menutup pertemuan itu, aku mula mengatur langkah, menyusun kalam , membasahkan bibir dan memperkemaskan bahasa untuk aku menawarkan padanya untuk bersama-sama denganku di dalam usrah.

“Enta fahamkan bagaimana pentingnya untuk kita hidup dalam berjemaah”, soalku padanya.

“Alhamdulillah, sedikit faham”, jawap Hakimi yang sedikit tidak selesa

“Alhamdulillah, ana seronok tengok enta sebenarnya, hampir sebulan kita berdiskusi kitab ini, dan hari ini habis kesemua tajuk yang ada dalam buku ini, jadi ana rasa , bukan setakat kita baca sahaja, malah wajib juga bagi kita mempraktikalkannya”, aku mula menyusun langkah.

“Apa maksud enta? ” , soal Hakimi meragui kalimah ‘praktikal’ yang aku maksudkan.

“Ana nak enta bersama ana. Bersama merasai kemanisan tarbiyah yang ana rasa. Ana nak enta rasa indahnya hidup dalam tarbiyah. Ana nak enta rasa betapa pentingnya hidup berjemaah “, kalamku sedikit menggigil.

“Ana masih tak faham”

Mungkin bahasaku susah untuk kimi faham.Aku cuba sekali lagi dengan bahasa yang mudah.

“Ana nak enta bersama-sama ana dalam satu barisan jemaah yang akan meningkatkan tarbiyah dalam diri enta,malah bukan itu sahaja, kita sama-sama mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk lihat islam kembali bersinar. Ianya tak mampu untuk lakukan seorang diri, tetapi perlu bersama dalam sebuah jemaah. Akhirnya untuk enta mudah faham, ana nak enta bersama seusrah dengan ana”

Hakimi sedikit tertunduk. Mungkin dalam dirinya juga bercampur baur perasaannya. Aku menceritakan persediaanku sebelum mendengar jawapanya padaku.

“Hakimi,ana dah bersedia dengan tiga jawapan yang enta berikan pada ana. Samada enta tolak pelawaan ana, atau enta terima ana, atau enta minta ana berikan masa pada enta”, padaku mungkin solusi ini memudahkan dia untuk menjawap

“Ana bersedia dengan apa sahaja jawapan dari enta, ana tidak akan kecewa sekiranya enta tolak” , tambahku lagi.

Hakimi mula bersuara selepas tertunduk memikirkan jawapan.Hatiku bertambah gementar dan berdegup kencang.

“Amir,berikan ana masa sampai minggu depan”, ujar Hakimi.

Lega sungguh mendengar jawapan yang Hakimi berikan. Bermakna masih ada lagi peluang pada diriku untuk mendengar jawapan yang baik. Pertemuan kami berakhir dengan menetapkan tarikh pertemuan minggu hadapan.

+++

10 hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan.Di Mesir kebiasaanya Ramadhan akan di sambut dengan penuh ibadah.Masjid-masjid akan di buka 24 jam bagi memudahkan umat islam beribadah di dalamnya.

Hari ini pertemuan yang di janjikan tiba. Aku mengajak Hakimi untuk datang ke rumahku. Apabila masuk waktu Magrib aku bawanya solat berjemaah di Masjid kawasan rumahku. Seusai solat, aku mengajaknya pula menikmati minuman tebu di hadapan kawasan rumahku. Disanalah aku memulakan kembali perbualanku mengenai tawaranku padanya.

“Hakimi,bagaimana dengan tawaran ana pada enta minggu lepas”

“Hehe,ana sangkakan enta lupa,ana tunggu juga enta bertanya dari tadi”, Hakimi cuba berlawak denganku.Sememangnya dia seorang yang sangat kelakar.Hampir sahaja pertemuan kami di penuhi dengan lawaknya.

“Hehe, mana boleh lupa, jadi bagaimana Hakimi”

“InsyAllah Amir, ana cuba untuk bersama seusrah dengan enta”, jawap Hakimi jujur.

“Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah”

Bisikku dalam hati sambil aku tersenyum tanda gembira. Mahu juga mengalirkan air mata. Teringat dalam fikiranku kisah-kisah nabi terdahulu yang dakwahnya di terima kaumnya.

“Tapi Amir, ana akan balik ke Malaysia dua hari lagi,insyAllah”, tambah Hakimi.

Terkejut dengan kata-kata Hakimi,lalu aku mula memikirkan jawapan yang paling mudah padanya.

“InsyAllah,tidak mengapa, sejurus enta balik ke Mesir,kita akan sama-sama berusrah “, jawapanku yakin.

Pertemuan kami di akhiri di situ, dan dengan kapadatan program yang ada, aku menganggapkan itulah pertemuanku yang terakhir denganya.

Aku memberikan lambaian padanya sambil mataku terarah pada satu tempat di begnya,iaitu keychain yang ku berikan padanya dahulu, ternyata masih lekat di begnya, sedikit air mataku keluar merasakan nikmat ukhwah dan islam yang di berikan-Nya padaku.

+++

Setahun berlalu

“Duduk mesir ni,pejam celik,pejam celik dah hampir setahun berlalu” bisikku dalam hati.

Aku selalu berbisik dalam hati.Mungkin menjadi muhasabah untuk diriku tiap kali aku berbisik.Pernah sekali aku menangis,memikirkan masa depan dengan hanya berbisik dalam hati.Macam-macam.

qum zal zil zal zalah..qum,zal zil zal zalah

“eh,mesej dari Kimi” , dengan pantas aku membacanya.

“Salam amir,enta apa khabar? lama sungguh tak dengar berita,enta sihat ke?Alhamdulillah,ana dah sampai Mesir pagi tadi.”

Sepantas kilat aku membalasnya “Alhamdulillah,ana sihat,tak seronok rasanya bermesej,malam ini ana datang ke rumah enta”

Dari awal aku mendapat mesej sehinggalah ke malam hati,aku asyik senyum dan tertawa.Mungkin inilah yang di katakana ukhwah yang mendalam.Ukhwah yang lahir dari dalam hati,kemudian terikat dengan satu ikatan ukhwah dan akhirnya membentuk jiwa mu’min yang beriman bertaqwa pada Allah.

Seusai solat isya’ di Masjid Salam,lantas aku pergi ke rumah Kimi.Sedikit buah tangan aku bawakan untuknya.Jangkaan ku, mungkin Kimi sedikit lebih besar badannya selepas balik ke Malaysia.Mungkin.

Tok tok tok..

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam,masyAllah Amir,enta apa khabar?” , Kimi memelukku erat,sambil bertanyakan khabar.

“Baik,ana sihat,Alhamdulillah,enta apa khabar?”, sambil menghulurkan padanya buah tangan dariku.Jangkaanku meleset,badannya sedikit pun tidak berubah.Sama seperti dulu.

Malam itu kami berbual panjang,hampir jam 12 tengah malam.Macam-macam topik yang di bualkan.

“Ana minta izin dulu kimi,dah lewat malam ni”

“Enta taknak tidur di sini?”, pelawa Kimi padaku.Nak sahaja aku tidur di situ,memandangkan awal pagi esok aku terpaksa ke Tanta,terpaksalah aku pulang.

“Eh..kejap,mak ana ada kirim sesuatu untuk enta,tunggu kejap ya”, Kimi menahanku.Pelik.Bila pula mak Kimi kenal padaku?

“Ni..ambillah,mak ana beri pada enta” , sambil menghulurkan bungkusan bekas yang dalamnya berisi kuih raya Almond London.Aku tersenyum.

“Macam mana mak enta kenal ana Kimi?”,  tanyaku terang.

“Ana ceritakan pada mak ana pasal enta,dia pun kirim salam pada enta”, Kimi memang rapat dengan ibunya.Boleh di katakana semua cerita peribadi di ceritakan pada ibunya.

“Oh..ye ker..waalaikumsalam”

+++

Hampir terlupa

Bulan ini merupakan bulan ke tiga aku di Universiti al-Azhar.Bermakna di campurkan dengan kelas persediaan setahun,dan cuti selama enam bulan,sudah hampir setahun setengah aku di Mesir.

Tanpa perancangan yang rapi,dan kerja yang teliti,aku pasti akan menjadi sahabat-sahabatku yang lain.Rokok,cinta,malas,malah lebih dari itu lagi.

Bersyukur sangat sebab di beri tuhan nikmat yang tidak terhingga.Allah beri nikmat Islam,Iman dan banyak lagi.Juga aku bersyukur di temukan dengan sahabat-sahabat yang baik di Mesir ini.

Berkawan baik tak semestinya akan ke Syurga.Betul !

Tapi dengan kawan yang baiklah aku belajar jalan menuju syurga.Ikhlas beramal,jangan riya’,hidup mesti bermanfaat pada orang,dan banyak lagi.

Sekiranyalah aku tidak di takdirkan Allah untuk bersama mereka,entah apa akan terjadi pada diriku.Mungkin mabuk dengan bercinta,jiwa penuh dengan sikap ego,pemikiran yang di campuri hedonism.

“Amir,jom..” , sapa Kimi dari belakang,membuatkan aku sedikit tersentak

“Oh,ya!Nasib baik enta ingatkan ana,jom,nanti terlewat pula”

Petang itu kami berjalan bersama menuju redha Allah.Mencari sinar hakiki suluhan ciptaanNya.Menyelusuri nikmat-nikmatNya.Juga memuji ciptaanNya.Jalan yang bukan semua orang mampu miliki.Iaitu jalan menuju syurga yang hakiki.

Hakimi selepas pulang dari Malaysia 4 bulan lepas,sudah bersama denganku mengikuti usrah.Naqib kami Ustaz Ikram,banyak memberi tunjuk ajar pada kami.Dalam usrah banyak berbincang.

“Tarbiyah ini bermaksud meningkat.Meningkat dari satu peringkat baik kepada yang lebih baik”, kemas Ustaz Ikram menjelaskan mengenai tarbiyah.

Usrah sahaja tempat kami bersama berbincang masalah,saling nasihat menasihati dan akhirnya dalam usrah jugalah tempat kami menangis,gembira dan tertawa.

Ustaz Ikram selalu menutup usrah dengan memberi kami nasihat-nasihat yang kadang kala itulah menjadi ulaman kami.Hati yang kering dengan segala apa yang ada di sekeliling di basahi dengan kalam-kalam dari Ustaz Ikram.Boleh buat nangis,boleh buat ceria.Usrah seminggu sekali cukup membuatkan hati kami berkumpul dan bersatu hanya untuk menjadi insan yang bertaqwa pada Allah s.w.t.

Malam itu,seusai usrah,Hakimi tidur di rumahku.Sebelum tidur,dia sempat berkata pada ku.

“Amir,terima kasih banyak-banyak kerana enta bawa ana mengenali apa itu erti tarbiyah yang sebenar,ana dah rasa kemanisan tarbiyah itu”, katanya sedikit terkedu.

“Alhamdulillah,bukan ana yang pilih enta untuk bersama dalam jemaah ini,tetapi Allah yang memilih enta”, terdiam Kimi dengan kata-kataku.

“Kalau dah rasa kemanisan tarbiyah ni,apa tunggu lagi! Share kemanisan enta dengan semua orang !” ,  aku memberi sedikit peransang untuk Kimi menarik seberapa ramai orang untuk bersama dalam barisan jemaah ini.

“InsyAllah”, balas kimi.

+++

Kini

Sudah hampir 15 tahun berlalu.Kini aku berkhidmat sebagai seorang pegawai syariah di Seremban.Kerjayaku membuatkan aku selalu sibuk.Ada masanya hampir lewat malam tiba di rumah.

Cuma satu agenda yang besar dari zaman mahasiswa sehinggalah sekarang yang aku tidak akan lupa.Usrah.

Ternyata,dalam usrah membentuk diriku menjadi peribadi muslim.Berdakwah kepada sahabat-sahabat seperjuangan,mempunyai agenda hidup sebagai mahasiswa,dan sehinggalah sekarang,aku masih meneruskan lagi agenda besar ini.

Lahirnya individu muslim maka terbentuklah rumah tangga muslim.Aku di kurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinan aku semasa di Mesir lagi,dengan pasangan pilihanku.Bahagia.Ya ! Bahagia bila meletakkan taqwa pada Allah dalam hidup berumah tangga.

“Abi,ada kawan abi telefon”, Husna,anak pertamaku,baru 5 tahun memberikan telefon bimbit padaku.

“Assalamualaikum Amir,macamna malam ini?Jadi ker?”

“Waalaikumsalam,insyAllah kita jumpa malam ini jam 9malam”

Itulah sahabat yang dari dulu hinggalah sekarang tidak pernah jemu bersamaku dalam usrah.Mohammad Hakimi bin Khairuddin.Segar dalam ingatan.

Kebetulan di Malaysia kami tinggal di daerah yang sama.Hakimi sekarang bekerja sebagai seorang Pensyarah di UiTM Kuala Pilah dan menetap di Seremban.Mudah untuk kami berurusan.

Hakimi merupakan salah seorang mad’u yang bersama denganku seusrah sehinggalah sekarang.Ramai lagi yang turut bersama kami selepas itu.Hasil dakwah dari Hakimi dan aku.Ingat lagi ketika kami bersama mengadakan program makan-makan di samping mencari beberapa orang sahabat yang boleh bersama dalam usrah.Menarik.

Tapi itulah agenda kami ketika bergelar Mahasiswa.Mencari kebaikan.Mencari redha Allah.Juga membawa seberapa ramai kawan-kawan bersama dalam usrah.Mengubah peribadi dari jahiliyah sehinggalah menjadi seorang muslim yang berjaya.

Inilah bukti cinta kami di hadapan Allah kelak.Tarbiyah mampu mengikatkan hati-hati kami menjadi penyuluh cinta syurga yang hakiki.Tak ramai yang terpilih,syukurku hanya pada Allah.

Carilah agenda hidup sendiri.Aturlah sehingga menjadi Mahasiswa yang beragenda.

—————————

Ira Amirul Bin Razali

Kaherah, 4 Mac 2013

Perginya Ummu Nidhal 1949 – 2013

Ummu Nidhal bersama anaknya yang syahid ketika jihad menentang Israel.

Ummu Nidhal bersama anaknya yang syahid dalam pertempuran dengan rejim Israel

Pagi semalam di kejutkan dengan berita kematian Ummu Nidhal (atau di kenali Khansa’ Palestin – di ambil sempena sohabiah pada zaman Nabi Muhammad saw)

Ummu Nidhal Tenat

Pada hari Jumaat (15 Mac 2013) Ummi mula tenat dan sesak,dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi sekitar 2.00pagi-3.00pagi(waktu malaysia 9.00pagi) 17 Mac 2013.

Ummi menderita atas penyakit yang bertahun lama di hadapi,iaitu mengalami masalah radang pada usus dan beberapa masalah pada hati.

Kata-kata Ummu Nidhal

Berita kematian Ummu Nidhal cukup  buat saya sedih dan semangat.Mana tidaknya terngiang-ngiang lagi kata-katanya di telinga saya..

“Wahai anakku, engkau terlahir dari rahimku, hal yang paling termahal yang aku miliki. Bukan hal yang mudah bagi seorang ibu mengorbankan hal yang paling mahal dalam hidupnya, tetapi tidak ada yang lebih mahal dari kemulian Islam, Al Aqsha dan juga Palestina…”

Dan juga pernah terdengar Ummu Nidhal mengatakan sekiranya dia punyai anak seramai 1000orang,semuanya akan di hantar jihad medan perang.

Ummu Nidhal lahir pada 24 Disember 1949 dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 64tahun.

Jenazah Ummu Nidhal di usung oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyyah

Penghormatan di berikan oleh Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyyah mengusung jenazah Ummu Nidhal

Siapa Ummu Nidhal

Punyai 10 cahaya mata hasil perkahwinan dengan Fathi Ferhad (Juga syahid di medan perang) 6 daripadanya lelaki.3 daripada anaknya syahid di Medan perang dalam misi “istiyshadiah” ,dan selebihnya di kahabarkan menjadi tawanan Palestin.

Semangat dalam diri Ummu Nidhal membuatkan hati saya cukup tak sabar untuk berjumpa dengannya dalam misi-misi Aman Palestin ke Palestin akan datang sekiranya di beri peluang oleh Allah swt.

Akhirnya berita kesyahidan Ummu Nidhal kedengaran,belum sempat untuk bertemu.Hati rasa sedikit berbaur,samada gembira (kerana Allah bakal temukan keluarga mereka di Syurga) dan sedikit sedih sebab tidak di beri kesempatan untuk hidup dan bertemu dengan Ummu Nidhal.

 

Apa jihad Kita?

Bagi saya,Ummu Nidhal adalah role model kepada semua ibu-ibu yang ada di atas muka bumi ini.Berbekalkan semangat jihad dalam diri mendidik anak-anak untuk kenal erti jihad,kemudian membenarkan kesyahidan anak-anaknya.

Kita perlu ambil semangat Ummu Nidhal, dan tak perlu jihad di Palestin,

Jihad kita menuntut ilmu !

Jihad kita mencari nafkah untuk anak-anak !

Jihad kita menentang hawa nafsu !

dan banyak lagi jihad yang perlu kita lakukan !

 

Benarlah janji Allah

Allah berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar. ” al- Hujuraat ayat 15

“Sesungguhnya Allah membeli pada para mu’min diri mereka dan harta mereka dengan memberikan syurga bagi mereka.Mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh atau terbunuh… ” at – taubah (111)

Ummu Nidhal ketika sakit di Hospital sekitar bandar Gaza,Palestin

Ummu Nidhal ketika sedang sakit

Doa kita

Hari ini Allah temukan mereka satu keluarga di Syurga.

Mari kita sama-sama doakan agar kita termasuk dalam kalangan yang di sebut Allah “al-Muttaqin” dan “orang-orang yang berjihad pada jalan Allah”

Juga marilah kita mengambil semangat dari semangat Ummu Nidhal dalam kehidupan seharian kita.Juga didiklah anak-anak perempuan dan adik-adik perempuan kita menjadi seperti Ummu Nidhal.

Ya Allah ! Terimalah jasad Ummu Nidhal sebagai para syuhada dan tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman.Jadikanlah bakal isteriku,bakal anak-anak perempuan ku,ibuku,adik-adik perempuanku,saudara-saudara perempuanku,akhwat-akhwat yang berada di atas jalan dakwah ini setabah dan sekuat Ummu Nidhal

WA

Sumber : غزة الأن dan Gaza alan web(Kewafatan Ummu Nidhal)

PRU13 : Undi Calon Muslim Berwibawa. (1)

404958_419203361494142_1566868546_n

 

Pilihanraya.

Tak pernah sebelum ini terfikir untuk mengundi.Dan tak pernah rasa nak ambil peduli siapa yang patut di undi.Juga saya tak pernah rasa bahawa undian saya yang hanya satu itu membawa perubahan besar dalam arus pilihanraya.

 

Tapi tahun ini saya layak mengundi.Ya ! Layak mengundi.

Tapi saya bukan orang UMNO.

Juga bukan ahli PAS mahupun PKR.

Jauh sekali MIC,MCA dan DAP.

 

Persoalan dan persoalan timbul dalam fikiran.

Siapakah calon yang saya akan pilih?

Kenapa saya perlu pilih dia?

Kalau ada orang bukan islam bertanding,boleh ke undi dia?

Ada perubahan yang besar ke kalau saya mengundi,sorang je pun,ada perubahan juga ker?

 

Penelitian saya selepas sedar dari lamunan,dan sedar bahawa kuasa Islam itu hanya ada pada Melayu,dan saya sedar matlamat saya di dunia adalah nak tengok ISLAM tertegak di bumi dan khususnya di Malaysia,saya memilih untuk…

Memilih calon muslim berwibawa.

 

“Kupasan soalan-soalan akan saya terangkan pada post akan datang,mengikut penelitian terperinci sementara menunggu pembubaran parlimen”

WA.

Apa kepuasan dalam diri kita?

taqwa

 

 

Kepuasan seseorang boleh timbul dengan melakukan apa sahaja yang menggembirakan hati.Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Allah menciptakan manusia di atas muka bumi ini dengan penuh kasih sayang dan tawadhu’.

Bagaimana di ceritakan di dalam al-Quran ketika mana manusia di ciptakan.Allah dan Malaikat berdialog dan berhujah demi untuk menciptkan  manusia hidup di atas buka bumi ini.Tujuan utama penciptaan adalah untuk menjadi Khalifah.Kejadian dan penciptaan manusia di balas dengan hujahan dari Malaikat yang tidak mahu manusia menumpah darah dan membuat kerosakan di atas muka bumi.Lalu Allah ciptakan Adam bagi di perlihatkan di hadapan Malaikat betapa Allah mengetahui apa yang mereka(Malaikat) tidak ketahui.

Sedar atau tidak,penciptaan manusia itu sangat bermakna dan penuh dengan penghujahan.Manusia di jadikan bagi menjadi khilafah dan untuk membuktikan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta.

Hebat manusia kan?

Ya ! Hebat manusia atas kerana penciptaan Allah terhadapnya.Lalu,apakah kepuasan lain selain ketinggian taqwa yang tinggi di hadapan Allah?

Lantas Allah jadikan syurga bagi mereka yang bertaqwa,dan neraka bagi mereka yang sebaliknya.

Jadi apa nilai kepuasan pada diri kita?

Bagi orang yang beriman sepatutnya nilai kepuasan dalam diri kita adalah nilai ketaqwaan dan keimanan.Cukup dengan itu,menjadikan diri kita lebih yakin bahawa syurga adalah milik kita.

Ketaqwaan mampu menghalang dari anasir-anasir dan ideologi-ideologi sonsang masuk dalam fikiran.Dengan ketaqwaan jiwa,mampu membezakan antara haq dan yang batil.Juga dengan ketaqwaan menjadikan kita mulia di sisi Allah s.w.t.

Jadi beramallah pada Allah,dan letakkan kepuasan yang tertinggi dalam diri iaitu ketaqwaan pada Allah.

 

Firman Allah s.w.t “Wahai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa! dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim ” al-imran 102

 

“..Sesungguhnya yang mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa” al-hujurat : 13

Ada apa dengan usrah? 3 Rukun usrah – Syeikh Syahid Imam Hassan al-Banna

ada apa dengan usrah

 

 

 

Usrah merupakan salah satu dari sistem dalam islam.Dalil menyebarkan dakwah islam bermula dari pengumpulan kecil-kecilan untuk kenal islam di lakukan oleh Rasulullah saw di rumah arqam abi al-arqam ketika awal penurunan islam.

Hassan al-banna pernah menyebut “jalan dakwah kita ini adalah jalan dakwah yang satu”

Bermaksud,dakwah seperti Rasulullah,adalah adalah yang patut kita gunakan zaman sekarang.

Pengumpulan dan usrah (5-6 orang)

 

Jadi wasilah penyampaian islam itu sentiasa berjalan sehingga sekarang,perasan tak?

 

Tak perasan kalau anda tiada usrah dan anda tak pernah buat dakwah! serious!

 

Jadi dari jalan dakwah yang satu ini,Hassan al-banna mula mengumpulkan anak-anak muda di kampung-kampung dan seluruh Mesir.Dan kemudian membentuk Katibah(Pengumpulan usrah-usrah kecil) untuk mencari Murabbi yang boleh membawa usrah.

Nak cari Murabbi supaya membantu Hassan al-banna buat usrah ketika itu.

 

Proses Katibah berlansung bukan 2-3 hari tapi bertahun lama sehingga lahirlah murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah dan memegang manhaj islam yang sebenar.

 

Katibah bermula dari September 1937 dan pada 1943 mula berlaku beberapa tentangan dalam Ikhwah Muslimin ketika itu.Risau dengan keadaan semasa,maka lahirlah murabbi-murabbi yang boleh membawa usrah ketika itu,dan selepas 6 tahun Hassan al-Banna mati di bunuh meninggalkan Ikhwan Muslimin dalam keadaan banyak membentuk Murabbi-murabbi agung seperti Hassan hudaibi dan ramai lagi.

 

Dan akhirnya sampai sekarang,wujudlah beberapa Usrah sehinggalah sekarang.

 

Anda anda usrah??

 

Kalau takda usrah carilah usrah sekarang.

 

Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan melalui 3 rukun.

 

(1)TA’ARUF

(2)TAFAHUM

(3)TAKAFUL

 

Nampak macam senang,tapi nak praktikkan susah sangat.Tak percaya?Boleh telu

suri maksud-maksud 3 rukun tu.

 

Taa’ruf :

Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca(dan yang ada usrah),

1 – Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan seusrah dengan anda mahukan?

2- Anda tahu apa yang kawan seusrah kita lakukan ketika sedang ‘down’ ?

3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat kawan seusrah dengan anda ketika dia sedang marah?

 

Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan yang saya berikan,anda belum mampu lagi untuk mempraktikalkan rukun yang pertama ini.

Taa’ruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara mengenai kawan seusrah dengan anda.Bukan setakat tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.

Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas?

Anda kena saling ‘mua’yashah’ iaitu saling bersama dengan ahli seusrah,makan bersama,borak bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama.

Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli seusrah tersebut sehingga kita mampu memahami dia tatkala keadaan – keadaan musibah yang melanda diri dia.

Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan.

Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya berikan di atas.

Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di berikan,tak perlu tanya bagaimana calon yang dia mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas sebab terdapatnya nilai-nilai ukhwah yang tinggi dan taa’ruf yang mendalam.

 

 

Tafahum :

Juga ada beberapa soalan.

1 – Bila kali terakhir anda menasihati kawan seusrah anda?

2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar nasihat?

3 – Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan mata,berikan satu bentuk nasihat pada dia sekarang !

 

Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-Banna,iaitu rukun yang kedua yang membawa maksud saling memahamkan antara ahli usrah.

Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan serta saling nasihat menasihati.

Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat.

Cuba jawab soalan ke 3  di atas?Mudah nak jawab?Susah..

Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam kepala,dan mula untuk fikir aib2 yang ada pada dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri nasihat.

Itu konsep nasihat yang salah.

Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-hari.Sehinggakan dia merasakan kita adalah penasihat yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam keadan futur,atau sebaliknya,akan tetapi kita kena beri nasihat berhari-hari kepada kawan seusrah supaya meninggalkan benda buruh,dan melakukan perkara baikdan di  saat kadang-kadang dia merasakan dia tidak perlukan nasihat.

Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua ini.Tafahum.

 

Takaful :

Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim Perlindungan Insurans di malaysia.

Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling bantu membantu dalam meringankan beban ahli seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada kawan seusrah kita adalah lebih dari beri’tikaf di masjid Nabi.Seperti mana hadith Nabi Muhammad saw :

“Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan hajat/keperluan seorang saudaranya adalah lebih baik dari beri’tikaf di masjid aku sebulan”

 

Jadi konsep ini bertepatan dengan ma’ani ruhi yang mendidik sentiasa menolong kawan seusrah yang lain dan meringakan beban.

 

 

Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di lakukan bagi mendidik dan mentarbiyah diri seseorang muslim itu dalam sistem usrah.

Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya yakin ia akan membentuk satu sistem usrah yang hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah Islam sendiri dan seterusnya memberi kesan kepada pembentukan ustaziatul ‘alam.

WA.

Ikhlas ke kamu solat tadi?

ikhlas

 

 

Satu perkara yang umat islam sering rasai  ketika habis melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan ibadah atau mendekatkan diri pada Allah adalah mereka tidak merasa iman mereka bertambah.

 

Siapa rasa diri dia bertambah iman ketika habis solat?

 

Siapa rasa diri dia bertambah iman lepas riadah?

 

Siapa rasa diri dia bertambah iman selepas membaca al-Quran?

 

Selesai pulang menunaikan solat tak pernah rasa Iman dalam diri bertambah,dan merasakan Iman sebelum dan selepas solat sama.

 

Punca hanya satu,bermula dengan KEIKHLASAN anda melakukan amal ibadah pada Allah.

 

Buatlah seberapa banyak ibadah dengan Allah sekalipun,tetapi tidak pernah ikhlas dalam hati pasti akan jadi seperti tadi,K O S O N G

 

Jadi untuk merasai kenikmatan meningkatnya IMAN selepas melakukan ibadah pada Allah adalah dengan kita memperbaharui niat kita iaitu IKHLAS melakukan ibadah

 

Juga jauhi dari sifat-sifat melakukan ibadah kerana Manusia dan sebagainya.

 

Akhirnya jadilah kita mu’min yang sentiasa meningkat IMAN nya kerana melakukan ibadah pada Allah dengan ketinggian tahap keikhlasannya.

 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah.” (az-Zumar: 2-3)

Apa Rahsia kau dengan Allah?!

Aku masih teringat erti sebuah persahabatan yang cukup indah semasa di bangku sekolah.Gila! Macam-macam kerja gila aku pernah buat.Kadang-kadang kalau ingat balik,senyum sorang-sorang.

Uhh,kadang-kadang rasa rindu pula dengan sahabat karib dekat sekolah dulu,dialah pemegang amanah segala rahsia aku kat sekolah dulu.Kelakar.Rahsia dia dekat aku,rahsia aku ada pada dia.

“Ingat tau!! Ini rahsia kita,kalau ustaz tahu,nahas kau!”

Cukup kelakar.Nak buat baik,tapi senyap-senyap.

Sekarang ni aku Mahasiswa tahun pertama di Universiti al-Azhar.Dia pula dengar khabarnya sudah bekerja.Selalu saja aku titipkan doa untuk dia,moga ALLAH mudahkan urusan dia.

Rahsia.Ya!! Masih tinggal Rahsia!!

————-

you got a new message

“Salam wbt,akhi,petang ni mesyuarat majlis berbuka puasa di rumah ana,syukran dan harap maklum”

Biasa sangat dah dapat message saat-saat akhir.Petang mesyuarat,pagi baru dapat maklumat.Mudah kata,diri aku semacam dah terbiasa dengan situasi macam ni.Tak perlu marah.

Sahabat zaman Nabi dulu pun dapat seruan jihad perang bukannya dua tiga hari sebelum nak pergi Rasulullah maklumkan.Sebaliknya sentiasa bersedia berjihad jalan Allah.Inikan aku.Uhh..

“Terus pergilah rumah Nawfal,nanti lambat pulak”

————

Mesyuarat pada dasarnya cukup membosankan aku.Penat dengar orang bercakap.Tapi sedikit beza kalau pengerusi mesyuarat Nawfal.Cukup terkenal dengan ketegasannya.Tak main-main.Dan yang paling penting,sebelum datang mesyuarat dia akan lontarkan sahaja idea-ideanya dan ahli mesyuarat yang hadir hanya perlu setuju atau bantah dan cadangan.Bukannya dalam mesyuarat baru nak keluarkan idea.Sikap proaktif begini akan buatkan mesyuarat lebih mudah dan lancar.

“InsyAllah kita target dalam 40 orang untuk majlis ni dan ana dah letak tugas masing-masing dalam kertas ni,ikhwah boleh cuba tengok” Tegas akhi Nawfal.

Amiruddin – Bendahari dan Setiausaha

Amir – Unit Makanan dan Hidangan

Naim Saiden – Unit Protokol dan Program

Zulfariq – Unit Promosi,Teknikal dan Media.

Alhamdulillah,dapat tugasan Unit Makanan dan Hidangan.Pengalaman duduk dengan abang-abang senior di sini sedikit sebanyak membantu aku mengendalikan unit tersebut.

Senyum lebar aku bila Nawfal cepat menutup mesyuarat dan semua ahli jawatan kuasa faham dengan jelas tugas masing-masing.

—————

“Lau samah,ya basyr,’aiz itnin kilo daiq”

“saya nak dua kilo tepung gandum”

“Aiwah,hagah thani?”

“Baiklah,ada apa-apa lagi?”

“ ‘indak simnah sagoyar?”

“Kamu ada minyak sapi yang kecik?

“ La’ , mafish ya akhi,wAllahi!”

“ Demi Allah! Takda”

“Aiwah,kholas,syukran ya basyr”

“Baiklah,itu sahaja,terima kasih”

“Erm..mana lah nak cari minyak sapi ni,tak der pulak”

Hampir dua jam mengelilingi cairo mencari minyak sapi,akhirnya jumpa juga kedainya.Betul-betul di belakang rumah Anak Negeri Kelantan.Alhamdulillah.

Baru lengkap setengah dari barang masakan,masih ada lagi yang perlu aku cari.Tiba-tiba teringat kata-kata Nawfal.

“Amir,enta kena betul-betul buat belanjawan sebab kita punya kewangan tak berapa banyak”

Memang betul pun.Duit tak banyak,barang masakan masih lagi belum cukup.

Tiba-tiba aku senyum.

“Takper,beli dulu,cukup tak cukup belakang cerita lagipun aku ada bawa duit lebih,kalau apa-apa jadi boleh dahulukan duit aku”

Dalam keadaan bulan puasa,panas di Kaherah harini mencecah 40 darjah kepanasan.Cukup-cukup menguji kesabaran dan keimanan kita,tambahan kawan-kawan dan ahli yang lain tak dapat bantu beli barang atas urusan masing-masing.

Aku teringat hadith Nabi Muhammad S.A.W “Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan,ketika dia berbuka puasa,dan tatkala dia bertemu dengan tuhannya “ (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“InsyAllah kejap lagi buka puasa dah” bisik dalam hati walaupun jam baru menunjukkan pukul 11pagi.

~~ ALLAH ya ALLAH…ALLAHu ya RAHMAN..

“Assalamualaikum,akhi Nawfal”

“waalaikumsalam..Amir,enta dah beli semua barang masakan?Pukul berapa enta nak mula masak?”

“Alhamdulillah,selesai beli barang,insyAllah lepas solat zohor ana mula masak dengan team masak ana”

“Ok,ok,syukran Amir,ana minta maaf,ana tak dapat bantu untuk masak sebab ana sekarang di Mansourah,insyAllah petang ni ana balik”

“Eh,ok jer,tak da pape,lagipun ana dah ada team masak,enta selesaikan urusan enta dulu”

“Syukran akhi”

“Afwan”

——————-

Alhamdulillah,selesai majlis buka puasa,hampir 40 orang juga yang hadir.Letih.

Tapi sebelum tidur,kena selesaikan belanjawan untuk unit makanan.Lepas subuh esok Nawfal mahu adakan sesi postmortem.

“Belanjawan semua sekali LE550,duit yang Amiruddin beri LE350”

Sekali lagi aku senyum.Teringat kisah aku dengan Akhmal waktu di tingkatan lima di Sekolah Menengah dulu.

“Ingat tau!! Ini rahsia kita,kalau ustaz tahu,nahas kau!” Ugut Akhmal pada aku.

“Kau ni! Nak buat benda baik pun nak rahsia ker?Bagi tahu jer lah,nanti kita juga yang dapat nama”

“Taknak,aku nak semua orang tak tahu,kecuali aku,kau dan Allah” sambil tunjukkan jari telunjuk nya di atas.

Akhmal,aku panggil Amai.Seorang insan yang cukup tawadu’. Walaupun ayah dan ibunya seorang peniaga yang berjaya,tapi penampilannya tak jauh beza dengan anak seorang petani.Bagi Amai,cukuplah dia dan Allah sahaja yang tahu amalan yang dia lakukan.

Semenjak peristiwa itu,sehinggalah ke hari ini,tiada siapa pun yang tahu bahawa dia lah penyumbang yang membolehkan ustaz Luqman melihat hingga sekarang. Dia yang memasukkan duit ke dalam akaun isteri Ustaz dan dengan bantuannya,Doktor selamat menjalani pembedahan mata ke atas ustaz Luqman.

Aku yang menemani Amai masukkan duit di Bandar petang itu.Aku cukup hormat pada dia.Itu rahsia terbesar yang aku pegang sampai sekarang.

Itu rahsia aku,dia dan Allah.

Sekali lagi aku tersenyum.Huhh..

———————-

Sekarang tiba masa untuk aku bina RAHSIA aku dengan Allah.Semua orang tak perlu tahu.

“Amir,ada apa-apa claim tak?Macamana dengan belanjawan aritu?Cukup ker?” Tanya Amiruddin dalam mesyuarat.

“Alhamdulillah,duit cukup semuanya”

“Biar betul cukup,ana tengok dalam belanjawan enta tak letak duit sewa teksi,duit beli buah,dan macam-macam lagi,betul ker cukup Amir?” Celah Nawfal.

“Alhamdulillah,semua cukup,kalau ada apa-apa tambahan pun sikit sahaja”

“Betul cukup?Kalau cukup Alhamdulillah” sambung Amirruddin

Sekali lagi aku tersenyum.

——————

Kadaang-kadang seorang hamba Allah itu perlu ada satu rahsia antara Allah dan dia.

Tak perlu nak hebahkan pada orang ramai.Cukuplah sekadar dia dan ALLAH sahaja yang tahu.

Tidak mustahil,dengan amalan yang tersembunyi dan rahsia ini menjadikan ianya satu alasan untuk Allah masukkan kita ke dalam syurgaNya yang hakiki.

Teringat kata-kata Imam Syafie  “Sudah sepatutnya seorang alim itu memiliki amalan yang tersembunyi,hanya Allah dan dirinya sahaja yang mengetahuinya.Amalan yang di nampakkan pada manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat”

Rasulullah S.A.W juga pernah besabda “Sesunggunya Allah mengasihi orang yang bertaqwa,hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka mengasingkan diri” HR Muslim dari Sa’ad bin abi Waqas.

Ada juga satu kisah sahabat bernama ‘Ali bin Al Husain yang sentiasa megangihkan roti tiap-tiap malam ke rumah-rumah secara tersembunyi.

Beliau berkata “ Sesungguhnya sedekah secara sembunyi-sembunyi akan meredam kemarahan tuhanku”

Penduduk Madinah tidak mengetahui akan hal ini sehinggalah beliau meninggal dunia kerana kiriman roti sudah tiada seperti kebiasaanya.Di khabarkan di punggung beliau terlihat bekas hitam kerana seing memikul karung roti.

(Boleh rujuk buku Hilyatul auliya’ jilid 3 Muka Surat 135 – 136)

Jadi…Marilah kita bina amalan rahsia bersama Allah,binalah walaupun kecil dan sedikit.

Wallau’alam

Ye ker kita ahli Syurga??

Hidup dalam keadaan di kelilingi dengan orang yang baik-baik dan cerdik pandai membuatkan kita tak pernah rasa bersalah dengan apa yang kita lakukan.Kadang kala kita rasa kita adalah yang terbaik dari orang lain.Sebabnya dosa kita seolah-olah di hapuskan akibat merasakan kita berada dalam keadaan orang yang soleh dan tidak mungkin akan masuk Neraka!

Sesudah buat dosa,saya selalu fikir.

“erm..x per,dosa kecil jer,bukan termasuk dosa besar pun”

atau

“Ya ALLAH..berdosa lagi aku harini,tak perlah,nanti aku minta ampun pada ALLAH dan solat taubat,ALLAH kan Maha Pengampun dan Maha Penyayang”

Saya juga tak pernah terfikir dan terlintas bahawa saya akan masuk Neraka,tetapi sebaliknya apa yang saya fikirkan adalah saya bakal penghuni Syurga ALLAH.

Sebab apa?

Sebab saya rasakan semua yang saya lakukan bukan satu kesilapan,ianya akan segera di basuh dengan Doa,Taubat,dan Solat.

Tapi masih layakkah sedangkan hari-hari saya lakukan dosa yang sama,kemudian basuh dengan Solat,Doa dan Taubat??

Dan tak pernah rasa nak berubah dan insaf dengan perbuatan sendiri dan mengulangi perbuatan yang sama,dan masih keluar dialog-dialog tadi.

“x per..malam ni bangun lah tahajud,minta ampun kat ALLAH”

sedang dalam masa yang sama,saya tak berubah pun..

Tiada siapa yang dapat menidakkan bahawa ALLAH itu Maha Pengampun,dan tiada siapa juga yang mampu menidakkan bahawa ALLAH itu akan menghukum hambaNya yang lalai dan leka dengan dosa!

Adakah kita sudah berpuas hati dengan amalan kita??

Sehinggakan amalan kita ini menjadi hujah depan ALLAH untuk tiada sebab di masukkan ke Neraka?

Segeralah menangis dan ubahlah minda kita!! Fikirkan yang kita akan terus menjadi penghuni Neraka jika kita berterusan dengan dosa kita.

Jika kita merasakan kita ahli Syurga,kita tiada dosa,maka kita akan terus di buai dengan keselesaan dan terus di buai dengan dosa,dan syaitan bertepuk gembira kerana kita selesa dengan dosa kita.

Kesimpulannya,merasakan kita adalah ahli Neraka perlu bagi kita sama-sama meningkatkan diri menjadi ahli Syurga.Dan merasakan kita adalah ahli Syurga juga perlu,tetapi jangan terbabas sehinggakan kita selesa tanpa menyedari bahawa di ‘mata’ ALLAH kita adalah ahli Neraka.

Aidilfitri di rai,tanda Ramadhan di hati..

Menyambut aidilfitri di perantauan bukanlah seperti yang kita selalu bayangkan.Adanya kuih muih,rendang,ketupat,berpagian dengan sanak saudara yang ramai dan pelbagai lagi.Sebaliknya beraya di perantauan  menjadikan diri kita lebih berdikari dan lebih berpengalaman.Dan ada masanya juga,saya merasakan beraya di perantauan lebih meriah berbanding di Malaysia,sebabnya kerana nilai ukhwah yang di tanamkan pada semua pelajar Malaysia di Mesir ini.

Daripada Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Siapa yang di dalam hatinya tiada sedikit perasaan hiba meninggalkan Ramadhan,itu tanda hati kita lemah dan berpenyakit.

Sahabat-sahabat dan ulama’ zaman dahulu,mereka amat sedih dan hiba tatkala Ramadhan masuk di penghujung hari.Bagaimana dengan kita?

Syeikh Yusuf al-Qardawi berkata “Jadilah kamu seorang yang Rabbani,jangan jadi seorang yang hanya beramal di bulan ramadhan sahaja”

Dan hadith ke 21 dari hadith arba’in (hadith 40) turut menceritakan bagaiman seseorang itu perlu istiqomah dalam beramal.

Ya!! Ramadhan meninggalkan kita.Tapi adakah dengan perginya bulan Ramadhan kita meninggalkan amalan-amalan berzikir,bertahajjud,membaca al-quran,berpuasa??

Cuba kita azamkan satu amalan yang kita buat di bulan Ramadhan, dan kemudian kita teruskan lagi pada bulan selain bulan Ramadhan.

Contohnya

“Walaupun harini sudah masuk hari ke 5 kita berhari raya,tetapi saya tidak pernah tinggalkan solat tahajjud sebab saya sudah terbiasa di bulan Ramadhan yang lepas”

“Walaupun harini sudah masuk awal Muharam,tetapi saya tidak pernah meninggalkan bacaan al-quran sebab saya lakukannya di bulan Ramadhan yang lepas”

“Walaupun harini sudah masuk buan Rejab,tetapi saya tidak pernah solat di akhir waktu,sebab saya sudah terbiasa di bulan Ramadhan yang lepas”

Begitulah bagi mereka-mereka yang beriman pada bulan Ramadhan yang sudah pun meninggalkan kita.

Pendek kata,Ramadhan merupakan bulan Tarbiyah yang mendidik kita untuk sama-sama menjadi seorang yang mendekatkan kita pada ALLAH pada bulan-bulan yang seterusnya.

Jadilah kita dalam kalangan orang-orang yang beruntung.

Carilah satu amalan,tak kisah lah amalan apa sekalipun,walaupun besar ataupun kecil,yang boleh kita istiqomah dengan amalan tersebut,supaya kita sama-sama menjadi penghuni syurga.

Sejujurnya,bagi orang -orang yang beriman,mereka akan merindui dengan Ramadhan yang lepas.

Walaupun Ramadhan meninggalkan kita tak sampai seminggu lagi,tetapi kerinduan itu cukup menebal di rasai bagi orang-orang yang beramal soleh.

Semoga kita semua di masukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa pada ALLAH dan di pertemukan Ramadhan yang seterunya..ameen..

Akhir Kalam..

“Taqabballahu minna waminkum”

Dan semoga amalan kita di bulan Ramadhan yang lepas di terima ALLAH hendaknya.

 
“Kullu ‘am, wa antum bi khoir”

Selamat menyambut Hari Raya eid Mubarak,maaf sekiranya ada penulisan saya dan kata-kata saya yang menyinggung perasaan anda semua.

Bergambar bersama pelajar-pelajar Mesir yang tidak pulang berhari raya di Malaysia.

Bergambar bersama pelajar-pelajar Mesir yang tidak pulang berhari raya di Malaysia.

Warkah cinta Ramadhan

 

Ya! Ramadhan kembali lagi..

 

Alhamdulillah,harini masuk hari ke 7 berpuasa.Saban hari menanti datangnya Ramadhan.Bagi yang beriman terasa kerinduan Ramadhan yang lepas.Bagi yang kufur,biasa-biasa sahaja.Buat kali ke 23 nya ALLAH berikan nikmat sampainya Ramadhan pada saya.Syukur Alhamdulillah.

Minggu lepas sebelum masuknya Ramadhan,seorang sahabat jurusan Qiraat pergi meninggalkan sahabat-sahabat yang lain akibat kemalangan,selang beberapa hari lagi nak masuk bulan Ramadhan.Ternyata ALLAH pilih Ramadhan kali ini untuk kita yang masih hidup ini.Syukurlah!

Seharian berpuasa di perantauan,jauh dari keluarga sedikit sebanyak membawa diri kepada sifat berpada-pada dari apa yang ada.Ramadhan di Mesir tak sama Ramadhan di Malaysia.Faham orang Mesir tak sama fahamnya orang di Malaysia.

Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasululullah S.A.W bersabda : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan iman dan bersungguh-sungguh(Ikhlas),maka di ampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
(Hadith riwayat Bukhari)

Ramadhan merupakan bulan ibadah dan bulan barakah.ALLAH janjikan lipat kali ganda ganjaranya bagi siapa yang mengerjakan amal ibadah.Petang harinya kita berpuasa malamnya pula kita beribadah.

Amat rugi jika Ramadhan yang mendatang ALLAH tidak mengampunkan dosa kita.Rugi sekali!

Masuk sahaja bulan Ramadhan,saya aturkan beberapa perkara.Selain berazam untuk mengkhatamkan al-Quran di pertengahan Ramadhan saya juga berazam untuk menghafal 1juzuk yang tidak pernah saya hafal sebelum ini dalam bulan Ramadhan.

Di Mesir,kami berpuasa hampir 15jam.Subuh 3.30pagi dan akan buka jam 6.55petang.Cabaran utama masuknya bulan Ramadhan adalah dengan keadaan cuacanya yang agak panas.Hampir 40 darjah celcius.Tapi kalau nak di bandingkan dengan perang badar,tak terbanding dugaannya.Berperang sambil berpuasa.

Ramadhan juga merupakan salah satu untuk seseorang itu berubah kepada yang baik kepada yang lebih baik.Sebelum ini baca al-Quran waktu magrib sahaja,tetapi masuk sahaja bulan Ramadhan setiap kali waktu solat kita cuba untuk habiskan satu juzuk.Menarik bukan?? Tapi momentum ini perlulah berterusan walaupun habis Ramadhan.Sebab itu saya katakan Ramadhan merupakan satu titik tolak seseorang itu mengubah hidupnya.

Teringat Ramadhan yang lepas.Saya di sibukkan dengan urusan ke Mesir.Kursus BTN,urusan KPT dan macam-macam.Tahun ini harapnya azam Ramadhan dapat di tunaikan.

Nak penuhkan manfaat Ramadhan kali ini,kita kena rasakan bahawa Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir bagi kita.Siapa dapat jaminan bahawa dirinya akan bertemu Ramadhan tahun depan?? Teringat saya akan arwah sahabat saya sebelum ke Mesir (dalam waktu Ramadhan tahun lepas).Tahun lepas kami sama-sama dalam Ramadhan,tapi tahun ini tidak.Siapa sangka bahawa tahun lepas tahun terakhir bagi dia dalam bulan Ramadhan.Jadi berpuasa dan beribadahlah kalian dan kita semua semacam ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita sembahkan pada ALLAH kelak.

Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Orang yang berpuasa mempunyai Dua kegembiraan,iaitu apabila berbuka puasa dan apabila menemui Tuhannya ia bergembira dengan ganjaran puasanya.(Hadith Riwayat Bukhari)

Sebagai umat islam yang sentiasa berpegang teguh dengan setiap yang di suruh ALLAH dan meninggalkan setiap yang di larang ALLAH,dengan kedatangan Ramadhan kita perlu rasa syukur dan rasa di pilih ALLAH untuk sama-sama mendekatkan diri pada ALLAH dalam bulan Ramadhan ini.

Banyakkanlah ibadah dalam bulan Ramadhan ini dan perbaikilah hubungan kita dengan ALLAH.Mintalah ampun banyak-banyak.

Banyakkan I’tikaf di Masjid-masjid dan bertahajudlah pada ALLAH sementara menunggu sahur.

Semoga amalan ibadah kita pada Ramadhan kali ini di terima ALLAH.

Warkah Ramadhan ini awalnya saya tujukan untuk diri saya sendiri dan seterusnya buat pembaca yang budiman.

cairo 1446 ( 26-07-2012)

Rasulullah s.a.w bersabda,"Barangsiapa memberi makan berbuka orang yang berpuasa,maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurang walau sedikitpun" at-tirmizi  Gambar sebuah masjid di Tonto,Mesir yang menghidangkan makanan berbuka bagi semua pelajar bukan mesir,termasuk Malaysia,Thailand,dan Indonesia.  Sudah menjadi amalan orang arab mesir memberi makan orang yang berpuasa ketika berbuka.Beza dgn masjid lain,masjid ini mengkhaskan makanan berbuka itu pada pelajar-pelajar bukan Mesir.  Berlipat kali ganda ganjaran Allah berikan pada mereka yang memberi makan orang yang berpuasa.  Alhamdulillah,sempat 2 hari berbuka di Tonto dengan hidangan Ayam dan Daging.

Rasulullah s.a.w bersabda,”Barangsiapa memberi makan berbuka orang yang berpuasa,maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurang walau sedikitpun” at-tirmizi
Gambar sebuah masjid di Tonto,Mesir yang menghidangkan makanan berbuka bagi semua pelajar bukan mesir,termasuk Malaysia,Thailand,dan Indonesia.
Sudah menjadi amalan orang arab mesir memberi makan orang yang berpuasa ketika berbuka.Beza dgn masjid lain,masjid ini mengkhaskan makanan berbuka itu pada pelajar-pelajar bukan Mesir.
Berlipat kali ganda ganjaran Allah berikan pada mereka yang memberi makan orang yang berpuasa.
Alhamdulillah,sempat 2 hari berbuka di Tonto dengan hidangan Ayam dan Daging.

Menjelang Ramadhan I (Berpesan-pesan)

“Ish,awak ni,nak bergurau pun bertempat lah,habis basah buku saya” marah Aini pada Diana.Terkulat-kulat Diana.

Dia memang begitu.Dari bangku sekolah lagi suka burgurau.Tak kira tempat,asalkan ianya boleh menjadi bahan gurau dan orang lain ketawa.Bagi dia,melihat dan membuat orang ketawa adalah satu hobinya.Dia mudah bergaul,juga mudah mesra.Tak kiralah yang baru kenal atau dah lama.Cumanya kadang kala gurauannya itu menyebabkan orang lain rasa kurang selesa.

“Saya minta maaf,ingatkan nak renjis tangan awak,terkena pulak buku awak,maaf Diana” tunduk malu Aini pada Diana.Dia tahu dia tersilap gurauan.Tangannya masih ada sisa baki air.

“Nasib baik kena buku,kalau kena ladtop ni,macammana?Awak ada duit ker nak ganti?kalau kaya tak per lah!” perasaan Aini benar-benar marah pada Diana.Lupa sejenak akan persahabatan mereka yang begitu akrab,sehingga kawan kuliah mereka menggelarkan mereka balangkas.Di mana ada Diana,di situ ada Aini.

Hati Aini tersentap dengan kata-kata Diana.Kalam-kalam yang keluar dari mulut Diana benar-benar membuatkan dia bisu seketika.Aini sedar,dia bukan orang yang hidupnya senang.Hidup Diana jauh lebih mewah dari Aini.Adakalanya Aini terpaksa pinjam dari Diana atau orang lain untuk tampung kos hidup dia di Universiti.Tapi Aini tidak pernah lupa akan hutang-hutangnya.Bagi dia,sesudah sahaja dapat duit dari ayahnya di kampung,dia akan terus bayar hutang-hutangnya.

“Kalau nak gurau pun agak-agaklah sikit Aini!” sambung Diana tanpa hiraukan perasaan Aini.Risau benar dia kalau-kalau ladtopnya rosak.

“Diana,saya minta maaf” tanpa menoleh muka Diana,Aini terus keluar dari bilik Diana.Perasaan hibanya tidak mampu tertahan.Amat pedih sekali kalam Diana kali ini.

Diana dapat rasa Aini tersentak dengan kata-katanya tadi.

“Aini,tunggu kejap!”

Tanpa mengendahkan panggilan Diana padanya,dia terus keluar rumah.Perasaan sedihnya tidak dapat di selindung.

Seharian Diana mencari Aini.Diana tahu,kata-katanya tadi amat memedihkan hati Aini.Menyesal sungguh Diana dengan tegurannya tadi.

“Ya ALLAH…kenapalah aku boleh cakap macamtu tadi!!” sambil mencungap-cungap mencari Aini,bisik dalam hati Diana penyesalannya mengeluarkan kata-kata tadi.

“Eh Izzati,assalamualaikum,awak ada nampak Aini” kebetulan kawan satu kelas Aini lalu di hadapan Diana.

“Erm…waalaikumsalam,maaf Diana,saya tak nampak,cuba Diana cari di taman mungkin dia di sana” jawap Izzati.

“Baiklah,syukran Izzati”

Bergegas Diana ke taman.Dari jauh kelihatan kelibat Aini yang sedang duduk di atas kerusi sambil membetulkan tudungnya yang labuh dari terkotor.Tasik besar dihadapannya seolah-olah menjadi peneman Aini.

Diana cuba mendekati Aini.Dia sudah pun menyusun ayat yang terbaik untuk meminta maaf pada Aini.

“Ye..aku tahu.Aku ni orang miskin.Ayah aku kerja sawah jer.Aku tak mampu ada ladtop macam dia.Dia kaya,aku miskin.Kalau kena ladtop dia air yang aku baling tadi,mesti aku tak mampu nak ganti balik” luahan Aini bersendirian.Sememangnya dari dulu lagi Aini tidak suka kongsikan perasaannya dengan sapa-sapa termasuk Diana.

Kehadiran Diana lansung tidak di sedari Aini.

“Assalamualaikum Aini”

Cepat-cepat Aini mengesatkan air matanya.Berubah air muka Aini bila lihat Diana.Kononya mahu di sorokkan perasaan sedihnya itu.Dibuatnya muka ceria.

“Waalaikumsalam.Eh..Diana,awak buat apa dekat sini” jawap Aini.

“Saya cari awaklah.Aini,saya minta maaf sangat-sangat sebab hal tadi.Saya tahu,awak terasa.Saya tak dapat nak control perasaan saya tadi.Saya betul-betul nak minta maaf,saya tak berniat pun nak kata awak macamtu”

“Erm…kata apa?Saya tak fahamlah Diana”

“Sudahlah Aini,saya kenal awak dari sekolah menengah lagi.Awak suka tutup perasaan awak.Awak nak orang sekeliling awak semua ceria.Walaupun hati awak sedih”

“Erm..” memang itulah selama ini yang di rasai Aini.

“Aini..awak ni memang seorang yang suka bergurau,seorang yang ceria dan saya tahu itu semua,cumanya ada ketikanya awak berlebihan dalam bergurau.Kadang-kadang,guraun awak tu buat orang marah pada awak.Saya tak pasti samada awak sedar atau tidak”

Aini tertunduk insaf dan sedar akan kesalahannya.Selama ini tidak ada lagi sahabat yang berani menegur caranya bergurau kecuali Diana.

“Diana maafkan saya..” Aini terus memeluk Diana sambil menangis.

“Terima kasih Diana kerana sudi menegur saya.InsyALLAH saya akan cuba ubah diri saya.Kadang-kadang saya ni terlebih bergurau,maafkan saya Diana” tambah Aini selepas puas memeluk Diana.

“InsyALLAH,saya doakan yang terbaik.Saya teringat wasiat Imam Hassan al-Banna.Jangan banyak ketawa atau bergurau sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan ALLAH sangat tenang dan tenteram”

“InsyALLAH,terima kasih sekali lagi Diana” Aini tenang dengan teguran Diana kali ini.Hilang perasaan marahnya pada Diana.

“Sama-sama.Saya juga nak minta maaf pada awak.Tak sepatutnya saya cakap macamtu tadi.Saya betul-betul malu pada awak.” Sekali lagi Diana minta maaf pada Aini.

“Eh..tak per,saya tak de masalah pun.Masa mula-mula awak marah tadi saya tersentuh sikit.Tapi dah ok dah sekarang,hehe.Tapi awak jangan buat lagi tau!”  itu lah Aini,mudah memaafkan kesalahan orang lain dan mudah menerima nasihat.

“InsyALLAH saya cuba.Beruntungnya saya dapat kawan macam awak!” balas Diana

“Sebagai tanda minta maaf saya pada awak,jom saya belanja awak makan ice-cream dekat kedai Tok Husin sana,boleh?” pandai Diana mencuri hati Aini.

“Jom!! Saya pun haus ni,hehe” sempat lagi Aini berlawak.

Akhirnya kedua sahabat itu tanpa mereka sedari,mereka menyempurkan hadith Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud hak antara umat islam itu adalah saling nasihat menasihati.

Dan Imam Ibnul Mubarak pernah ditanya: Apakah amal yang paling afdhal? Maka jawabnya: Saling menasihati karena ALLAH ta’ala.

p/s 1 : jom kita saling berpesan pesanan

p/s 2 : dah nak masuk ramadhan..kurang2 kanlah bergurau..hehe

Sya’ban menguji,Ramadhan di nanti !

Alhamdulillah..masuk dah bulan sya’ban..

Khutbah minggu lepas di Masjid al-Iman,Hayy asyir,Kaherah menyentuh mengenai bulan Sya’ban yang di nanti.

Imam masjid ni memang terkenal dengan ketegasan bila bercakap dan terkenal dengan sifat tegas.Dia pantang kalau ada orang datang solat jumaat kemudian duduk di saf pertama lepas tu tak solat tahiyatul masjid.Menariknya dia akan berhenti berkthubah dan akan suruh solat sunat 2 rakaat ‘time’ tu juga.Mula-mula sampai di Mesir agak terkejut dengan budaya macamtu,bila dah lama-lama rasa macam nak buat di Malaysia pula.

Teringat hadith Nabi Muhammad S.A.W dari Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datang seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah! (Sahih Muslim)

Mesir ni banyak Praktikal dari Hadith Nabi berbanding Malaysia yang lebih terikut dengan adat dan budaya.

Wallahu’alam tapi apa yang penting tajuk khutbah minggu lepas sangat memberi kesan pada semua yang mendengar.

Masuk sahaja bulan sya’ban,Rasulullah akan berubah dari segi amal.Baginda banyak berpuasa malah baginda banyak beramal ibadah dengan ALLAH S.W.T.

Sehinggakan datang satu Hadith Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa’i,  Ibnu Majah, dari Ummu Salamah radhiallahu anha berkata: ”Aku tidak melihat Rasulullah sallahu’alaihi wa sallam berpuasa dua bulan secara berurutan kecuali beliau melanjutkan bulan Sya’ban dengan Ramadhan.”

Begitulah betapa Nabi Muhammad memperbanyakkan berpuasa dalam bulan sya’ban sebelum masuknya Ramadhan

Apa yang boleh kita ambil iktibar adalah amal Nabi Muhammad S.A.W itu sendiri dalam mendekatkan diri pada ALLAH S.W.T.

Jadi,untuk menanti bulan Ramadhan yang bakal menjelma (insyALLAH 24 hari lagi) kita perlu ada persediaan yang mendalam demi untuk kita sama-sama bersedia menghadapi Ramadhan yang akan tiba.

Suka untuk saya kongsikan apa yang cuba untuk saya lakukan pada bulan Sya’ban kali ni untuk tingkatkan amal dan dekatkan diri pada ALLAH S.W.T,mungkin kita boleh praktikal bersama.. ^_^ :-

1- Bacaan al-Quran sejuzuk setengah sehari (1 1/2juzuk)

2- Bersedekah sehari Nus (atau duit malaysia dalam 30sen)

3- Murojaah hafalan quran

4- Berpuasa Isnin dan Khamis juga berpuasa pada 13,14,15 sya’ban (Hadith Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa)kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari). Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari , tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban iaitu 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnyaharipertengahan Syaaban (nisfu Syaaban)

5- Membaca 4buku Fikrah 

6- Banyakkan senyum (tingkatkan akhlak)

Banyak lagi perkara-perkara baik yang boleh kita amalkan pada bulan sya’ban ini dan kita praktiskan supaya Ramadhan akan datang kita di permudahkan urusan oleh ALLAH S.W.T.

Dan janganlah kita lupa berdoa agar amalan kita di terima ALLAH dan di sampaikan kita pada bulan Ramadhan kali ini,insyALLAH.

ALLAHumma balighna Ramadhan wa lailatul qadr..ameen..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 105 other followers