mana lebih penting?pointer atau pandai berdakwah??

salam ikhwah semua,
Hari ni merupakan hari kedua penantian ana menunggu keluarnya keputusan pointer bagi semester empat yang lepas,ana sedikit berasa takut sebab kebanyakan soalan yang di berikan pada ana ada yang tidak dapat ana laksanakan dengan bijak,jadi sedikit penurunan mungkin akan berlakau,
Baiklah,apa yang ana nak kongsikan pada hari ini adlah,pada pendpat antum semua,manakah yang lebih penting bagi antum semua?pointer atau pandai berkata-kata atau dengan erti kata yang lain,memberi sedikit cermah di hdapan orang ramai?
Misalnya seperti jurusan yang ana ambil,iaitu Syariah,kebanyakan dari kelas ana mendapat pointer yang tiggi dalam peperiksaan,jadi persoalan timbul apabila ana terdengar bual bicara daripada yang mendapat pointer yang rendah memberi riaksi sebegini
“walaupun pointer aku rendah,tapi aku selalu bagi ceramah pada orang ramai”

mendengar dari percakapan beliau,ana terfikir,betul juga cakap mereka,jadi ana berasa sedikit kurang faham di antara kepentingan yang mana satu,samada pointer atau petah berkata2?

apa yang ana dapat simpulkan adalah,kedua2 nya adalah penting bagi kita semua,samada pointer atau pun petah berkata2.

ana ambil beberapa contoh,adakah layak bagi seseorang itu kehadapan memberi sedikit tazkirah dihadapan orang ramai sedangkan dia tidak pernah untuk ke hdapan memberi tazkirah,dan dia di arah ke hadapan hanya kerana dia mendapat pointer yg tinggi dalam peperiksaan,ana rasa sudah pasti mereka terkaku-kau di hadapan memberi tazkirah walaupun mereka pandai dalam peperiksaan.Jadi,ini menunjukkan bahwa praktis kehadapan juga perlu dalam pembelajaran agar hari kelak mereka tidak gagap untuk tampil ke hadapan.

ana ambil contoh yang kedua pula,iaitu apabila seseorang itu sangat lemah dalam pembelajaran,tetapi sangat pandai berkata2,jarang kita temui seperti ini,akan tetapi kita sendiri perlu berhati-hati dengan setiap percakapan yang mereka berikan,berkemungkinan apa yang di smpaikan tidak lah seperti yang terdapat dalam kitab,mungkin mereka mendapat ilmu dari kwan2 atau dengar2 sahaja,walhal sebenarnya memerlukan rujukan yang bnyak dari pelbagai kitab seperti contoh sekarang ni adalah penyebaran hadith2 yang maudu’,begitu banyak sekali ada kalanya mereka menggunkan hadith maudu’ sebagai hujah mereka dalam tazkirah yang diberikan,ini adalah kekurangan yang ana lihat sendiri bagi contoh yang ana berikan ini.

ini bermakna setiap inci persoalan di atas memerlukan kesinambungan yang baik untuk menyampaikan dakwah islam,masakan tiada ilmu boleh berkata2.

Jadi,pada antum semua,mana satu yanga antum semua rasa baik sangat??adakah dengan pointer yang tinggi dan tidak boleh berkata2 di hadapan ramai umat islam?atau sekadar pandai berkata2 tetapi pelajaran makin merosot?

Jadi,renung2kan dan selamat beramal,,

3 Responses

  1. Salam ya akh…

    Pada pendapat ana, kedua-duanya amatlah perlu untuk kita sebagai seorang pelajar dan pendidik.

    Tanpa ilmu dan keberanian untuk kehadapan, bagaimana kita hendak menyampaikan sesuatu perkara kepada orang ramai dengan baiknya.

    Pointer amat penting untuk kita bagi menentukan kedudukan kita dalam sesuatu keadaan. Jika PNGK kita rendah/ tidak baik masakan kita dapat menyambung pelajaran ke universiti yang terbaik dalam keadaan negara kita yang sedang hangat persaingan untuk ke tempat-tempat yang terbaik. Jugak untuk menentukan kecemerlangan kita dalam pembelajaran.

    Keberanian atau kemampuan untuk ke hadapan jugak amat perlu dalam diri kita. Bagaimana kita hendak menyampaikan dan berkongsi ilmu yang ada jika kita tidak berani untuk kehadapan. Justeru itu keberanian perlu ada supaya kita dapat menyampaikan ilmu kita dengan jayanya.

    Tidak cukup hanya tinggi pointer tapi tidak berani kehadapan. Tidak cukup juga jika kita berani kehadapan jika ilmu kita tidak ada.

    Jadi kesimpulannya, kedua-duanya perlu ada. Wallahu’alam…..

  2. ana pon sependapat dengan annaml@ibnuaman…

    kedua-dua nya perlu seiring. cuba bayangkan kalau seorang da’ie itu mampu untuk menyampaikan dakwah dengan baik.tapi pada masa yg sama mempunyai pencapaian akademik yg rendah…..dlm keadaan ini, ada kebarangkalian akan timbul fitnah kpd da’ie tersebut.

    mgkin akn ade yg mengatakan : “eh,mamat tu reti cakap jer,tapi dlm exam hampeh.”…

    Jadi bagi mengelakkan situasi fitnah kpd individu dan juga fitnah kepada islam, seorang individu muslim itu perlu utk hebat dlm menyampaikan dakwah dan juga cemerlang dlm pengajian akademik nya🙂

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: