كل عام وانتم بالف خير

salam ikhwah semua,,
Apa khabar dengan iman kita pada bulan ramadhan yang bakal meninggalkan kita semua?adakah kita masih di takuk yang sama atau kita sekadar seperti bulan-bulan yang biasa sahaja atau kita menjadi yang selain-lainnya??Ana harapkan antum semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh pengharapan dari Allah supaya di tempatkan kita di syurga kelak,insyALLAH dan sebenarnya ikhwah bulan puasa inilah bulan yang dikatakan bulan tarbiyah untuk umat islam,mana tidaknya semuanya berbeza dari yang lain,seperti contoh,adakalanya pada waktu maghrib kita entah kemana,tapi masuk sahaja bulan Ramadhan,kita semua akan berkumpul bagi berbuka bersama keluarga,betul tak?contoh kedua,pada hari-hari atau bulan yang lain kita semua akan sibuk berbicara mengenai tempat yang ingin dituju untuk makan tengahari sehinggakan ada yang terlupa mengenai perkara- perkara fardu seperti solat dan sebagainya,tetapi apabila masuk sahaja bulan puasa,mereka yang ingin memikirkan mengenai tempat untuk makan tengahari ini akan digantikan dengan membaca alquran dan terus solat ke masjid,tak perlu untuk pergi mencari makan dahulu,ikhwah semua!!HEBAT x bulan puasa??hebat sungguh bulan puasa ni kan???

Sebut bulan puasa ni,suka ana berkongsi pada antum semua satu kenyataan iaitu bahawasanya imam ikutan kita iaitu Syafie akan menkhatamkan bacaan al-quran beliau sebanyak 60 kali dalam masa sebulan,bayankan tu ikhwah!kita???waimah ana sendiri pun x mampu nak buat macamtu..

Sebenarnya entri kali ni ana nak ucapkan كل عام وانتم بالف خير pada antum semua dan ana harap apa yang kita garap pada bulan ramadhan dapat kita teruskan lagi pada bulan syawal yang bakal menjelma ini,dan akhir kalam,sekiranya ana terlanjur kata,tersalah bicara,harap dapat maafkan hamba yang banyak sangat dosanya ini,dan ana doakan antum semua supaya yang dikurniakan Allah syurga yang hakiki,,amin..

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: