Hayati Takbir,Tasbih,Tahmid dan Tahlil di pagi raya.

salam ukhwah fillha,,

Hari ni merupakan hari kemenangan bagi umat islam setelah menempuh bulan jihad paling besar sekali iaitu menahan nafsu dari segala godaan dan perkara yang di larang ALLAH dan menahan dari lapar dan dahaga,dan setelah sebulan berpuasa hari ini kita sama-sama menyambut hari raya puasa,insyAllah ana yakin antum semua pasti mendapat tamparan tarbiyah yang hebat dalam bulan puasa yang lepas.

Jadi pada kebiasaannya,umat islam pasti akan memperdengarkan kalimah-kalimah memuji Allah S.W.T yang Maha Esa,Seperti di tempat ana sendiri,malam tadi sahaja sehinggakan tiada ruang untuk di letakkan makanan dalam perut ni kerana sudah masuk rumah yang ke 10,sugguh terasa sekali beraya di desa,meriah dengan alunan Takbir,Tasbih,Tahmid dan Tahlil di malam raya.

Tapi ana nak tanya antum semua,sejauh manakah kita semua menghayati alunan zikir itu,adakah sekadar hanya di bibir sahaja,atau sekadar hanya pelengkap untuk raya sahaja,atau sekadar berasa tidak seronok kerana tidak membuat takbir raya rumah ke rumah??

Penghayatan dalam alunan zikir sememangnya perlu kita hayati dengan sebenar-benar hayati kerana suasana yang menjadi kewajipan kita apa yang ana lihat sekarang ni dah macam nak menjadi adat pula,ada segelintir yang hanya tau makna apa yang mereka lafazkan,dan ada pula segelintir yang hanya melafazkan sahaja,jadi,apa pendapat antum semua dengan perkara ini??

Jadi ana harap apa yang kita lafazkan hendaklah kita sertakan dengan penghayatan sebenar denagan apa yang kita lafazkan biarlah kita semua mengalirkan air mata sekali pun,sesungguhnya hanya Allah yang akan menilai kemampuan kita dalam penghayatan memuji Ke Esaan Nya,dan semoga dalam penghayatan kita di tempatkan syurga yang hakiki,insyALLAH,,

salam lebaran dari ibn habib..

di bawah ni ana selitkan video takbir raya berserta maknanya sekali,,
semoga kita semua dapat manfaat..insyaALLAH..

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: