Sempurnakan apa yang patut!!

Salam ikhwah semua,apa khabar dengan suasana di hari raya,semasa ana berada si kampung,pelbagai jenis suasana yang ana dapat rasakan,seronok juga rasanya.

Tetapi ikhwah,untuk entry kali ni ana nak kongsikan pada antum semua tentang apa yang sepatutnya seorang umat sempurnakan selepas di tinggalkan Ramadhan.Ramadhan yang lalu pasti akan kita semua rindui,dan kita semua sememangnya mengharapkan pada tahun hadapan dapat lagi kita temui Ramadhan jika di panjangkan umur,InsyALLAH dengan izin Allah S.W.T.Eh,menyimpang jauh pula apa yang ana nak tulis pada kali ini.Sebenarnya ana nak kongsikan pada antum semua tentang Puasa Enam.

Hadith Nabi Muhammad S.A.W:
Ertinya : “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang tahun”
[Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya]

Hadith ini jelas menunjukkan kita bahawasanya sebagai umat islam,kit aharus berlumba-lumba dalam mencari pahala yang sempurna (FASTABIKUL KHOIRAT),Dalam hati setiap umat islam yang sejati dan tulus,pastinya mereka tidak sabar untuk meneruskan puasanya dalam bulan Syawal yang mana ianya hanyalah di hukumkan sunat sahaja,tetapi bagi ana sendiri,walupun ianya sunat,tapi ana rasa patut bagi seorang umat islam rebut peluang yang ada bagi menambahkan pahala dan insyALLAH sedikit sebanyak dapat terubat rindu di hati pada bulan Ramadhan yang telah pun meninggalkan kita,Bukan setakat Puasa Enam sahaja,waimah ana harap antum semua dapat meneruskan lagi baki pembacan al-quran kita pada bulan puasa yang lepas,kot-kot ada lagi yang tertinggal,bolehlah kita teruskan untuk bacaan harian kita pada musim perayaan ini.

Semua yang ana senaraikan ini bukan untuk apa,untuk menambahkan pahala kita semua untuk hari akhirat kelak,insyALLAH setiap amalan yang kita buat ALLAH sentiasa ‘sematkan di setiap tabir kertas’ kita di syurga,Insya ALLAH.

Dan ini semua ikhwah adalah bergantung kepada ketulusan hati kita untuk melakukan ibadah ini,jika kita buat hanya untuk diselitkan dengan riya’,sudah semestinya kita semua akan mendapat markah ‘kosong’ di akhirat kelak,tetapi untuk mereka yang benar-benar ikhlas kerana ALLAH pastikan Berjaya menepuh alam di akhirat kelak,insyALLAH.

Salam dari ibn habib.

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: