Membina Iman dan Taqwa

Asslamulaikum,,,,
Apa khabar ikhwah semua??harap sihat hendaknya,sudah agak lama juga ana tinggalkan penulisan kali ni,bnyak entry – entry yang ana dah siapkan tapi x de kesempatan nak online untuk di postkan pada blog ana ni,almaklumlah,sejak akhir-akhir ni sibuk sikit dengan exam,dan ana rasa antum semua pun mesti tgh dalam proses nak exam di IPT masing-masing,insyALLAH,bitaufiq maannajah..

Baiklah,untuk entry kali ni ana nak ceritakan tentang program yang terbaru ana pergi,iaitu Malam Bina Iman dan Taqwa atau lebih dikenali dengan MABIT,menarik tema yang di keengahkan oleh naqib kali ni,iaitu terdirinya kaitan dengan Tarbiyah + Da’i + Dakwah + Jamaah..Pada malam program kami ddibahagikan kepada dua kumpulan dan kumpulan pertama di ketuai oleh ana sendiri dan kumpulan kedua di ketuai oleh akhi Haikal Hazim,sungguh menarik “LDK” malam itu,iaitu kami di minta untuk membincankan kaitan dengan keempat aspek itu,dan keluarkan satu analogi untuk perbincangan itu.

Baiklah,nak di pendekkan cerita kumpulan ana sedikit merapu dengan anologi yang agak merapu sikit,tapi masih pada dasar yang sama iaitu membincangkan mengenai kaitan keempat-empat aspek itu tadi,setiap dari ahli kumpulan mengeluarkan idea-idea yang cukup bernas sehinggakan naqib kami berkata

“pada zaman dahulu,saidina Umar al-Khattab membaca al-quran pada waktu pagi dan mentafsirkan dan pabila menjelang malam dia mentafsirkan ayat itu berlainan padahal ayat itu adalah apa yang dibacakan pada waktu pagi”

ini menunjukkan bahawanya kita membincankan perkara yang sama sahaja,cuma berlainan pendapat sahaja,walhal benda yang di bincangkan adalah sama sahaja,sebaik menerima teguran sebegitu,kami teruskan kembali huraian aspek itu tadi,.perbicangan seterusnya di teruskan dengan kesimpulan dari naqib kami (Ust.Umair)
——————————————————————————————————–
Ust.Umair :

“Sebenarnya apa yang antum cakap itu semuanya sama sahaja,tanpa ke empat-empat aspek yang ana berikan tadi pastinya dakwah itu tak sampai,cube kalau sekiranya tiada tarbiyah,pastinya x wujud seorang da’ie sebab sifat utama seorang da’ie iailah mempunyai ilmu,bagaimana nak mentarbiyahkan seorang sedangkan tiada ilmu yang mantop,kemudiannya cube kalau tiada dai’ie,pastinya tiada yang penggerak jika tiada dai’ie,sekiranya pula tiada dakhwah,pastinya x wujud juga islam yang mantop,dan sebaliknya kalau tiada jemaah,dan anologi ana adalah sebuah kereta MyVi,cuba antum semua bayangkan bahwa yang ana ialah pemandu iaitu dai’ie,ana mesti ana tarbiyah untuk memantu,betul x?kalau tiada ilmu nak membawa pastinya ana tiada lesen untuk membawa kereta,dan seterunya dakwah,ana mesti bawa kereta dengan betul kalau x,mesti ana akan terbabas,jadi,ana dakwahkan kereta dengan betul dan seterusya adalah jamaah,sekiranya ana nak pergi ke amerika,antum semua percaya atau tidak yang ana akan sampai????pastinya tidak,ana mesti bawak orang yang pandai membawa kereta juga,supaya dapat bergilir dengan ana,dia tidur,ana bawa,ana tidor,dia pula yang bawa,jadi itulah kepentingan jaamah,begitu juga zaman Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang mana kemenangan pastinya di kecapo dengan bantuan jemaah,yang mana jemaah itu semestinya terdiri dari para-para sahabat,jadi itu kesimpualan ana”

Ust.Umair

——————————————————————————————————–

Sungguh menarik perbincangan malam itu,dan kemudiannya kami bersolat isya’ berjemaah dan seterusnya kami keluar makan beramai-ramai,dan tepat jam 11.30 kami semua berlabuh malam kerana keesokannya seawal jam 4 kami semua akan ber Qiam secara fardhi dan berjemaah,..

Keesokan paginya kami bangun awal sebagaimana yang diarahkan dan program di teruskan dengan pembcaan Doa mathurat yang diketuai oleh Ust.Razman Ibrahim dan seterusnya kami semua mendengar satu slot yang di berikan oleh Ust.Sofee bin Mustafa mengenai “Shahadatul Haq”,agak menarik pembentangan beliau,ini kerana banayak di selitkan dengan lawak-lawak,jadi,tiadalah pada ketika itu yang tersenggut-senggut mengantuk,dan tajuknya juga amat menarik,insyALLAH,unutk entri yang lain akan ana ceritakan mengenai “Shahadatul Haq” dan slot berakhir jam 8.00pg dan seterusnya kami di hidangkan dengan roti canai dan seterusnya ana tidak dapat meneruskan program kerana pada pagi tersebut,ana minta untuk di kecualikan daripada program seterusnya iaitu Jaulah di Blue Lagoon, kerana mahu pulang ke rumah awal,ana dapat berita dariikhwah yang lain yang mereka seronok di sana kerana meneruskan aktiviti jungle tracking,dan seterusyan mereka pulang ke asrama,.

Begitulah program yang terbaru anak ikuti dan iainya sungguh menarik,ikhwah semua pastinya pernah pergi program ilmiah,dan ana percaya antum semua pastinya ada pengalama ilmu yang menarik,dan ana harap antum semua meneruskan lagi mengikuti program seperti ni lagi,isyaALLAH,ALLAH akan menolong orang yang melakukan kerja baik,insyALLAH..

Baiklah,sampai disini dahulu entry kali ini,ana selitkan beberapa keping gambar pada hari program tersebut..’
Wassalam,,,

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: