“Jahilillyah Moden”

Sayonara Jahiliyyah(Selamat Tinggal Perkara yang di larang Syara’)

Perkara Jahiliyyah merupakan salah satu perkara yang di amalkan oleh Kaum Arab Badwi pada zaman sebelum penurunan Wahyu oleh Rasulullah S.A.W. Dan kalau kita sendiri tengok bahawasanya Allah S.W.T telah menurunkan Wahyu kepada Nabi Muhammad S.W.T untuk memulakan Islam dengan “MEMBACA”,dan perkara ini jelas menunjukkan kita bahawasanya tanpa Ilmu,seseorang muslim itu akan sentiasa melakukan perkara-perkara yang sentiasa jahiliyah.Pada Zaman Jahiliyyah dahulu kala,meraka mengamalkan perkara yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam termasuklah membunuh anak perempuan,memakan riba’ dan sebagainya.

Tetapi Pada zaman merubah era glokal ini,dari segi sudut pemahaman Islam sebenarnya kembali kepada Zaman Jahiliyyah,Terkejutkan!!! Ya,sememangnya zaman kita kembali kepada zaman Jahiliyyah tetapi cara Jahiliyyah nya sahaja yang lain,Nak tahu apa yang menyebabkan kita kembali kepada zaman Jahiliyyah????Ini termasuklah perkara – perkara HIBURAN&MUZIK,PERHIASAN&PEMAKAIAN,DAN MASALAH BERCINTA.Inilah sebenarnya perkara-perkara yang mungkin suatu hari nanti kita semua akan terjebak lalu membawa islam ke lembah Jahiliyyah.

Baiklah,ana terangkan satu persatu mengenai perkara-perkara “JAHILYYAH MODEN” ni,yang pertama adalah HIBURAN & MUZIK:

Antum pernah dengar tak lagu dari kumpulan Raihan ini:

“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu Indah,hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi terleka”

Ulama’ ada membahaskan mengenai hukum hiburan ini.Pada dasarnya hukum hiburan ini adalah harus akan tetapi akan menjadi haram sekiranya ianya bertentangan dengan ajaran islam atau lebih tepat lagi apabila ianya membawa kepada kelalaian.Dengan sebab hiburan seseorang itu akan menjadi hayal lalu meninggalkan perkara-perkara fardhu seperti contoh meninggalkan solat hanya sekadar ingin menonton drama di televisyen.Hukum asal nya adalah Harus iaitu dikira hukum ibadah.Tidur hukumnnya Harus,makan Harus,minum Harus,dan segala perbuatan yang memberi manfaat di dunia ini adalah harus,akan tetapi apabila perbuatan harus di lakukan pada tiap-tiap hari,akan menjadi kepada perkara Haram,seperti mana dengan hukum mendengar hiburan itu tadi,pada asalnya hiburan itu harus,hanya apabila kita saban hari menjadikan hiburan itu suatu perkara yang rutin ianya akan menjadi haram.

Yang Kedua adalah PERHIASAN & PEMAKAIAN:

Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran:

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu (1) dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu (2) dan Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait (3) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

(1) Maksudnya: isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan ke luar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara’. perintah Ini juga meliputi segenap mukminat.
(2) yang dimaksud Jahiliyah yang dahulu ialah Jahiliah kekafiran yang terdapat sebelum nabi Muhammad s.a.w. dan yang dimaksud Jahiliyah sekarang ialah Jahiliyah kemaksiatan, yang terjadi sesudah datangnya Islam.
(3) Ahlul bait di sini, yaitu keluarga rumah tangga Rasulullah s.a.w.

Dalil ini jelas kepada kita semua bahawasanya Allah melarang kita semua dengan perhiasan yang Jahiliyyah dan bertingkahlaku seperti orang jahiliyyah dahulu kala,seperti mana ana ceritakan pada awal tadi.

Tapi apa dia perhiasan yang Jahiliyyah???ana nak tanya antum semua,adakah antum semua menutup aurat??dan apa itu yang di katakana menutup aurat??adakah sekadar maksud aurat itu,iaitu menutup dari pusat ke lutut untuk lelaki dan hanya muka dan tapat tangan sahaja untuk perempuan??

Ya!memang benar,bahawasanya menutup aurat adalah yang dijelaskan syara’ iaitu menutup aurat dengan pakaian yang di jelaskan syara’.Sememangnya kita semua menutup aurat,akan tetapi dari segi pakaiannya masih lagi kita semua dalam lingkungan jahiliyyah,iaitu tutup aurat dengan sekadar menutup aurat dengan kain-kain yang jarang,kain-kain yang sendat,dan ada satu ketika ana berjalan di sebuah bandar dan dengan tidak disengajakan ana ternampak bahagian belakang seorang perempuan apabila perempuan itu tunduk,nak menunjukkan betapa sendatnya baju yang di pakai oleh perempuan itu,tapi dalam masa yang sama,peremupuan itu memakai tudung,adakah mereka munutup aurat?? Bagi ana mereka tidak sama sekali menutup aurat akan tetapi lebih tepat dengan perkataan membungkus aurat.

Syariat Islamiah menafsirkan bahawa menutup aurat adalah menutup bahagian yang haram di lihat mengikut syarat-syarat tertentu,manakala dari segi bahasa pula,aurat lebih menjurus kepada kekurangan.

Jelas difinisi berkaitan dengan aurat akan tetapi masih lagi yang bermasalah mengenai aurat,bagaimana pula dengan memakai pakaian yang menyerupai agama sesebuah agama selain dari islam,sudah tentunya hakam yang nyata,.

Ana senaraikan apa dia tuntutan syara’ kepada lelaki dalam menutup aurat:

    • Pastikan bahawa semua aurat di tutup (pusat hingga lutut)
    • Pakaian mestilah tidak sendat sehinggakan menampak bahagian-bahagian aurat
    • Pakaian yang di pakai semstinya tidak terlalu jarang sehingga nampak bahagian aurat
    • Pakaian yang di pakai bukanlah bertujuan bermegah-megah dan akan menimbulkan rasa riak dan
    sombong pada masyarakat
    • Semestinya tidak meniru pakaian perempuan hatta sekalipun memakai pakaian yag benar-benar
    menutup aurat.
    • Bukan diperbuat daripada sutera
    • Pakaian yang dipakai semestinya tidak menyerupai orang kafir atau golongan fasiq

Kaum Perempuan:

    • Semestinya menutup aurat yang ditentukan syara’ ( semua anggota badan kecuali tapak tangan dan
    muka)
    • Pakaian yang di pakai mestilah tidak sendat sehingga menampakkan susuk badan
    • Pakaian mestilah tidak jarang sehingga menampakkan kulit
    • Pakaian yang di pakai mestilah tidak menyerupai orang lelaki
    • Pakaian mestilah tidak meyerupai orang fasiq atau orang kafir
    • Tidak terlalu riak dalam berpakaian dan bermegah sehingga mendatang riak
    • Pakaian yang di pakai perempuan mestilah tidak mempunyai gambar- gambar yang menarik minat lelaki
    untuk mendekatinya

Dan yang terakhir adalah isu BERCINTA

Ya,memang benar sekali bahawa isu bercinta adalah isu yang boleh membawa umat islam ke pada lembah kejahilan,ini kerana isu sebegini akan membawa kepada lembah kemaksiatan,dan hukum berada dalam keadaan berdua-duan adalah haram sama-sekali seperti mana entry-entry yang lepas,ana banyak menekankan isu percintaan ini,waimah isu “percintaan Islamic” kononnya.

Isu sebegini sepatutnya bagi umat islam mestilah jelas,dan bukannya hanya memandang sepi akan hal ini,dan semua pihak harulah memainkan peranan penting bagi membentuk anak-anak bangsa dari terjebak dengan isu-isu percintaan monyet yang mana kebnyakannya akan membawa kepada lembah kemaksiatan.

Bagi isu sebegini kebanyaknnya yang terlibat adalah dari golongan-golongan remaja,dan boleh dikatakan bahawa para remaja lah yanag paling banyak menyumbag kepada masalah ini,sehinggakan mereka mengagnggap bahawa isu percintaan ini adalah isu biasa,dan isu percintaan lepas berkahwin adalh isu yang jelek,tetapi itulah yang sebenarnya yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W yang mana Baginda megenali Saidatina Khatijah ketika mana Baginda sudah pun berkahwin dengan Saidatina Khatijah,Jelas sebenarnya bahawa nabi tidak ajar umatnya bercinta ini,waimah ketika kita mahu meminang seorang anak dara hanya beberapa kali pandangan sahaja yang di benarkan dan diberikan kepada seorang lelaki,itu pun hanya dalam keadaan hal-hal tertentu.

Ana tertarik apabila membaca sebuah buku yang mana ana sendiri pernah mengolahnya dalam entry yang lepas,iaitu Pemilik Hatiku selepas Allah & Rasul yang mana sisuami membelikan cincin dan baju hantaran yang besar kerana sisuami menganggarkan bahawa calon isteri nya berbadan besar,ini menunjukkan betapa hebatnya seorang lelaki itu,sehinggakan dia sendiri tidak pernah tahu tentang saiz badan isterinya,dan hanya dapat tahu selepas berkahwin,itu lah yang sebenarnya di ajar oleh islam.

Ini kan tidak! Sebelum berkahwin perasaan mereka adalah seperti orang yang sudah berkahwin,bila ber ‘sms’ menggunakan perkataan ‘sayang’,’manja’ dan macam-macam lagi perkataan yang seperti sudah berkahwin,tetapi lepas sahaja berkahwin,ada sahaja yang tidak kena,perasaan sayang semasa sebelum bercinta sudah mulai luntur,dan ada sehingga tahap cerai berai,itulah kita semua tidak mahu,islam itu mudah,mengapa di rumitkan dengan isu –isu yang kecil.

Jadi ana harap pada yang membaca entry kali ini ,sama-sama kita ambil ikhtibar dan berdoa kepada ALLAH S.W.T supaya tidak di masukkan dalam golongan “JAHILLYAH MODEN” ini,semoga kita semua dapat mengambil manfaat dalam penulisan kali ini,sama – sama kita perbaiki diri,insyALLAH…

Renung-renugkan dan selamat beramal..

One Response

  1. isu anda memang matang. inilah bakat kurnian ilahi yang anda ada. tahniah.

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: