Fahami Isu dengan JELAS!!

salam,,

Terlalu banyak perkara yang lebih aula untuk di dahulukan,sehiggakan ana sendiri tiada masa untuk menulis dengan beberapa panjang setiap isu melainkan entry terbaru ana iaitu “jahillyah moden” dan ana hrap antum semua tidak lah terlalu jemu untuk membacanya,insyALLAH..

Untuk entry kali ini ,ana lebih menekankan isu -isu terbaru yang kita sering sahaja membacanya di koran-koran,ana bukan mahu mengulas satu persatu persoalan yang timbul tetapi ana ingin sekali mengupas apa yang sebenarnya rakyat malaysia perlu jelas tentang beberapa isu.

Banyak sekali isu yang terbaru timbul,isu terbaru adalah berkaitan dengan isu penangkapan Dr.Mohd Asri bin Zainal Abidin,atau ada yang mengelarkannya Dr.MAZA,dari segi nama ianya tidak menjadi sebarang isu,akan tetapi yang menjadikan isu adalah sebab penangkapan Dr.MAZA itu,ada yang mengatakan memang patut di tangkap,dan ada pula yang mengeluh dengan penangkapan beliau.

Ana tertarik untuk menulis entry bertajuk sebegini setelah ana berjumpa dengan seorang hamba ALLAH yang mana dia lebih suka dan bersetuju dengan penangkapan Dr.MAZA,dengan alasan dia adalah wahabi dan tambahnya lagi bahawa sepatutnya kerajaan dari dahulu lagi menangkap Dr.MAZA,ana terdiam dan merasakan betapa mudahnya seseorang itu mengikuti perkembangan semasa dan terus sahaja mengklonkusikannya,ana terdiam dan menyampuk bahawa Dr.MAZA bukannya di tangkap kerana ajaran wahabi akan tetapi di tangkap kerana dituduh memberi ceramah tanpa tauliah, dan hamba ALLAH itu tadi terus berkata lagi,beliau mengatakan bahawa Dr.MAZA adalah seorang pelajar lughoh dan bukannya pelajar Syariah,dan maka sebab itu beliau sepatutnya di tangkap kerana kebanyakan pelajar lughoh hanya mengkhususkan bahagian bahasa sahaja,akan tetapi bab-bab hukum lebih menjurus kepada pelajar syariah,sekali lagi ana menyangkal dakwaan beliau yang mana mengikut profil sebenar Dr.MAZA beliau sememangnya berasal daripada pelajar lughoh akan tetapi dalam masa yang sama juga,beliau mengikuti pengajian Syariah di universiti Jordan,jadi,slahlah tanggapan hamba ALLAH itu tadi,tapi ana tidaklah mengatakan perihal itu di hadapannya,cume berkata dalam hati sahaja.

Ini sebenarnya masalah rakyat malaysia,yang mana,mereka suka membuat kesimpulan awal terhadap sesuatu isu,menafsirkan sesuatu isu dengan mengikut akal fikiran,ana bukan untuk memberikan apa-apa komen tentang isu ini ,akan tetapi sengaja mengambil contoh sahaja,jika ada yang inginkan penjelasan yang jelas,bolehlah ke laman blog ini.. www.inijalanku.wordpress.com

Sepatutnya bagi seorang umat islam,hendaklah mereka meniliti dahulu asal -usul setiap isu itu,jangan main serkap sahaja,contoh telah pun ana berikan tadi,bukan setakat isu Dr.MAZA sahaja yang pernah ana lalui malah isu yang membabitkan islam sebelum ini iaitu Isu hukuman terhadap bekas paramugari iaitu kartika yang didapati bersalah meminum arak dan di hakim menjatuhkan hukuman sebat mengikut syarie,itupun masih ada lagi rakyat yang tidak jelas akan isu ini,masih lagi salah menyalahi antara satu pihak terhdap satu pihak,kadang-kala kesalahan tafsiran isu ini juga membabitkan orang yang tinggi pelajarannya,dasyat sekali,Allah S.W.T berfirman dalam al-quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” Surah al-Hujurot ayat :6

Jelas sekali kepada kita semua bahawa setiap apa sahaja yang kita terima dan dengar,hendaklah kita pergi mencari dahulu sejauh mana kesahihannya berita yang kita dengar itu, dan tidak perlulah untuk menafsirkan sesuatu isu itu terlalu awal kerana ianya lebih mengundangkan bahaya daripada kebaikannya.

Ana harap pada yang membaca entry kali ini,hendaklah kita peka dengan keadaan sekeliling,dan rapat-rapat kan diri dengan koran-koran,sisipkan isu terbaru di Malaysia ini di hujung dada,jangan kita bersikap tidak mengambil peduli akan isu – isu di Malaysia ini,akan tetapi pastikan kesahihannya terlebih dahulu,dan doakanlah agar Malaysia bebas daripada isu -isu yang lebih panas lagi selepas ini,InsYALLAH..

Ana mohon maaf jika tersalah penulisan dan ana sekali lagi minta maaf kerana bukanlah niat entry terbaru kali ini untuk mengupas isu-isu terbaru,insyALLAH antum semua boleh layari www.inijalanku.wordpress.com

Wassalam…

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: