Salam MAAL HIJRAH 1431H (18 Disember 2009)

salam ukhwah untuk semua pembaca blog ana,ana minta maaf sebab dah lama agaknya ana x menulis..terlalu banyak perkara yang perlu ana selesaikan,dan baru-baru ni ana di minta untuk jadi fasilitator untuk kem remaja ISMA (KRIM Negeri Sembilan),selama tiga hari program itu berlangsung,dan penatnya masih lagi terasa,walaupun penat,tapi keseronokan berdakwah dengan pelajar-pelajar yang rata-ratanya dari sekolah menengah sungguh bernilai buat kami fasi-fasi yang kebanyakannya dari PEMBINA Negeri Sembilan,insyALLAH kalau ana ada masa,ana ceritakan serba ringkas akan program tu.

Pejam celik – pejam celik kita hampir saja nak ke tahun hijrah yang seterusnya,agak-agaknya sudah terlaksanakah azam bagi Hijrah 1430??hehe,tepuk dada,tanya diri sendiri.Dalam kesibukan kerja harian kita,dah pun kita melangkah ke tahun Hijrah yang seterusnya,iaitu 1431H..

Sebelum tu,ana nak terangkan tentang bulan Muharram,semuanya telah pun sedia maklum bahawa Muharram adalah tahun pertama dalam tahun islam (hijrah),dan ana pasti antum semua tahu bahawa sebelum Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari mekah ke Yatrib (Madinah),kiraan bulan dikira mengikut kiraan Masihi,selepas daripada penghijrahan Baginda barulah di kenali sebagai Hijrah yang mana kita gunakannya sehingga sekarang.

Berapa ramai dalam kalangan kita yang sibuk membincangkan tentang maal hijrah??berapa ramai yang berbicarakan akan hijrah yang akan kita sambut??kebanyakan nya sibuk berbicara akan benda2 yang bukan berbicara tentang ilmu,contohnya,sibuk berbicara tentang artis2,tentang konsert2,tentang politik,tetapi tentang hijrah 1431,sangat kurang kita berbicarakan,jadi ana nak kongsikan pada antum semua apa yang di maksudkan dengan Hijrah.

Hijrah membawa maksud dari sudut bahasanya adalah berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan yang berlainan,dan dari segi istilah nya pula adalah perubahan dalam diri dari melakukan perkara yang di larang ALLAH S.W.T..

hadith dari baginda Rasulullah S.A.W :

المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Pada zaman nabi Muhammad S.A.W hijrah mereka lebih mencabar,baginda telah mendapat suruhan oleh ALLAH S.A.W untuk berhijrah dari kota mekah ke kota madinah,perjalanan baginda dan penduduk mekah sungguh mencabar dan pelbagai rintangan yang baginda harungi demi untuk membentuk islam yang kuat,dengan berbekalkan iman yang teguh dan keyakinan yang tinggi pada ALLAH S.W.T,pada pendapat ana hijrah pada zaman baginda bukan sahaja di tafsirkan dengan perpindahan sahaja,namun pelbagai maksud yang boleh di tafsirkan termasuklah pengorbanan,seperti mana Saidina Abur Bakar As-siddiq memberikan semua hartanya di jalan ALLAH untuk berhijrah sehinggakan hartanya hanya tinggal 5ribu dirham sahaja daripada 40ribu dirham,itulah pengorbanan Saidina Abu Bakar as-Siddiq,dan seterusnya ana tafsirkannya hijrah ini sebagai satu perpaduan,sebagai mana pada zaman dahulu,dimana penduduk muhajirin dan ansar bsatu setelah berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Kota madinah,dan sebenarnya banyak yang boleh di difinikasikan tentang hijrah ini.

Pada zaman yang serba canggih ini,kita tidak lagi berperang atau mungkin boleh di tafsirkan kita tidak lagi sama konsep dengan zaman penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W,cuma apa yang boleh di definisikan adalah kita boleh berubah dari perkara yang tidak baik,kepada perkara yang baik,mungkin seseorang boleh berhijrah dengan perkara yang baik,seperti mana seseorang yang berazam untuk mengubah kehidupannya dengan perkara yang baik.

Malangnya sekali pada zaman yang ‘terserba’ canggih ini,rakyat malaysia lebih mengetahui akan menyambut tahun baru sahaja,pada awal Moharam mereka abaikan,mana pergi islamnya Malaysia ini??harapkan I/C sahaja melayu dan Islam tetapi masih bukan sebenarnya islam.Rakyat Malaysia akan ‘elert’ bila mana mereka di beri cuti,seperti contoh,

“oh,esok cuti maal Hijrah,patutlah cuti…”

Macamtulah yang mana ana dapat tafsirkan keadaan rakyat Malaysia,mereka x pernah nak nilaikan sesuatu perkara itu dengan ciri yang sebenar,mereka x nilaikan apa itu Maal Hijarah,yang cume mereka biasakan adalah CUTI! CUTI! CUTI!….tapi x pernah mereka berfikir untuk ‘berhijrah’ ke sesuatu perkara yang baru dan baik,teguran ini bukanlah untuk menyindir mana2 pihak,tetapi untuk peringatan kita semua,moga ALLAH beri kita semua hidayah nya…insyALLAH…

Jadi,sempena Maal Hijrah yang akan datang ini,ana doakan agar kita semua dapat menghayati nilai penghijrahan yang sebenar,dan dapat menghayati apa itu ‘hijrah’ dan dalamilah isinya,tanamkanlah niat yang ikhlas dalam azam untuk menentukan kehidupan yang hakiki di akhirat kelak.

Ana nak selitkan pada entry kali ini,dengan peristiwa2 penting dalam bulan Muharram antaranya ;

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Sumber : al-azim.com

begitu banyak sekali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharram,tinggal untuk kita hayati sahaja peristiwa tersebut,bukannya sekadar untuk mendapat cuti dan mengambil masa untuk ‘bershopping’ ‘melancong’,’berjalan2′ dan sebagainya,bukannya tidak boleh,tetapi,apalah salahnya kita mengambil masa untuk menghayati penghijrahan dalam bulan Muharram.

ana juga nak selitkan doa akhir dan awal tahun untuk kita amalkan bersama;

Doa akhir tahun:

Untuk pengetahuan antum semua,doa ini hendaklah 3 kali dan di baca pada akhir solat asar pada akhir bulan Zulhijjah sebelum masuk solat Maghrib,doanya adalah:

hehehe,nampak real sikit untuk doa kali ni..hehehe….

Doa awal tahun :

Doa ni pula di baca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram,daonya adalah:

hehehe…lagi nampak real..

Baiklah,sampai disini sahaja untuk entry kali ni,dan sebenarnya ana punya rumah tengah dalam “upgrade”,hehehe,jadi wayar streamyx ni kejap2 putus,kejap2 ok,hehehe,jadi mungkin lambat untuk ana meng’update’ entry2 terbaru..harap-harap Maal Hijrah kali ini,kita semua dapat menghayati dengan penuh keikhlasan dan penghijrahan yang kita buat biarlah mendapat keredhaan dari Allah S.W.T..amin…

untuk sisipan kali ni juga,ana sisipkan dengan lagu tema Maal Hijrah yang sememangnya dari dahulu lagi kita dah dengar,semoga kita dapat hayati lagu itu dengan tenang dan akhir Kalam “Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H”…

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: