10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

Salam ukhwah…apa khabar antum semua??macammana dengan sambutan Maal Hijrah 1431H??apakah azam antum semua??ana menghrapkan satu perubahan dalam diri kita semua untuk kita terus berada dlam landasan Allah S.W.T dan seterusnya dapat berlindung atas rahmatnya..insyALLAH..

Jadi,untuk entry kali ni,ana nak kongsi dengan antum semua dengan sebuah wasiat daripada seorang ulama yang terkenal,iaitu as-Syahid Imam Hassan al-Banna,iaitu seorang ulama’ yang mana berdakwah lebih menekankan aspek politik,reformasi dan pelbagai lagi,jadi,sebelum beliau meninggal dunia,beliau telah pun membuat satu wasiat,dan dalam wasiatnya,terdapat 10 perkara yang di pesan,antaranya adalah;

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Itu sahaja wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna,ana harap antum semua boleh faham apa yang terkandung dam wasiat tersebut.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ”

العلماء وريتة الأنبياء
Ulama pewaris para nabi

Jadi,apa kita tunggu lagi,segerelah kita melaksanakan apa yg di wasiatkan Imam Hassan al-Banna kepada kita semua,insyALLAH,kita akan berjaya didunia serta di akhirat kelak,,insyALLAH,..

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: