Elakkan Wahan!!!

Salam ukhuwah ana ucapkan,rasanya agak lama ana meninggalkan blog ini kesunyian dengan input-input terbaru,bermulanya semester baru ni semestinya agak sibuk mengendalikan beberapa urusan,ana rasa antum semua pun semestinya sibuk bila tiba semester baru,apa-apa pun setiap apa urusan yang kita semua lakukan,samada urusan itu membawa kepada sesuatu yang agak berat urusannya,ana harap kita sama-sama menempuh dengan iman yang kuat dan minda yang terbuka,dan bukannya apabila mendapat sesuatu urusan yang menyukarkan kita,kita lahirkan rasa ketidak puasan yang teramat sangat atau kita keluarkan dengan perkataan yang kesat-kesat dan sehinggakan menyinggung perasaan seseorang,harap di jauhi.

Baiklah,untuk entry kali ni,ana ingin kupaskan satu sifat yang sifat ini sangatlah di cela oleh ALLAH S.W.T,iaitu sifat WAHAN(وهن).

Wahan membawa maksud “Cintakan Dunia,Takutkan Mati”,panjang benar maksudnya berbanding dengan ayatnya,wahan adalah perkataan Arab yang membawa maksud seperti yang ana tulis sebentar tadi,apa-apa pun sifat ini adalah sangat di cela oleh ALLAH S.W.T kerana dengan sifat ini lah selalunya umat islam akan sentiasa berada di lembah kejahatan.Seseorang yang cintakan dunia pastinya mereka lupa akan akhirat,ada kalanya kita ni mudah terleka dengan duniawi,hendaknya dengan cabaran dunia sekarang yang penuh dengan teknologi yang canggih dan adakalanya menjangkau pada pemikiran kita,kita sendiri boleh lihat betapa canggih nya manusia zaman sekarang sehinggakan di Negara-negara seperti Jepun,Korea, dan bermacam-macam lagi yang menjadi pengeluar utama barang dagangan di dunia seperti contoh Handphone,MP3 dan bermacam-macam lagi,ini benar-benar menunjukkan dunia penuh dengan teknologi,ini baru sahaja menjangkau tahun 2010,bagaimana pula agaknya jika pada tahun 2020 nanti,tidak mustahil dalam keadaan yang serba canggih ini,manusia yang diberi akal fikiran oleh ALLAH S.W.T ini mampu menciptkan berbagai lagi teknologi yang canggih.

Baiklah,kembali kepada sifat wahan yang di kutuk tadi,sekiranya umat islam terpedaya dengan kebebasan teknologi yang canggih sekarang ini,pastinya seseorang itu terlepas dari sesuatu yang di janjikan ALLAH S.W.T iaitu syurga yang hakiki.Mana tidaknya,dengan teknologi zaman sekarang ini,pastinya ramai yang terleka dan lupa sebentar akan akhirat,dan bagi pendapat ana,bukan sahaja dengan zaman yang berubah menjadi asbab untuk seseorang itu mendapat taraf wahan,akan tetapi berbagai lagi contohnya seperti sibuk medirikan rumah yang besar,sibuk dengan perniagaan,sehinggakan tiada masa untuk mengambil sedikit masa menadah tangan merendah lutut dan mengabdikan diri pada ALLAH S.W.T,ana bukan memaksudkan sesiapa yang mendirikan rumah yang besar adalah mampunyai sifat wahan,tidak sama sekali,akan tetapi jika dalam hatinya membuat rumah bukan kerana untuk keselesaan dan bukan untuk mendapat perlindungan tetapi membuat rumah besar kerana untuk menunjuk-nunjuk pastiya sifat itu menghampirinya,dan apabila seseorang memiliki kesemua kekayaan di dunia,pastinya mereka takut dan gelisah untuk meninggalkan semua hartanya didunia,dan kalau boleh,mereka nak masukkan sekali hartan-harta mereka bersama-samanya menempuh alam barzakh,semestinya orang yang mempunyai sifat wahan ini adalah takutkan mati,masakan tidak takut,kerana habislah semua hartanya di bahagikan kepada yang hidup di dunia ini,sedangkan mereka merasai alam barzakh,itulah yang dinamakan bersifat wahan,iaitu “Cintakan Dunia dan Takutkan Mati”sekiranya kita semua bersifat sebegini pastinya tidak akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T,dan sekiranya ada yang bersifat sebegini,sama-samalah kita beristighfar bagi memohon keampunan dari ALLAH S.W.T,dan marilah kita sama-sama menjauhi sifat yang di cela ini,semoga amalan kita di terima ALLAH S.W.T hendaknya.amin.

Jadi itu sahaja untuk ana kongsikan pada antum semua,semoga apa yang kita bicarakan sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan akhlak kita di sisi ALLAH S.W.T.amin…

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: