Sahabat??????……Ya ALLAH…………..

Salam w.b.t ukhwah…

Agak kesibukan sedikit akhir-akhir ni,pelbagai masalah yang perlu untuk di rempuh,teringat ana pada satu surah dalam Firman ALLAH S.W.T :

Mafhumya:”Allah S.W.T menjadikan hidup dan mati untuk menguji setiap di antara kamu yang mana baik amalannya” surah al-Mulk:2

Jadi,dengan ter’taddaburnya ayat tu sedikit ana merasakan semangat ataupun spiritual antara makhluk dan penciptanya yang mana setiap dugaan yang diberikan semestinya ALLAH S.W.T ingin memberi ujian yang mana ujian itu adalah untuk menambahkan iman di dada.

Untuk entri kali ni,ana nak kongsi pada antum semua sebuah kisah di antara dua sahabat karib yang penuh dengan keikhlasan dalam bersahabat…cerita nya lebih kurang begini:

___________________________________________________________________________________________

Azam dan Amir merupakan salah seorang pesakit di Hospital Pantai Melaka.Azam meghidap penyakit yang mana penyakitnya tidak boleh di sembuh melainkan memerlukan semangat yang tinggi dan memerlukan ketahanan yang tinggi,beritu juga dengan Amir,Amir juga menhidap penyakit yang sama,akan tetapi Amir 5 tahun lebih muda berbanding umur Azam,akan tetapi mereka tetap berkawan baik walaupun masing2 mempunyai penyakit yang tiada hujungnya,dan mereka berkenalan ketika berada di hospital.

Cuma satu sahaja kelebihan yang diberikan ALLAH S.W.T kepada Azam,walaupun dia mempunyai penyakit yang teramat sangat kuatnya akan tetapi dia dapat membangunkan sedikit badannya dan melihat pandangan di hadapan,akan tetapi Amir tidak dapat membengkokkan badannya atas nasihat doktor dan kedudukan katil Azam dan Amir adalah bersebelahan.

Hampir setiap hari Azam menceritakan kepada Amir apa yang di lihatnya di banggunan keluar tingkap untuk menghiburkan hati sahabatnya yang hanya menghadap ke arah kipas dan syiling sahaja.

“Ya Allah mir,lawanya pandangan dekat luar tu…..”kata Azam
“Apa yang ko nampak?ceritalah pada aku” balas Amir yang tidak sabar ingin mendengar cerita dari Azam
“Alangkah bagusnya klau kita dapat keluar tu mir,aku nampak ada tasik kat luar tu,ada itik sedang mematuk-matuk bulunya untuk di betulkan,”jawab Azam sungguh-sungguh
“lagi,apa yang kau nampak?,beritahulah aku”balas Amir
“Ada pasanagan keluarga mir,mereka mungkin ingin melawat saudaranya disini kot,ramai anaknya mir,mereka kelihatan ceria sahaja,mugkin saudarnya keluar hospital harini kot”
“Ya Allah,alangkah bagusnya kalau kita sihat dan ada keluarga kan zam”kata Amir
“jangan risau mir,kita ni pun dah macam keluarga,walaupun kita tiada keluarga,tapi bagi aku kau lah keluarga aku”balas Azam dengan sungguh-sungguhnya
“terima kasih Azam” kata Amir dengan nada sayu.
Sememangnya sebeginilah akan berlakau kepada mereka berdua,ada kalanya merka akan ketawa kecil dan ada kalanya mereka akan bersedih.

“ya ALLAH mir,mugkin harini sambutan hari kemerdekaan rasanya”kata Azam kepada Amir
“ye ke?tapi kenapa zam?
“ada kereta berhias,ada pencaragam,ramai yang berarak membawa sepanduk masing-masing,budak-budak sekolah pun ada mir,mereka kelihatan menarik membawa alat muzik mereka masing-masing”
“mesti menarik hari ni kan?”
walaupun muzik pancaragam yang di ceritakn kepadanya oleh Azam tidak di dengarinya akan tetapi dia menganggap kemungkinan ianya jauh dari bangunan ini.Azam kemudiannya tersenyum sendirian,mugkin ada yang mencuit hatinya.

Keesokan harinya,seperti biasa mereka di kejutkan untuk di berikan ubat,selepas sahaja giliran Amir,giliran Azam pula yang di berikan ubat,akan tetapi Azam tidak lagi bukakan mata,puas jururawat memanggil namanya,akan tetapi berjaya juga,dan kemudiaanya,Azam di sahkan meniggal dunia pada pagi tu,betapa luluhnya hati Amir meningglkan kawan nya yang paling di sanyanginya,terdetik dalam hatinya bahawa tiada sesipa lagi yang akan menceritaknnya dan menghiburkannya,walaupun Amir tidak dapat menghadiri upacara pengkebumian Allahyarham Azam,akan tetapi dia sentiasa berdoa agar roh Azam di tempatkan bersama orang2 beriman…

Pagi esoknya,selepas di beri ubat,Amir memberitahu kepada jururawat agar memindahkannya ke katil Azam.dan kemudiaanya permintaan Amir di tunaikan oleh jururawat,Amir cuba untuk membengkokkan badanya untuk dia melihat apa yang ada di luar sana bagi menghiburkan hatinya,dengan bantuan jururawat,Amir dapat membengkokkan badannya,akan tetapi dia merasa terkejut kerana apa yang di ceritakan padanya oleh Azam sama sekali jauh dari pemikirannya,cuma yang ada di hadapannya adalah semak dan banggunan yang menutupi pandangan tingkap itu,lantas segera Amir bertnya kepada jururawat.

“Mengapa depan katil ni ada bagunan,bukankah depan ni ada tasik dan taman????”tanya Amir
“Pakcik,mana ada tasik dan taman di hadapan tu,sudah lama terdiri nya bangunan di situ”
Amir berasa hairan yang amat sangat
“tpi kenapa Azam selalu sahaja mencritakn kpada saya tentang pandangan yang dilihatnya setiapa hari?”
“p.cik,yang sebenarnya sememangnya p.cik Azam ingin menghiburkan hati pakcik,dia ada memberitahu saya yang dia sangat sayangkan pakcik,dia tidak mahu pakcik bersedih dan dia juga ingin pakcik terus sihat memandangkan umur pakcik lebih muda,di dunia ni cume pakcik sahaja sahabat karibya,tambahan pula pakcik Azam buta,dan tidak mampu untuk melihat apa2″

Tersentuh sungguh hati Amir bila mendengar kata2 jururawat itu,luluh hatinya,tangisannya bagaikan Azam baru sahaja meningglkan nya pagi tadi dan tangisannya tidak sama dengan hari kematiaan Azam,bertambah semangat untuk Amir meneruskan kehidupannya dan dia tidak akan sama sekali melupakan Azam.

Dalam hati kecilnya berkata”ya ALLAH,Azam,kaulah sahabatku dunia dan akhirat,tempatkanlah dia di dalam syurga yang hakiki…amin”

___________________________________________________________________________________________

Bagaiman dengan pengembaraan cerita tadi,mugkin sedikit tersentuh dengan kisah tadi dan ana mengharapkan sekiranya sahabat-sahabat di atas bumi ALLAH S.W.T ini dapat mengambil contoh seperti Azam tadi,bukn senang untuk cari sahabt yang sebenar-benar sahabat…kalau kawan tu.,.ana rasa ramai,tapi kalau nak cari sahabat cukup susah…

Renung-renungkan dan selamat beramal…..

One Response

  1. […] Sahabat??????……Ya ALLAH………….. […]

apa pendapat anda?