Tajdid (perbaharui) niat!!

Salam ukhwah semua,apa khabar iman di dada?harap-harap sihat bersama-sama peribadi akhlak yang mulia.insyALLAH.Tajdid niat,ya,tajdid,yang membawa maksud perbaharui,mungkin ramai yang tahu mengenai perkataan ini,dan mungkin juga ada yang baru kenal.Baiklah,apa yang di maksudkan dengan Tajdid niat ini adalah memperbaharui niat dengan lebih menjurus kepada niatkan sesuatu perkara itu kerana ALLAH S.W.T.

Dalam kitab al-wafi iaitu hadith ar-ba’un,atau lebih di kenali sebagai Hadith 40,pada awal hadith sendiri telah ditunjukkan dengan setiap amalan mestilah dimulakan dengan niat.Hadith dari Nabi Muhammad S.A.W:

“sesunguhnya setiap amalan itu perlulah dengan niat” – bukhari

Lihat sendiri pada awal hadith ini sendiri Nabi Muhammad S.A.W telah pun mengajar kita bahawa setiap amalan kita itu mestilah dimulakan dengan niat,mana mungkin sesuatu perkara itu yang kita lakukan tidak kita lakukan dengan niat yang tertentu.

Dalam satu kisah yang di ceritakan dari sahabat dalam suatu peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu ada mengisahkan bahawa seorang yang berperang di jalan ALLAH apabila di lihatkan mayatnya di hadapan Rasulullah S.A.W,lalu Rasulullah memberitahu bahawa mayatnya sedang di seksa oleh malaikat,dan di lihat juga mayat orang kafir,lalu baginda Rasulullah S.A.W memberitahu sahabat yang ada bahawasanya mayat orang kafir kuraisy itu sedang di ampunkan oleh ALLAH S.W.T dan akan di tempatkan ke dalam orang-orang yang beriman,lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengapa terjadi begitu sedangkan mayat orang yang berjihad di jalan ALLAH itu adalah syurga,lalu baginda Rasulullah S.A.W memberitahu bahawasanya mayat orang islam itu walaupun sememangnya tempatnya di syurga tetapi niatnya untuk berjihad di jalan ALLAH S.W.T adalah kerana orang kafir kuraisy pernah membunuh isterinya satu ketika dahulu,dan jihad kali ini adalah untuk memabalas dendam atas perbuatan mereka,dan bukanlah niat jihadnya itu kerana ALLAH semata-mata.kemudiannya sahabat bertanya lagi mengenai mayat orang kafir tadi yang di masukkan dalam orang-orang yang beriman sedangkan tempat orang yang kafir adalah di neraka jahannam.lalu baginda rasulullah s.a.w pun menjawab ketika sedang umat islam menggempur orang kafir kuraisy mayat kafir kuraisy tadi begitu terkejut melihat akan semangat-semangat umat islam dalam peperangan dan dalam masa yang sama hidayah ALLAH datang kepadanya untuk memeluk agama islam dan sejurus sahaja menyahut hidayah ALLAH S.W.T lalu pedang dihunuskan didadanya,lalu mayatnya di angkat oleh ALLAH S.W.T dalam keadaan orang-orang yang beriman.(hadith ini adalah dari mafhum sahaja,bukan dari sebutir maksud dari matan hadith)

jelas sekali hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa sememangnya apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini mestilah di mulakan niat dengan niat yang betul iaitu niat kerana ALLAH S.W.T.ALLAH menghidupkan kita di atas muka bumi ini adalah sebagai khalifah,khalifah disini membawa maksud mengajak,menyeru orang membuat perkara yang ma’ruf atau kebaikan dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.Bukan itu sahaja malah kita di muka bumi ALLAH ini di ciptakan untuk menyampaikan risalah Allah dan Rasul bagi menuntut yang hak di muka bumi ALLAH ini.

Adakala kita merasakan bahawa kita ini melakukan sesuatu perkara itu tanpa tujuan atau lebih tepat kita membuat sesuatu itu tanpa niat yang sebenarnya.persoalannya sejauh mana sesuatu perkara yang kita buat itu akan berjalan dengan lancarnya?sudah tentu tidak mendapat kepuasan.Baiklah,cuba antum semua fikirkan sesuatu perkara yang antum semua lakukan tanpa meletakkan diri antum bahawa ALLAH sahaja yang berada dalam hati antum semua.Seperti contoh melakukan sesuatu program ilmiah seperti Forum Perdana.Apa yang penting tadi adalah meletakkan diri antum bahawa ALLAH sahaja yang menjadi matlamat antum,tetapi dalam hal yang sebegini sekiranya antum meletakkan diri antum membuat program itu hanya kerana ingin mendapat nama atau ingin mendapat pujian yang besar dari seseorang,pastinya antum hanya akan puas hati didunia sahaja,akan tetapi akhirat nanti “nothing”.Agak-agak apa hujah kita di hadapan ALLAH nanti sekiranya kita didunia sibuk dengan program ilmiah yang hanya menginginkan pujian sahaja…

Perbaharui niat kita sekiranya masih lagi merasakan kita melakukan semua aktiviti di dunia ini hanya kerana gelaran,antum semua akan merasakan kemanisan iman itu sekiranya antum meltakkan ALLAH S.W.T matlamat kita,insyALLAH itu akan menjadi hujah antum di akhirat kelak,amin ya Rabb..

Sebenarnya yang paling tepat sekali dalam merangkumi tajuk ini adalah keikhlasan melakukan amal di dunia ini hanya kerana ALLAH S.W.T,bukannya kita melakukan amal di dunia ini hanya kerana manusia.Ikhlas ini hanya kita dan ALLAH sahaja tahu.Semut yang berwarna hitam yang duduk di atas batu hitam dan berada di tengah hutan yang malam gelap gelita pasti ALLAH S.W.T tahu adakah semut hitam itu sedang lapar atau tidak.Bayangkan betapa kisahnya ALLAH terhadap setiap makhluk penciptaannya.Berbalik kepada konsep ikhlas tadi yang mana ALLAH sahaja yang tahu samada kita ini mahkluk yang iklhas kerana ALLAH S.W.T atau semata-mata melakukan amal hanya kerana manusia.Ingat!!! Ikhlas kerana ALLAH S.W.T melakukan amal ibadat seolah antum semua dekat dengan ALLAH S.W.T,antum pastinya merasakan bahawa sifat IHSAN akan timbul dalam hati antum semua.

IHSAN??? Apa itu IHSAN…

Dalam hadith Ar-Ba’un atai hadith 40 dalam susunan hadith yang kedua iaitu ISLAM,IMAN DAN IHSAN,yang mana malaikat berjumpa dengan Rasulullah S.A.W untuk menanyakan 3 perkara itu tadi di hadapan ‘Umar,lalu memberi tahu maksud IHSAN itu tadi iaitu beribadah kepada ALLAH S.W.T seolah-olah dia melihat kamu,sekiranya tidak boleh kamu merasakan bahawa kamu melihat ALLAH S.W.T.Ya!! itu jawapan kepada praktikalnya keikhlasan kita tadi.Jelas sekali bahawa keikhlasan akan mambawa kepada Tajdid niat atau meletakkan ALLAH S.W.T sebagai ghoyah(matlamat) kita.

sesuatu perakara sifat dalam hati ini seharusnya kita sama-sama bina dalam mewujudkan sebuah sistem amal yang baik samada di dunia dan di akhirat,kita buat “kerja” di dunia ini bukan mahu di dunia sahaja malah menginginkan apa yang kita lakukan di dunia ini menjadi hujah yang kuat kepada kita nanti di sana,insyALLAH…

Ana yakin bahawa setiapa dalam diri manusia itu pastinya ada sifat keikhlasan dan seterusnya akan meletakkan diri antum semua hanya kerana ALLAH S.W.T sahaja.Apa sekali pun pekerjaan kita lakukan di dunia ini haruslah meletakkan ALLAH S.W.T sebagai matlamat hidup kita yang utama dalam mewujudkan suasana keikhlasan dalam diri.Nak pergi kerja,letakkan ALLAH dalam hati kita,nak membuat program,letakkan ALLAH dalam hati kita,dan bermacam-macam lagi dan apa yang paling penting adalah amal yang berkekalan adalah amal yang hanya dilakukan kerana ALLAH S.W.T,wALLAHu ta’ala a’lam…

Renuung-renungkan dan selamat beramal…jzkk

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: