“Kematian mencecah 16 orang sukarelawan, Kapal Dirampas”-Misi Bantuan ke Gaza.KITA BUAT APA?!!

Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas,dan kemudiannya seramai 12 orang daripadanya terdiri dari warga Malaysia dari pelbagai NGO,dan untuk makluman ianya terdiri dari Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin dan 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan bakinya dari Yayasan Amal Malaysia,Jemaah Islam Malaysia (JIM),Al Quds As Sharif dan Muslim Care.Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Besar kemungkinan pemimpin Israel sekarang ini meraikan kemenangannya dalam menyerang misi ini.Sungguh dasyat dan memilukan.Bagi yang berhati perut dan merasakan ini adalah masalah umat islam,sekali gus akan terasa dalam hati masing akan sifat kemarahan dan sifat jihad yang tinggi.Tertarik ana dengan kata-kata dari Ustaz Hazizi bin Ab Rahman “kita kena belajar berurusan dengan realiti, bukan semangat semata-mata.”,ya,tepat sekali yang mana hanya dengan semangat sahaja mereka hebat akan tetapi mereka lemah jika berurusan dengan realiti.

Foto Terkini Komando Israel Sedang Menyerang Kapal LL4G.

Foto Terkini Komando Israel Sedang Menyerang Kapal LL4G.

Mentaliti rakyat di Malaysia sememangnya berasakan apa yang di bawa oleh orang ramai.Jika bulan itu ramai yang menceritakan mengenai buang anak,mereka akan bincangkan mengenai buang anak,jika bulan itu timbul isu politik,bertambah ramai “ahli-ahli politik tambahan” yang ingin menyuarakan pandangan mereka mengenai isu ini,adakalanya sehingga beragaduh,dan lama kelamaan mereka akan menjadi biasa semula setelah isu kembali normal.Begitulah sekiranya dengan isu Palestin ini,adakalanya kita begitu semangat nak membincangkan,buat demonstrasi,boikot dan bermacam-macam lagi walaupun ianya adalah sebahagian dari cara kita untuk menolong mereka di Palestin.Akan tetapi cukup ke dengan hanya sekadar sebagai “tetamu hadiran” untuk buat demonstrasi,atau sekadar hanya ingin meluangkan masa kosong??semangat dah ada,akan tetapi praktikalnya masih lagi dalam keadaan sepi,ana tidak dapat membayangkan sekiranya apa akan terjadi jika umat islam masih lagi memandang sepi akan hal ini.

Pelbagai rencana dan pelbagai program dijalankan bagi membantu umat islam di Gaza dan Palestin.Akan tetapi sejauh mana kita faham akan isu ini.Ada lagi yang masih tertanya-tanya akan hal ini,ada lagi yang baru sahaja nak berjinak-jinak akan isu ini.Diingatkan isu umat di Palestin adalah isu Umat islam bukannya isu umat di Palestin sahaja.

Mengenai isu ini sedikit sebanyak membuka mata umat islam bahawa sememangnya umat islam di Gaza dan Palestin amatlah memerlukan bantuan umat islam.Terdetik dalam hati ana nak bertanya umat islam khususnya di Malaysia,berapa kalikah anda memikirkan bahawa kita berada di tempat mereka? Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,mafhumnya. “orang yang bijak adalah orang yang memikirkan MATI”..Jelas,bukan setakat kita bijak apabila memikirkan mati malahan kita juga dapat memikirkan bagaiman deritanya umat islam di sana sedang kita disini asyik dengan astro,game,pasar,shopping.Pernahkah anda dan antum semua fikir bahawa mereka di sana menagih simpati memohon bantuan dari kita??alangkah sedihnya hati mereka jika mereka dapat tahu bahawa misi bantuan di sekat dan di halang.

Namun begitu ana mendapat berita bahawa mereka tidak akan sama sekali putus harapan bagi menghulurkan bantuan ke Gaza.Ya!!itu semnagat dan jihad yang kita perlukan.Ana sendiri merasakan kesyahduan bila mendengar perkhabaran itu.Ada yang mengatakan “perkara ini biasa dah” atau “biarkanlah,sapa suruh pergi,dah tahu israel tu jahat yang dia tu pergi kenapa?” terduduk seketika bila mendengar ada yang berkata begiru,daif sungguh lah klau ada yang berkata begitu.

ALLAH berfirman yang mana mafhumnya ” setiap umat islam itu adalah bersaudara”

Yakin ke antum semua bahawa Malaysia tidak akan menjadi seperti di Palestin??apa agaknya akan terjadi sekiranya kita seperti mereka di sana??pasti ramai yang tersekat di Selat Melaka kerana tersekat di sana untuk memberikan bantuan kepada kita.Fikir-fikirkanlah..

Sakit hati ni bila melihat berita arahan dari ketua kapal dari israel yang mengatakan bahawa pihak kerajaan Isreal membenarkan misi bantuan ini di teruskan,walhal mereka telah pun menyerang.Ada yang mngatakan bahwa mereka di serang oleh tentera Israel kerana mereka membawa senjata dan bahan api untuk di berikan kepada tentera hamas dan fatah,YA ALLAH……..sedangakan mereka(sukarelawan) sendiri tidak dapat nak melindungi diri dari di bedil inikan nak bawa peluru atau bahan api ke sana.Sebelum mereka di tolak atas sumber dari Aman Palestin mereka telah pun mematuhi semua objektif dan pergerakan konvoi yang mana berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang di tetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.Antarannya ialah:

– menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan
kemudahan perubatan,
– menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan
kemanusiaan yang berterusan,
– menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki
keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
– mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk
terorisma.

dan semua rakyat Malaysia yang pergi ini sememangnya berpegang teguh dengan peraturan dan undang-undang ini.Jadi,apa motifnya “mereka” menyerang misi ini.

Walaubagaimanapun di harapkan umat islam khususnya di Malaysia agar kita sama-sama berdoa akan kejayaan misi bantuan ke Gaza ini dan ingatlah para pejuang,mujtahid dan mujtahidah sekalian bahawa sekiranya antum gugur,syurga menanti.Diharapkan agar teruskan berdoa dan solat hajat bagi meruntuhkan benteng pertahanan Isreal yang kejam.Sama-sama kita menadah tangan menentang musuh ALLAH S.W.T dalam qunut nazilah.:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Sumber dari ::
– Aman Palestin
– Qunut Nazilah

2 Responses

  1. …sama2 lah kita..

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: