Salah siapa?

Masalah paling utama remaja zaman sekarang amat benar-benar membuka mata ramai pihak.Bukan mencari isu yang sebenar,tetapi masing-masing mencari “SALAH SIAPA”?

Terkejut bila saya sendiri melihat bagaimana keadaan di sekeliling yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.Tidak kurang hebatnya pelbagai perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.Pelik dan hairan,adakah mereka masih lagi dalam keadaan huyung hayang sedangkan zaman arus pemodenan sedang meniti zaman kecemerlangan sebenar.Kalau dahulu kala ketika anak di tanam hidup-hidup itu di katakan dan di namakan zaman JAHILIYYAH,atau zaman tiada ilmu,pada masa itu YES!!!memang tepat jika kita katakan bahawa zaman yang mana berlakunya kepincangan sosial dan pelbagai lagi,seperti minum arak,buang bayi,tanam anak perempuan kerana di anggap akan membawa malang.Adakah zaman sekarang pun iaitu zaman arus penitian pemodenan masih lagi di anggap Zaman JAHILIYYAH??Tepuk dada tanya iman

Entry(artikel) untuk kali ni mungkin agak berat tetapi memandangkan zaman yang maju inilah lagi dasyat arus kejahilan itu maka terdetik untuk sama-sama menyeru agar kita sama-sama mendidik jiwa remaja yang mantop!!

ALLAH S.W.T berfirman

Maksudnya :dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.Surah al-Imran 104

Dalam perkara yang menjadi isu-isu hangat ini,ramai pihak 100% menuding jari kepada Ibu Bapa.Berikut adalah beberapa faktor utama kepincangan masalah ini bagi pendapat saya:

1-Kurang DIDIKAN AWAL-Anak ibarat kain putih,Ibubapalah yang mencorakkannya,jika tertumpah sedikit bintik hitam atas kain putih itu,pastinya kelak tidak berguna.Ini merupakan faktor paling utama,cuba anda sendiri fikirkan bila dah besar nanti adakah mereka akan menjadi seperti apa yang anda inginkan?waimah dalam keadaan anda sendiri masih lagi tahap keimanan yang kurang,peratus yang mempu saya berikan cuma 20% sahaja remaja yang meningkat umur akan mengubah hidup mereka ke arah kebaikan.Ini faktor yang peling penting,tiada didikan awal dari Ibubapa yang sempurna pasti akan terjadi kejadian seperti buang bayi dan macam-macam lagi,masa tu barulah terfikit untuk didik anak dengan baik,dan masa tu hati anak tadi mungkin dah sekeras batu,maka dengan sebab itulah saya merasakan didikan awal harus diberikan,minta perhatian kepada mereka yang mempunyai anak,didiklah anak anda semua dengan didikan yang sempurna

2-Sikap PANDANG ENTENG-Sikap ni baru saja saya lalui yang mana mereka menganggapkan bahawa perkara yang buruk itu biasa,contohnya baru-baru ni saya terjumpa seorang kawan dan menceritakan bahawa ada seorang budak perempuan yang baru sahaj bertunang mengandung,saya agak terkejut,tapi respon kawan tadi berkata “BIASA LAH TU,ZAMAN SEKARANG”….YA ALLAH!!!teruknya…terdetik dalam hati bahawa ini perkara simple ke?agak-agaknya ini lah sebenarnya yang menjadi salah satu faktor isu ini berlaku,jangan tuding sapa-sapa tuding ke arah diri sendiri.

3-Zaman SERBA CANGGIH-Zaman sekarang dalam arus pemodenan ini sering kali menjadi faktor utama dalam isu ini,mana tidaknya,seharian melayari internet,statistik anggaran blog di Malaysia yang berunsur lucah diaggarkan 60%,bayangkan,kawan saya pernah cakap bahawa dalam internet ni,sekali “klik” sahaja dah macam-macam yang keluar.Ada pula yang baru sahaja berjinak-jinak dalam kecanggihan teknologi di Malaysia ini sehinggkan lupa akan segala urusan,baik urusan dunia,mahupun akhirat,sebenarnya apa yang dapat di simpulkan adalah keadaan yang serba canggih ini ada kelebihan dan ada keburukan akan tetapi si pengguna sahaja yang harus memikirkan jalan yang terbaik,tapi ini juga tidak terlepas dari faktor untuk sesorang itu terlibat dalam perlbagai isu sekarang ni.Langkah kerajaan dalam meghapuskan blog-blog “rasmi” berunsur negatif adalah satu langkah yang paling bagus dan bernas,di harapkan pihak kerajaan dapat memantau lagi perkara seperti ini,kalau lah saya pakar dalam bidang menghapuskan blog2 atau capaian apa sahaja yang negatif pastinya ada sahaja peruntukan masa saya berikan untuk hapuskannya.

4-Ikon REMAJA YANG ROSAK-Jika di lihat budak kecik pun sering kali jadikan idola mereka artis-artis di Malaysia ni.Timbul satu persoalan,adakah artis-artis di Malaysia ini mampu membawa mereka kearah positif?mampukah membawa kepada remaja risalah-risalah sebagai seorang muslim?Jadi tidak hairanlah jika hari ini ada sahaja anak-anak muda remaja yang hisap dadah,buka aurat,dan macam-macam lagi sebab mereka menjadi artis adalah ikon mereka.Bila di tanya kenapa buat macamni?Jawapannya “alah,artis boleh buat mcmni,takkan kita tak boleh?” berdegup jantung seorang yang bergelar mu’min di Dunia ini bila mendengar jawapan seperti itu.Terdetik dalam hati,mana perginya ikon sahabat-sahabat Nabi?atau Nabi Muahammad S.A.W sendiri,mana perginya Ikon 4 khalifah itu,mana perginya ikon sahabat-sahabat Nabi?Pelik….TAPI BENAR!!! jadi saya merasakan bahawa ini adalah salah satu punca mengapa ramaja zaman sekarang beralih kepada negatig dan boleh timbulkan isu-isu seperti ini.

5-KEKELUARGAAN YANG HANCUR-Sehiris Peria,Secawan Madu,dalam rancangan astro oasis yang mana menceritakan kebanyakan dalam kalangan penghuni rumah anak yatim masih mempunyai ibu dan ayah,akan tetapi mereka di tempatkan atas dasar mereka didera.Anda semua percaya atau tidak suatu hari nanti anak itu mungkin akan mengikut jejak langkah ibu dan ayah mereka,boleh bayangkan jika suatu hari nanti kita boleh lihat perkara ini akan berulang saban tahun,sebab apa?sebab mereka ada pewaris,iaitu pewaris AKHLAK negatif dari ayah dan ibu mereka.Ada pula yang tidak langsung mengendahkan perihal anak-anak,sibuk dengan keluarga,dan anak sibuk dengan perkara negatif di luar,alih-alih dapat tahu anak mengandung,masa tulah keluar macam-macam dari mulut dan hati,dan tidak tetinggal juga mungkin sahaja yang mengatakan ” biasalah tu,budak-budak zaman sekarang?”,saya paling panas jika ada sahaja yang berkata begitu,cepat sahaja tangan dan mulut ni mahu membidas.Jadi kekeluargaan itu adalah sangat penting dalam menangani isu sebagini,cuba kita hari-hari tanya dalam hati,apa adik kita buat,apa anak kita buat,apa abang kita buat,jika ada perbuatan mereka yang bercanggah,cuba tegur dengan cara yang sopan,insyALLAH,ALLAH akan bantu kita.

Faktor-faktor ini sebenarnya jelas,bukan salah siapa,salah kita semua.Ada kata salah ibubapa,ada kata salah kawan-kawan,dan macam-macam,akan tetapi pernah tak anda semua terfikir bahawan ini adalah SLAH KITA? Sebagai umat islam kita wajib saling tegur menegur dalam membina sifat yang positif,jadi isu merogol,membunuh,buang bayi,lahir luar nikah,dll sebenarnya menjadi isu kita juga.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

ALLAH S.W.T bersabda “setiap mu’min itu adalah bersaudara”

Jadi apa tugas sebagai seorang yang bergelar umat Nabi Muhammad S.A.W?

Dan apa tugas sebagai seorang yang bergelar saudara?

Tepuk dada tanyalah iman kita.Sering kali kita di kejutkan dengan pelbagai isu,tapi pernah terdetik tak dalam hati untuk membendung?Bagaimana kita nak berjihad dengan musuh-musuh ALLAH jika isu-isu yang sebegini masih tidak selesai?Apakah hujah-hujah kita dengan ALLAH S.W.T nanti di hari pembalasan supaya di terima ke Syurga??adakah cukup dangan hanya berbekalkan solat?puasa?macammna pula dengan seruan dakwah kita?adakah sempurna?Banyak yang kita kena muhasabah diri,check semula dalam hati samada kita bimbang isu ini atau tidak?atau sekadar bimbang akan isu ini kerana isu ini salah satu dari Tanda-tanda kiamat?

Apa sahaja tindakan kita akan kembali kepada pengakhiran yang di simpulkan iaitu “DAKWAH”……

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

“Allahumma inna NAJIHIN,wal FAIZIN,wal MUMTAZIN fid dunya wal akhirot”
Ya ALLAH berikanlah kami kejayaan,kegemilangan,kecemerlangan,di dunia dan akhirat

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: