Si Pembawa Tabung

Sifat yang di ajar oleh Nabi Muhammad S.A.W sememangnya berlandaskan prinsip seorang manusia yang lengkap peribadinya.Walaupun begitu sebagai insan yang sangat lemah,kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Dalam ayat al-quran sendiri menceritakan bahawa apa yang di ajar Nabi Muhammad S.A.W hendaklah kita ikuti

Firman ALLAH S.W.T:

Maksudnya : “… dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya… “ al-Hasyr:7

Jelas kepada kita apa sahaja ajaran Nabi Muhammad hendaklah kita ikuti dan sebaliknya kita jauhi.

Apa yang saya nak ketengahkan dalam entry kali ini adalah berkaitan dengan sifat KEIKHLASAN umat islam

Baru saja buat pertama kalinya saya melihatkan betapa kelirunya status seseorng itu melakukan amal apabila hari pertama saya melihat seorang umat islam yang membawa tabung masjid dan berjalan mengikut saf,dan ada diantara jemaah yang memasukkan dalam tabung yang dibawa berjalan tadi dan ada yang memasukkan ke dalam saku baju yang membawa tabung itu.

Terlintas di hati kekeliruan amal yang cuba saya fikirkan,saya tidak menganggap bahawa orang yang membawa itu melakukan amal itu hanya kerana memerlukan duit tapi terdetik dalam hati saya ini bahawa jika sekiranya saya sendiri yang akan membawa tabung itu,pastinya saya memikirkan bahawa ” minta-minta orang ni letak dalam saku baju aku sikit”,ya,iaitu kekeliruan amal,samada keikhlasan atau keuntungan

Sama-sama kita memikirkan samada kita ini masih lagi di tahap amal jariyyah ataupun kita berada dalam keadaan yang kekeliruan amal.

Selalunya kekeliruan ini berlaku kerana goyah(matlamat) amal yang berbeza dan bercampur dengan hati yang tak thabit(tetap),disitu berlakunya tunjang ketidak ikhalasan dalam beramal,apa-apa pun sekadar untuk berkongsi dan sekadar untuk memperingati

Sama-sama kita menjaga amal,di zaman yang serba canggih ini tidak perlu mempertikaikan amal orang lain,tapi nilai dulu amal diri kita sendiri,tiada manfaat langsung jika kita sibuk menjaga amal orang lain.

Cerita mengenai pembawa tabung itu tiada kena mengena dengan sesiapa,saya cuma membayangkan jika saya berada di tempat beliau.

“Ya ALLAh,berikanlah kami kejayaan dunia dan akhirat dan kau berikanlah kami kesinambungan dalam beramal dan tetapkan hati kami dengan segala ketetapan ajaran Nabi Muhammad S.A.W,hanya pada-Mu tempat kami berserah ya ALLAH,amin”

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: