Ahlan-ahlan ya Ramadhan

Hampir sahaja kita mendekati bulan yang di tunggu ramai dan dirindui..iaitu bulan RAMADHAN…

Alangkah indahnya jika RAMADHAN kali ini lebih baik dari tahun yang lepas nya..

Tapi alangkah ruginya jika RAMADHAN kali ini serupa malah bahkan lebih teruk pada tahun yang lepas..

Mari kita sama-sama menyemai rasa bersaing-saing merebut piala pahala dalam bulan RAMADHAN…

Moga-moga di masukkan kita dlam kalangan orang yang beriman kepada ALLAH…

_________________________________________________________________________________________

Salam sya’ban….baru sahaja kita menyambut nisfu sya’ban,dan alangkah terkejutnya apabila hampir sahaja kita ke bulan RAMADHAN iaitu bulan yang sangat-sangat mulia…

Sedar atau tak,kita semakin di ambang merebut pahala akhirat…

ALLAH berfirman dalam al-Quran yang mana mafhumNya “…berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan…”

MasyALLAH alangkah bagusnya kalau kita dapat manfaatkan RAMADHAN kali ini dengan penuh makna dan amal,Try untuk senaraikan apa yang patut kita buat sebelum menjelang ramadhan ni :

-BANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN-Supaya dapat kita istiqomah terus dalam bulan RAMADHAN

-BANYAKKAN BERPUASA– Supaya perut kita x “terkejut” dalam menempuh RAMADHAN

-BANYAKKAN BERZIKIR -Supaya lidah kita terus lembut berzikir dalam bulan RAMADHAN

-BANYAKKAN BERSEDEKAH -Supaya kita biasakan diri dengan memberi sedekah pada bulan RAMADHAN

-BANYAKKAN SOLAT/SUNAT/QIAM – Supaya hati rasa menjadi satu kesalahan jika meninggalkan TAHAJUD
dalam bulan RAMADHAN
-BANYAKKAN AMAL – Supaya Hati biasa melakukan amal dalam bulan RAMADHAN

Banyak lagi yang boleh kita lakukan supaya masuk bulan RAMADHAN tidaklah kita terlalu “kekok” untuk beramal pada bulan RAMADHAN…dan semoga kita sama-sama mendapat manfaat baik di dunia mahupun di akhirat kelak….insyALLAH….

“ALLAHUMMA BALIGHNA SYA’BAN WA BALIGHNA RAMADHAN”

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: