Ilmu dan TAKABBUR!!

Ilmu dan Takabbur….

Sejenak memikir dalam-dalam tajuk ini,rasa semacam batu yang wajib dilontarkan.Sebaik sahaja memikirkan hal ini sejurus mendapat satu solusi dalam diri,iaitu “berubah”.

Tempias takabbur dalam hati masing-masing mesti ada,bohong kalau ada yang mengatakan bahawa dia tidak bangga dengan ilmu,amal,rupa paras,harta dan sebagainya yang dia ada.Dalam sedar atau tidak apa yang kita buat ni semuanya berkait rapat dengan TAKABBUR….

Pembahagian TAKABBUR menurut Imam al-Ghazali r.h.m
– TAKABBUR URUSAN AGAMA
– TAKABBUR URUSAN DUNIA

Sedar atau tidak,masing-masing memegang status sebagai seorang dai’e(pendakwah) di muka bumi ini.Dan sedar atau tidak pastinya masing-masing mempunyai sifat-sifat TAKABBUR yang saya nyatakan diatas.

-TAKABBUR URUSAN AGAMA
Untuk perbincangan kali ini suka untuk saya ketengahkan satu isu sahaja iaitu TAKABBUR URUSAN AGAMA terbahagi kepada dua,iaitu :

* TAKABBUR DISEBABKAN ILMU YANG KITA MILIK
Dalam sedar ataupun separuh sedar bagi pendapat saya orang yang berilmu,jarang di tegur kerana kesilapannya,dengan alasan “segan untuk ditegur” atau dengan alasan,”mereka dah berilmu,x perlu di tegur”

Sememangnya ALLAH menjanjikan bahawa orang yang berilmu akan ALLAH tinggikan darjat mereka Firman ALLAH yang bermaksud ” Nescaya ALLAH mengangkat orang yang berilmu beberapa darjat… “- Surah al-Mujadalah 58:11

Walaupun begitu sememangnya dengan Ilmu itulah boleh timbul PENYAKIT yang terbaru,iaitu TAKABBUR.

Inilah sebenarnya yang di takuti oleh ulama’-ulama’ terdahulu,mereka takut sekiranya mereka di masukkan bersama-sama orang yang TAKABBUR.Jelas mengapa saya mengatakan bahawa dengan ilmu dapat seseorang itu status “TAKABBUR” apabila wujudnya BANGGA DENGAN ILMU,BERASA HEBAT,TINGGI DIRI dan RASA HEBAT DENGAN ILMU YANG KITA ADA.

Terdetik dalam hati ini,tertanya adakah aku termasuk dalam golongan seperti itu?Sama-sama kita insafi diri dan muhasabah diri supaya tidak termasuk dalam golongan yang TAKABBUR dengan ILMU.

Salah satu tanda yang mana kita berada dalam keadaan TAKABBUR adalah kita sering meraskan sekeliling kita adalah JAHILIYAH. Sifat ini tidak mungkin akan perasan,atau sifat ini sering kali mereka yang berilmu terlepas pandang.Masakan tidak,mereka yang berilmu ini sentiasa merasakan diri nya berada di ‘level” yang paling atas.Contohnya seseorang yang BERILMU merasakan dirinya benar-benar yang terbaik,terhebat dalam sesebuah kawasan itu,dan merasakan bahawa sekelilingnya adalah jahil.

Itu anggapan yang perlu di hindar kerana salah satu ciri bahawa kita berada dalam sifat TAKABBUR adalah MERASAKAN SEKELILING KITA ADALAH JAHILIYYAH.

Kebanyakkan rakyat di Malaysia ini merasakan mereka paling terhebat,dan mereka yang paling tinggi darjatnya berbanding orang lain.Seperti apa yang kita nampak sekarang ini ramai Ilmuan di Malaysia khususnya menginginkan sanjungan,ganjaran dan pujian.Semua itu menjurus kepada pembentukan TAKABBUR.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ” Orang yang berilmu akan dibawa pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka.Maka keluarlah perut panjangnya.Lalu ia mengelilingi perut panjang itu sebagaimana keldai mengelilingi tempat pengisar gandum.Maka berkumpullah penghuni neraka kepadanya seraya berkata : “mengapa engkau begini?” orang berilmu itu menjawab :”Adalah aku menyuruh membuat kebaikan dan tidak aku kerjakan.Aku melarang daripada kejahatan dan aku kerjakan kejahatan itu”

Pada dasarnya seorang yang berilmu itulah orang yang paling takut pada ALLAH S.W.T.Sekiranya tiada langsung sifat takut akan ALLAH S.W.T maka wujudlah sifat TAKABBUR.

ALLAH S.W.T berfirman dalam al-Quran “Sesungguhnya orang yang paling takut pada ALLAH dalam kalangan umat-Nya ialah ulama'(orang yang berilmu).” – Surah al-Fatir 35:28

Banyak amalan yang kita boleh lakukan dari mengelak terkena tempias “TAKABBUR”,antaranya:

– Sentiasa BERISTIQOMAH dalam melakukan ibadat kepada ALLAH S.W.T

– Tanamkan sifat TAKUT kan seksa ALLAH S.W.T

– Merasakan kurangnya ILMU yang kita ada

Memikirkan DOSA semalam dan melupakan AMAL kelmarin

– Menanamkan sifat MERENDAH DIRI yang berpada dan MERENDAH DIRI PADA TEMPATNYA

Banyak lagi cara yang kita boleh lakukan,apa-apa pun sama-samalah kita muhasabah diri kita kembali dan sama-sama kita berdoa agar di jauhi dari sifat-sifat TAKABBUR ini.

ingatlah bahawa rintihan Sayidina Umar dengan berkata “Sekiranya semua orang masuk ke syurga kecuali seorang maka aku bimbang akulah orang itu!” berbeza dengan satu hadith Nabi Muhammad S.A.W iaitu “Jika ada nabi selepasnya Umarlah orang itu”

Lihatlah betapa tawadu’nya seorang yang di jamin syurga oleh Nabi Muhammadi sendiri tetapi merasakan dirinya masih belum layak ke syurga…SubhanALLAH….

Semoga kita dapat mengambil pengajaran,kadang-kala kita tidak perasan sifat ini wujud dalam hati kita,sekiranya seseorang yang BERILMU merasakan dirinya TAKABBUR pasti sekali “hatinya” sedang “sakit”..
Semoga dalam muhasabah dapat kita mencari satu solusi iaitu “BERUBAH”..InsyALLAH…amin..

“Ya ALLAH ya tuhan kami,Jauhkanlah kami sifat-sifat TAKABBUR ya ALLAH,Tanamkanlah dalam diri kami sifat syukur pada-Mu ya ALLAH,sesungguhnya KAU Maha Pemurah dan Maha Mendengar,qabulkanlah doa kami ya ALLAH” amin ya RABB..

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: