arGhhgHh….ana FUTUR…

selalu jer kita dengar ada dalam kalangan kita kata

“aku penat lah”
“aku malas lagi ikut program-program baik ni”
“aku rasa aku nak tinggalkan lah program-program dakwah ni”

dan akhir sekali

“syeikh….ana FUTUR”…..

FUTUR…atau lebih di fahami dengan bahasa “putus asa pada jalan dakwah”,x di nafikan ada sahaja segelintir kita yang “panas” dalam da’wah tiba-tiba tersungkur pada satu masa dan ada masanya langsung tidak menyibukkan diri dalam da’wah secara tiba-tiba.

ada satu cerita ringkas tapi mudah di fahami :

“Akh,ana benar-benar x mampu nak teruskan da’wah ni,banyak kekangannya,study@kerja,masa,life ana,ke sana,ke sini,masalah keluarga,perbelanjaan ana,banyak lagi,ana rasa FUTUR akh” keluh Jayyid,kepalanya tunduk mengharapkan sesuatu dari Harithah,air matanya sedikit mengalir rasa puas setelah bercerita dengan Harithah,murobbinya.

“Akh,sememangnya ana sendiri nampak perubahan dalam diri enta,semenjak kebelakangan ni,enta jarang ikut halaqah,kenapa boleh jadi sampai macam ni akh?” Harithah belum mengeluarkan kata-kata nasihat sebaliknya mahukan jawapan dari persoalannya kepada Jayyid.

Sedikit-sedikit kepalanya di angkat,Harithah menanti jawapannya.

“ana rasa ana x layak pikul da’wah ni akh,ana terlalu sibuk dengan study ana,kerja ana,keluarga ana buat hal,so..ana rasa belum cukup layak lagi untuk ana teruskan da’wah ni,ana sedar keputusan ana untuk futur jalan da’wah ni amat-amat berat,tapi itulah keputusan yang perlu ana buat demi untuk masa depan ana akh,ana x mampu nak hadir program-program halaqah,riadah,daurah sebab semua tu mencacatkan kehidupan ana,ana rasa terbeban bila bawa mad’u sebab masa study ana semuanya di habiskan di situ,ana minta maaf akh,ana terpaksa keluar dari da’wah ni,ana x mampu” nada intonasi Jayyid semakin tinggi semacam terbuku lama dalam hati,tangannya di genggam tanda menahan sesuatu,matanya di besar kecilkan tatkala berkata,habis semua yang di simpan dalam hati selama ini di hadapan murobbinya,Harithah.

dalam nada yang penuh hikmah dan penuh kesopanan Harithah meleraikan apa yang di “cari” oleh Jayyid.

“baiklah akh,sebelum ana pergi lebih jauh,ana suka bacakan tafsir ayat Quran ini pada sesiapa sahaja yang ana jumpa,ALLAH berfirman dalam surah al-imran ayat 104 yang bermaksud”

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”

“enta tak mahu jadi orang yang beruntung ke akh?,baiklah ana nak tanya enta suatu perkara” sememangnya Harithah terkenal dengan contoh-contoh yang menarik yang kadang kala mampu membuatkan siapa sahaja yang mendengarnya merasa insaf.

Jayyid hanya berdiam diri,dirinya hanya mampu mendengar sahaja,jauh dalam lubuk hatinya menginginkan satu kata-kata perangsang untuk terus thabat dalam jalan da’wah tapi jauh juga dalam sudut hatinya ingin meninggalkan begitu sahaja.

“Akh,dalam suatu perjalanan enta ke sebuah pulau enta menaiki satu kapal,yang mana kapal itu pada awal perjalanan nampak indah dan sesuai untuk perjalanan jauh,setibanya di pertengahan jalan ke tempat tujuan kapal itu mengalami masalah,layarnya bocor dan masalah enjin yang menyebabkan perjalanan menjadi lambat di campur dengan banyak nya anak-anak kapal yang tak menjalankan tugas dan di tambah dengan kereputan kayu pada kapal tersebut,dalam keadaan masa tu,apa yang enta lakukan akhi?” Tanya Harithah dengan penuh hikmah,jauh dalam lubuk hatinya terlalu menyayangi Jayyid dan menginginkan Jayyid kembali pada jalan da’wah ini.Harithah menyambung.

“adakah enta ingin terjun ke dalam laut?,jika itu jawapan enta pada saat tu sememangnya benar enta akan merasakan indahnya dari masalah kapal tersebut,tidak perlu untuk membetulkan enjinnya,x perlu untuk betulkan kayunya dan enta sendiri boleh berenang ke tempat tujuan dengan lebih tenang,tapi itu hanya lah seketika sahaja….apakah enta yakin enta akan dapat berenang ke tempat tujuan dengan sanang?bagaimana dengan badai yang akan datang?bagaimana dengan makanan enta dalam perjalanan itu nanti?sekiranya enta meneruskan perjalanan dengan manaiki kapal sudah tentu enta akan kekenyangan dan sudah tentu enta selamat sampai ke tempat tujuan,mengapa pilih untuk terjun ke dalam laut sedangkan enta boleh betulkan keadaan di dalam kapal?” kali ini nasihatnya benar-benar membuka mata Jayyid,matanya di renung dalam-dalam oleh Harithah,mengharapkan ada sinar yang menyala dalam hati Jayyid.

Serentak itu,luluh hati Jayyid bila mendengar nasihat harithah kepadanya,air matanya tidak mampu lagi tertahan dari tadi,Harithah sememangnya tidak memberi kata putus akan keinginannya akan tetapi cuba untuk menarik balik hati Jayyid dalam da’wah ini.Semakin tinggi kehormatan Jayyid pada murobbinya.

“akhi,adakah enta merasakan bahawa jalan da’wah ini merupakan jalan mencari redha ALLAH S.W.T?”tanya Harithah

Jayyid hanya mampu menganggukkan kepala tatkala kata-kata itu tadi seakan tepat kepada jawapan jalan keinginannya.

“Sabarlah akhi,mungkin ini semua adalah ujian dari ALLAH S.W.T untuk menilai sejauh mana istiqomah kita dalam da’wah ini,tatkala enta menaiki kereta ke tempat kerja dan dalam perjalanan kereta enta rosak adakah enta cuba untuk perbetulkan atau biarkan kereta itu tersadai tepi jalan dan meneruskan perjalanan berjalan kaki?”

“cukup akhi,cukup!! ana benar-benar rasa bersalah,kenapalah hati ini sentiasa rasa sakit?mana mungkin ana tidak meredhai perjalanan da’wah ini sedangkan inilah jalan yang di redhai ALLAH S.W.T,InsyALLAH ana akan terus thabat@istiqomah dalam da’wah ini,ana akan meletakkan martabat da’wah ini mengatasi perkara-perkara lain di dunia ini,ana minta maaf akhi” terpancar wajah keinsafan pada riak wajah Jayyid,rasa malu juga menebal kelangkahi keinginannya.

“akhi,perjalanan da’wah kita adalah perjalanan yang begitu panjang dan sepanjang perjalanan kita itu berbagai rintangan perlu kita hadapi,banyak perkara yang perlu kita selesaikan terlebih dahulu,umat islam ketika ini amat,amat,amat memerlukan kita sebagi seorang daie untuk kita tarik balik mereka ke arah yang benar” sarat kata-kata Harithah dengan nasihat yang berguna

“Futur dalam da’wah ini merupakan satu perkara yang perlu sakali kita lawan,jangan cepat merasa putus asa dengan apa yang kita lakukan dan jangan sesekali merasakan da’wah itu sebagi bebanan kita tapi anggaplah da’wah itu sebagai satu tanggungjwaab kita sebagai khalifah di muka bumi ini”

“Buatlah perkara da’wah ini dengan niat yang betul iaitu kerana ALLAH dan jangan lah kita meletakkan da’wah ini sebagai jalan untuk kita mendapat kepentingan duniawi seperti contoh naik pangkat,di sanjung dan sebagainya,ikhlaskan hati dalam berda’wah ini InsyALLAH kita akan menjadi orang-orang yang beruntung satu hari nanti,insyALLAH”

Jayyid benar-benar berazam di hadapan Harithah untuk terus istiqomah dalam da’wah ini.Ternyata nasihat-nasihat Harithah benar-benar menjadi kekangan untuk Jayyid meneruskan keinginannya.

__________________________________________________________________________________________

Begitulah di ceritakan keadaan FUTUR yang sememangnya berlaku dalam jalan da’wah ini,x di nafikan ramai dalam kalangan kita yang merasakan da’wah ini adalah satu bebanan,yang menjadi alasan mereka ialah :

“ana nak study,x da masa nak da’wah2 ni”
“ana sibuk dengan asignment,macammna ana nak berdakwah”
“minggu ni ana kena balik,maaf sebab ana x dapat hadir halaqoh”

itu lah perkataan yang biasa di gunakan,sedar atau tidak sedikit-sedikit akan membuatkan mereka jauh dalam da’wah,ini membuatkan mereka lebih FUTUR dari sedia ada.

kenapa kita mengatakan “study,asigment,balik kampung dan sebagainya” sebagai alasan….????

kenapa x kita mengatakan “masa menonton televisyen,masa membuka facebook,masa bersiar-siar dan sebagainya ” sama dengan da’wah????

kenapa perlu …..

study + da’wah = result teruk
study + facebook,chating dll = result ok.

kenapa masa chating,berfacebook (menjadi virus zaman sekarang),bersiar-siar(membuang masa) tidak di penuhi dengan study?? Bila berda’wah pula di jadikan alasan untuk study padahal dalam masa yang panjang atau masa kosong di penuhi dengan yang x berfaedah….

perlulah kita meletakkan da’wah yang paling utama sekali dalam kehidupan kita.

Walau sesibuk mana sekali pun kita,letaklah da’wah yang paling utama sekali melangakaui apa jua bidang yang kita ceburi.

Semoga kita semua terus thabat dan istiqomah dalam mengharungi liku2 da’wah ini..

W’salam..

3 Responses

  1. Sokong, Allah SWT akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya.

    (Al-Haj : 40)

  2. mhon kongsi syeikh. mudhn ALlah redha.

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: