HIMPUN vs BERSIH

HIMPUN vs BERSIH??!!

HIMPUN itu apa??– HIMPUN adalah taksir dari maksud Perhimpunan Sejuta Ummah

BERSIH itu apa??– BERSIH adalah tafsir berdasarkan matlamat hapuskan pilihanraya yang kotor

Baiklah,jelas kita apa maksud kedua-dua perkara tersebut,namun apa beza antara dua program besar ni??

HIMPUN bermatlamatkan untuk menyelamatkan akidah ummat islam yang telah murtad di samping mencegah dari gejala murtad serta membongkarkan gejala kristianisasi di MALAYSIA

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. sumber rujukan

Baiklah,perbezaan agak ketara dalam dua program besar tersebut..

Awalnya sangkaan saya HIMPUN adalah termasuk dalam agenda politik di Malaysia,tetapi bila memikirkan HIMPUN menegaskan beberapa perkara:

1- Masalah akidah umat di Malaysia
2- Gejala murtad yang sangat-sangat berkembang sekarang
3- Masalah kristianisasi

Bila memikirkan hadaf(tujuan) HIMPUN,hilang terus sangkaan saya memikirkan ada percampuran politik dalam HIMPUN,langsung tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik sebab ini mengenai AKIDAH UMMAH ISLAM yang mana orang-orang kafir di Malaysia cuba untuk tarik umat islam keluar islam,ini BAHAYA!!!

Ya!!!tepat!!!tiada agenda politik dalam HIMPUN

Baiklah,kita tengok pula BERSIH…

Awalnya sangkaan saya sama seperti BERSIH,ini adalah agenda politik,cuba tengok dan cek balik asal penubuhan BERSIH,langsung tiada kena mengena dengan politik,ianya adalah gabungan NGO yang mendesak reformasi dalam pilihan raya,dan ada lebih 8 atau 7 (mengikut version) tuntutan bersih.

Ya!!!tepat!!!tiada agenda politik dalam BERSIH….tapi…hampir 100% penyokong dan pendokong BERSIH itu adalah dari parti-parti politik yang terlibat untuk menuntut beberapa tuntutan dari BERSIH,antara penyokong dan pendokongnya adalah dari parti-parti pakatan(PAS,PKR,DAP) dan Tuan Guru Haji Nik Aziz Bin Nik Mat sendiri mengeluarkan fatwa WAJIB turun mencegah kezaliman dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini.

Oh!!!ok..dan ada yang sokong BERSIH dan ada yang tak sokong BERSIH,

Oh!!!ok..pemimpin untuk BERSIH 2.0 dan 3.0 Dato’ Ambiga Sreenevasan

Oh!!ok..4 dari 12 Pemandu BERSIH 2.0 adalah Melayu Muslim

Oh!!ok..7 dari 21 Pemandu BERSIH 3.0 adalah Melayu Muslim

Oh!!ok.. rupa-rupanya BERSIH dikuasai dan diberi hampir sepenuhnya kepada BUKAN ISLAM

Oh!!ok..saya dah kenal Dato’ Ambiga Sreenevasan

Oh…Ok!!!

Ui…besarnya PERBEZAAN antara 2 program besar ni…

Satu nak SELAMATKAN AKIDAH UMMAT ISLAM DI MALAYSIA,satu lagi nak PILIHANRAYA YANG ADIL..

——————————————————————————————

Pendapat dan pendirian saya..

Baiklah,satu perkara yang kita kena tahu sebelum kita pergi jauh,berkenaan dengan pandangan dan pemikiran rakyat di Malaysia yang kini seolah-olah meletakkan POLITIK matlamat utama dalam mana-mana urusan melangkaui matlamat meletakkan ISLAM itu sendiri dalam urusan harian.

Bila kita letakkan ISLAM dalam pemikiran dan cara hidup,mereka akan berfikir secara normal dan secara waras dan sihat.

Sebak rasa di hati bila HIMPUN program SELAMATKAN AKIDAH UMMAT ISLAM dan saya ulangi SELAMATKAN AKIDAH UMMAT ISLAM kurang mendapat sambutan akan tetapi BERSIH 3.0 berjaya mengumpulkan ribuan rakyat penduduk di Malaysia.

Rupa-rupanya program SELAMATKAN AGENDA UMMAT ISLAM tidak lah sepenting BERSIH rupanya..

Berkaitan seruan WAJIB oleh Tuan Guru Hj Nik Aziz bin Nik Mat mengenai BERSIH juga buatkan sedikit kekecewaan,tertanya dalam hati,jauh…..dalam hati,kenapah TGNA tak letak seruan WAJIB pada HIMPUN yang perjuangannya (sekali lagi) MENYELAMATKAN AKIDAH UMMAT ISLAM,dan ada dalam kalangan ahli PAS sendiri yang sokong HIMPUN malah ada juga yang menolak.

Suka saya ingat atau imbau kembali bagaimana kita sama-sama menentang isu KRISTIANISASI di depan mahkamah tanpa mengira Parti POLITIK,kita bersatu sesama muslim menentang orang bukan islam yang nak ubah sistem ISLAM di Malaysia,boleh tonton video di sini

Baiklah,pada pendapat saya,rakyat Malaysia perlu lebih matang dalam menentukan hala tuju Kerajaan di Malaysia,letak matlamat yang jelas:

kita nak ISLAM dan sistem khalifah di Malaysia,jadi..fokuskan
kita nak sistem PERUNDANGAN yang bagus di Malaysia,jadi…fokuskan

Dan..

Kita tak nak Negara Malaysia di pimpin dengan pimpinan LIBERALISME (tgok apa jadi di Indonesia)
Kita tak nak Negara Malaysia di jajah oleh orang bukan ISLAM
kita tak nak Negara Malaysia orang BUKAN ISLAM menyebarkan dakyahnya sesuka hati (kristianisasi)
Kita tak nak Negara Malaysia Porak peranda,kucar kacir

————————————————————————————————–

Rupanya HIMPUN ni TAK PENTING SEBAB….

sebab HIMPUN selamatkan akidah ummat islam,BERSIH selamatkan agenda POLITIK,

sebab HIMPUN di ketuai orang islam,BERSIH di ketuai Ketua IFC,LGBT,Liberalisme,

sebab HIMPUN tak ada agenda politik,BERSIH di dokong dan di sokong ahli POLITIK,

sebab HIMPUN risau akan gerakan KRISTIANISASI,BERSIH lebih risau PRU akan datang,

sebab HIMPUN nak ajak orang islam pertahankan akidah,BERSIH nak ajak orang islam berpecah,

    ALLAH…ALLAH…ALLAH…

bangkitlah ummat islam di MALAYSIA,
buka mata buka minda,
sekarang matlamat dan fikiran ada di mana,
adakah pada ISLAM(agama) atau POLITIK semata-mata,
cukup aku risau akannya,
sebab ummat islam di malaysia makin menderita,
tak tahu mana benar dan mana dusta,
sedang kita berkelahi,mereka seronok menyambutnya,
seolah-olah kemenangan ada pada mereka,
fikiran di jajah oleh orang DUSTA,
DUSTA membawa fikiran yang pedih dan DERITA,
mambawa Malaysia tak tahu akan kemana,
KERANA APA????
Sebab mereka ada AGENDA mereka,
rosakkan fikiran rosakkan BANGSA,
yang mana akhirnya kita di jajah mereka,
jadilah kita seperti di indonesia,
ketepikan hak,ketepikan AGAMA,
ketepikan HUKUM ALLAH dan Kuasa,
cukup Hebat membawa siksa,
adakah ini yang rakyat mahukan daripada ‘mereka’,
tentunya TIDAK,tapi mereka masih lagi buta,
rupanya mereka ada AGENDA di sebalik kita,

Marilah kita sama-sama doakan agar Malaysia sentiasa dalam keadaan AMAN dan Sentosa..

BEBAS dari KRISTIANISASI,
BEBAS dari ancaman LIBERALISME,
BEBAS dari HURU-HARA,
BEBAS dari SEKSUALITI MERDEKA,
BEBAS dari SEGALA SENGKETA.

    *saya ingin MALAYSIA di terajui PAS,dan saya yakin PAS boleh berdiri sendiri tanpa mengharapkan orang lain,kekalkan perjuangan PAS menegakkan ISLAM di MALAYSIA,saya tak nak sapa-sapa jadi Perdana Menteri kecuali Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hadi Awang,selain dari mereka saya tak nak!!!!

One Response

  1. saya pergi HIMPUN dan saya juga pergi ke BERSIH.

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: