ISMA (BERJASA) Kalah di semua tempat.

 

Jentera BERJASA sempat membaca beberapa muka al-Quran sebelum menunggu penamaan calon di umumkan di Negeri Sembilan.Gaya politik arus baru!

Jentera BERJASA sempat membaca beberapa muka al-Quran sebelum menunggu penamaan calon di umumkan di Negeri Sembilan.Gaya politik arus baru!

Memang dari awal lagi jangkaan saya tidak meleset mengenai penglibatan ISMA dalam parti BERJASA yang tidak membawa kemenangan.

ISMA bertanding atas tiket BERJASA(Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia) di 9 tempat dan 2 darinya adalah DUN.Antara kawasan yang di hantar ISMA dan keputusannya:

PARLIMEN:

1- Alor Star(Kedah) – 3530 Undi (di menangi DAP)

2-Seremban(N.Sembilan) – 6866 Undi (di menangi DAP)

3-Subang(Selangor) – 4454 Undi (di menangi DAP)

4-Kapar(Selangor) – 6289 Undi (di menangi DAP)

5-Padang Serai(Selangor) – 2630 Undi (di menangi DAP)

6-Selayang(Selangor) – 4152 Undi (di menangi DAP)

7-Tapah(Perak) – 2053 Undi (di menangi BN)

 

DUN:

1-Derga(Kedah) – 2061 Undi (di menangi DAP)

2-Kajang(Selangor) – 1014 Undi (di menangi DAP)

 

Jumlah keseluruhan Pengundi di Malaysia bagi calon ISMA dalam BERJASA adalah sebanyak 33,049 pengundi.

 

—————————-

Pertama kali.

Seronok melihat keputusan dan suasana sebelum dan sesudah PRU13 kali ini.Ada kelihatan yang tidak bersetuju,ada pula yang bergembira.

Bagi ISMA,gambaran awal yang dapat di lihat adalah bagaimana penglibatan pertama ISMA dalam kancah politik di Malaysia.

Politik merupakan salah satu dalam cabang Islam.Islam bermula dengan pemerintahan sistem khalifah.Bermula di zaman ar-Rasul (saw) sehinggalah jatuh pemerintahan islam di zaman khilafah Uthamiah.

Bagi saya,2 tuntutan utama matlamat umat islam di atas muka bumi ini.Pertama,tuntutan untuk menjadi Hamba Allah yang beriman dan taat pada perintah Allah SWT dan juga tuntuan supaya mengembalikan khilafah di atas muka bumi ini.Boleh lihat pada firman Allah :

“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk menyembahKu ” az-Zariyat :56

dan juga surah al-Baqarah ayat 30 yang menceritakan bahawa Allah menjadikan manusia itu sebagai khalifah yang menuntut untuk kita bersama dalam mencapai kembali kegemilangan pemerintahan khilafah islamiah(istikhlaf)

Dengan keperincian dan penelitian awal itu,maka ISMA mengambil langkah untuk memenuhkan kerusi di Parlimen Malaysia dengan menghantar calon Melayu Muslim di tempat majoriti Islam di kawasan tersebut.

——————————-

ISMA Kalah di semua tempat.

 

Beberapa pandangan rasional yang boleh saya berikan tatkala ramai yang berkata ISMA kacau daun,ISMA parti Nyamuk,ISMA UMNO,dana yang di berikan ISMA adalah dari UMNO dan sebagainya.

Pertamanya,pandangan saya,mereka yang berkata sedemikian adalah mereka yang tidak pernah untuk mengetahui perjuangan ISMA,sebaliknya mereka hanya mendengar khabaran angin yang buruk mengenai ISMA.

Nasihat saya,berlapang dadalah dengan perjuangan ISMA,baca dan teliti segala usaha-usaha ISMA.Kemudian tanya dalam hati:

1-Adakah perjuangan ISMA ingin menghancurkan ISLAM?

2-Adakah perjuangan ISMA menguntungkan liberalisme,syiah dan pemikiran sonsang?

3-Adakah perjuangan ISMA yang mahukan parlimen di penuhi oleh Melayu Muslim itu salah?

4-Adakah perjuangan ISMA bercanggah dengan ISLAM?

 

Bacalah,dan telitilah setiap perjuangan ISMA.ISMA langsung tidak berniat untuk memporak perandakan politik ISLAM di Malaysia,malah ISMA menolong membantu perjuangan ISLAM di Malaysia.

Teringat dengan slogan “Calon Muslim Berwibawa” yang di bawa oleh ISMA dalam PRU13 baru-baru ini.Satu wacana Ilmiah di Mesir di adakan dengan mengupas isu “PRU13,Mahasiswa pilih siapa”.Teringat apabila salah seorang ahli panel dari ISMA Mesir menjawab persoalan moderator mengenai slogan calon muslim berwibawa:

Ahli Panel : Adakah semua calon PAS itu berwibawa?

Hadirin(yang kebanyakan ahli PAS) : Ya!!

Ahli Panel : Adakah semua yang bakal bertanding atas tiket PAS itu berwibawa?

Hadirin : Ya!!

Ahli Panel : Jadi ! Apa masalahnya dengan slogan kami “calon muslim berwibawa?”

Hadirin: (Diam)

 

Walaupun ISMA kalah di semua tempat tetapi seluruh ahli ISMA mendapat pelbagai pengalaman dalam meraih undi dan membuat Kafilah Dakwah.

Ada antara kami di pukul,di halang dari memasuki kampung,di fitnah dan macam-macam.Dan semua serangan-serangan yang di lalui jentera ISMA (BERJASA) kita hadapi dengan mahmudah(sifat kebaikan),kerana Mazmumah selamanya tidak boleh terlawan dengan Mazmumah,sebaliknya Mazmumah perlu di tenang dan di kawal dengan Mahmudah.

Biarpun ISMA kalah dan hilang deposit dalam PRU13 kali ini,tidak mengapa.Ini bukanlah perjuangan yang sia-sia,sebaliknya inilah perjuangan permulaan demi ingin melihat kerusi Parlimen di Malaysia di penuhi dengan seorang Muslim.

33,049 pengundi kebanyakannya bukanlah dari ahli ISMA,sebaliknya adalah semua pengundi-pengundi yang sedar perjuangan ISMA dalam memenuhi tuntuan syara’.

Inilah permulaan baru ISMA dalam kancah politik,biarlah di katakan melawan arus,asalkan perjuangan tidak lari dari al-Quran dan as-Sunnah.Bukan redha Manusia yang di cari tetapi sekurang-kurangnya ISMA dan seluruh ahlinya punyai hujah di depan Allah swt kelak bahawa kami cuba mempertahankan khilafah Islamiah dari di robek sang rakus kezaliman islam.

 

WA.

#keputusan pru13 yang membuatkan beberapa hari saya tidak tidur lena,mampukah suara parlimen sekarang mempertahankan islam,atau sebaliknya?Muhasabah.

 

Us.Abdul Halim Bin Abdullah bertanding di Parlimen Seremban dan tewas pada parti DAP dengan undian 6ribu lebih.

Us.Abdul Halim Bin Abdullah bertanding di Parlimen Seremban dan tewas pada parti DAP dengan undian 6ribu lebih.Hampir kesemua orang dalam gambar ini saya kenal.Percayalah! Perjuangan mereka adalah ingin melihat islam kembali memerintah di atas muka bumi ini.

 

 

Bersama beberapa orang sahabat yang membuat Undi Luar Negara(Undi Pos) di Kedutaan Malaysia seminggu awal sebelum pilihan raya di Malaysia.

Bersama beberapa orang sahabat yang membuat Undi Luar Negara(Undi Pos) di Kedutaan Malaysia seminggu awal sebelum pilihan raya di Malaysia.

 

6 Responses

  1. ISMA hanya memberontak, merosakkan gerakan Islam yang telah sekian lama wujud di M’sia (PAS). Jika mereka betul-betul mahu Islam tertegak, kenapa perlu wujudkan yg baru?

    • Syukran Tuan AARalfarouq kerana sudi membaca,Moga Allah merahmati kita dalam kekhilafan berpendapat dan seterusnya menimbulkan kasih sayang sesama islam.

      Berikut jawapan saya.
      Jika mahu betul-betul islam tertegak,jangan minta kerjasama dengan mereka yang beragama Islam.Belum pernah dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW di bantu oleh orang bukan islam.Sebutkan satu perjuangan pada zaman ar-Rasul saw yang menang atas bantuan bukan islam.Tiada.(quote Us Nasha)

      Lihat sahaja keputusan PRU13 yang lepas.Boleh Tuan simpulkan berapa ramai Ulama’ dalam Parlimen?Kita mahukan seramai mungkin Ulama’ dalam Parlimen supaya suara islam tertegak dan mendiamkan suara-suara liberalisme,sekularisme,syiah dan sebagainya dalam Parlimen.

      Melihat dalam keputusan pilihanraya PRU13 yang lepas,siapakah lebih dominan?Di mana dominannya Islam dalam PR?

      ISMA akan bersama dengan siapa sahaja yang menguntungkan islam.Menolak segala unsur-unsur sekualarisme,liberalsime,syiah,human right dan segala yang bertentangan dengan Islam.

      Semua orang sedia maklum,BN memerintah negara dengan penuh kenaifan,penuh dengan Rasuah,penuh dengan keruntuhan akhlak,penuh dengan segala kesilapan.Kita semua bersama bersetuju dengan perkara itu,tetapi persoalannya,Adakah kerajaan yang akan dan bakal mengantikan kerajaan Barisan Nasional mempunyai agenda yang lebih baik?

      saya yakin bahawa PAS bakal mendaulatkan islam di Malaysia,namun dengan apa yang berlaku,adakah mampu PAS mendominasi dalam PR?Dan akhirnya DAP dan PKR tunduk pada PAS?

      Bersamalah berlapang dada,perjuangan ISMA bukan menghancurkan ISLAM,malah menguntungkan islam,dan sebaliknya membantu PAS dalam menyediakan Ulama’ memenuhi ruang kerusi Parlimen.

      #kesemua tempat calon ISMA bertanding di menangi kerusi DAP,kecuali di Tapah di menangi BN.

      WA

      • Ingat balik kata-kata DR Yusuf al-Qardhawi, katanya tak perlu ada dua, tiga dan selebihnya parti gerakan Islam di sesebuah negeri. Cukup satu. Skrg ni PAS la.

        Kaji balik Baginda SAW turun bersama kaum musyrikin pada zaman dahulu atas nama runtuhkan kezaliman dan tegakkan keadilan. Mungkin sedara boleh tanya kpd ustaz2 ISMA la kot.

        Kenapa bertanding di kerusi DAP bertanding? Adakah DAP memusuhi ISLAM? Sedara, yg memusuhi ISLAM ialah MCA.

        Ingat, byk manfaat yg PAS dpt hasil drp kerjasama dgn DAP dan PKR. Kita bertahalluf siasi atas nama keadilan. Jgn terpedaya dgn ideologi BN.

        Apa yg mendukacitakan saya ialah bagaimana mungkin ISMA boleh naik sedangkan baru saja ditubuhkan? Ingatlah kata-kata Nabi SAW. Jika mana ada dua imam, tolaklah imam yg kedua (yg baru).

        Kaji balik ciri-ciri Jemaah Islam dan ciri-ciri Hizbullah. =) Allahu’alam

  2. Satu lagi, skrg ini usaha PAS ialah menumbangkan UMNO. Sekiranya UMNO licin semua kerusi mereka tumbang, Alhamdulillah. PAS yg memimpin dan secara automatik golongan Ulama’ yg memimpin parlimen. Jangan terlalu bersegera, sedara =)

    Ingat kata-kata Imam Hasan al-Banna di dalam satu teks ucapannya yg memarahi mana-mana individu yg mengatakan Ikhwan Muslimin lembab (lambat) dlm menyampaikan dakwah (gerak kerja). [Rujukan: Buku karangan Mustafa Mayhur: Kesatuan ‘Amal Islami]

    Jangan terlampau excited utk menang. Cepat atau lambat, itu kuasa Allah. Yg mampu kita buat, usaha. Jangan disebabkan PAS itu lambat (anggapan yg tidak benar oleh sesetengah individu yg egoistik dlm berjemaah), kita tubuh parti politik baru (ISMA). Jangan disebabkan tandas rumah rosak, rumah baru pula yg kita bina. Ini konsep yg salah.

    Saya ingin nasihatkan kpd pimpinan ISMA, berlaku sederhanalah dlm berjemaah. Contohilah Ikram yg mana Jemaah yg masih lagi tidak akan terlibat dalam politik kerana bagi mereka cukuplah PAS yg memimpin ummat Islam M’sia. Tetapi Jemaah yg terbaik yg saya kaji skrg ialah Jemaah PAS. Walaubagaimanapun, PAS tak nafikan kewujudan byk jemaah disebabkan tiada lagi wujud Daulah Islamiah ‘Alamiyyah.

    Mohon perbanyakkan pembacaan tentang adab berjemaah dan buku-buku berkaitan potik rasional dan logik mengikut zaman. Kerana ini berhubung isu Fiqh.

    Kata-kata terakhir drp saya, ‘Saya bukan Ulama’, saya pengikut bagi Ulama’ dan hanya mampu berkongsikan hujah-hujah mereka’

    • Syukran kerana membalas.Khilaf merupakan satu rahmat,insyAllah,sedikit pun tidak mengurangkan rasa sayang antara Tuan dan saya atas dasar kekhilafan ini.

      Ini Jawapan saya.

      Saya memendekkan beberapa isu yang Tuan cuba bawa.

      1- Isu Taadud Jemaah
      2- Isu DAP dan MCA/MIC

      1- Isu taadud Jemaah.
      Isu yang merupakan saban hari di mainkan oleh orang agamawan yang taasub.Mulanya Tuan seolah melontarkan mengapa di wujudkan ISMA,kemudian Tuan seolah menyetujui apa yang IKRAM lakukan.Bukankah IKRAM juga jemaah NGO islam?Qaedah yang selalu di guna pakai dalam isu taadud jemaah dalam Usul Fiqh adalah menghasilkan sesuatu yang telah terhasil itu batil(تحصل حاصل باطل ) maknanya dah ada PAS buat apa ada ISMA dan NGO2 islam lain,ikut jelah PAS.Tidak! Itu ternyata natijah dan muqaddiman yang batil sebab tidak boleh diguna pakai dalam masalah ini.Tuan mengajak saya untuk bersama dalam kitab beradab dalam berjemaah,saya juga memohon Tuan membuka kembali kitab usul fiqh bagi qaedah ini.Satu yang saya mahu lontarkan,Ikhwan Muslimin merupakan jemaah yang paling solid dengan al-quran dan assunnah,tapi kenapa Ikhwan tak suruh PAS atau sapa2 ikut dia?Begitu juga tabligh,jemaah yang telah wujud sebelum PAS wujud lagi,kenapa tak ikut Tabligh?Tabligh juga jemaah Islam?

      2- Isu DAP dan MCA/MIC
      Tuan,saya membayangkan DAP dan MCA/MIC adalah sama.Matlamat mereka sama,misi mereka sama.Mohon Tuan senaraikan apakah yang di lakukan DAP sehingga menguntungkan islam,saya boleh senaraikan agenda DAP yang meruntuhkan Islam.Tuan,yang memusuhi islam itu bukan MCA,tetapi mereka yang bukan beragama islam.Tuan mungkin boleh rujuk al-Quran kembali,Allah mengisahkan musuh-musuh islam itu adalah Firaun,tipu daya iblis,helah orang-orang Yahudi,niat-niat tersembuyi orang Kafir dan Munafiq.Allah terang-terang ceritakan dalam al-Quran.nak tanya sikit,MIC,DAP,dan MCA tuh termasuk tak dengan apa Allah firman dalam al-Quran?Oh,lupa,satu lagi musuh islam yang paling besar,SYAITAN! Allah ada sebut dalam surah yassin ayat 60 (kalau tak silap,boleh cek semula)

      Isu yang saya nak bawa dan sama-sama faham adalah.PAS kena keluar dari Pakatan! PAS punyai berpuluh ribu penyokong dan pengundi ! DAP dan PKR hanya menumpang kepada pengundi dari PAS.

      PAS tidak perlu menumpang kepada PKR dan DAP ! PAS boleh stand dengan sendiri.Saya ramai kawan dari PAS di Mesir ni,masing-masing semua berpendapat bahawa PAS perlu keluar dari Pakatan.Lihat sahaja misi dan visi DAP,masing-masing nak jatuhkan islam,adakah itu yang Tuan katakan menuntungkan Islam?

      Sekali lagi saya tegas dan selamanya berpendirian,PAS perlu keluar dari Pakatan.Jika PAS keluar dari pakatan,dengan segeranya ISMA akan bersama dengan PAS,kerana agenda kita sama,iaitu mahukan negara islam tertegak di Malaysia.

      Sepakat lah kita.MIC,DAP,dan MCA mereka boleh sepakat dalam hal-hal yang menguntungkan agama dan dan bagsa mereka.Mengapa kita tak boleh duduk berbincang dan duduk menyelesaikan kemelut ini?

      Saranan Tuan telah saya lakukan sebentar tadi,Saya cuba buka kembali Kita berkaitan dengan jemaah,berikut saya senaraikan rujukan saya.

      1- Fiqhud Dakwah ( Mustafha Masyhur) dalam tajuk (Jemaah qudwah) – Lebih kurang ada 20 ciri.
      2- Nihayatul Sul ( Nasruddin Baidhowi) dan di syarah oleh ( Hassan asnawi) dalam Masalah Kedua mengenai امر بتحصيل حاصل
      3- Majmu’ rasail ( Risalah intikhobat dan juga bainal ams wal yaum,juga melihat kepada risalah ila syai’i nad’u nas
      4- Siasah Syar’iah ( Berkaitan dengan fiqhul Waqi’ ) – (Fiqh Realiti semasa) (Buku ni saya baru baca setengah)
      5- Tafsir ayat ahkam ( Ali as-Sobuni) dalam memahami surah al-imran ayat 28

      Mungkin Tuan boleh syorkan saya beberapa lagi buku yang boleh saya rujuk.Syukran.

      Akhir kalam , saya mahu mengajak merenungi kalimah Allah dengan berfirman

      Firman Allah Taala:
      “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”(Ali Imran, ayat 28)

      Tuan boleh kaji dan boleh buat rujukan dalam pelbagai kitab tafsir.

      Kekhilafan membentuk satu rahmat.Tidak sedikit terniat hilang benci pada sahabat-sahabat dalam PAS mahukan bukan dari ISMA,bahkan saya di Mesir punyai ramai rakan PAS,Ikram,Haluan,Abim dan sebagainya.

      WA.syukran. ^_^ ( Oh,nama saya Amirul) ^_^

  3. Anda tak layak cakap pasal politik sebab parti yang menang pada PRU13 di kawasan2 tersebut pun anda taip tak betul.

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: