Mendidik itu Tarbiyah.

university of tarbiyah

 

 

 

 Tarbiyah bermaksud dari perkataan Arab.Iaitu bermula dari huruf Ro dan Ba yang membawa maksud meningkat.Dan kemaudian boleh di ertikan dalam kata bahasa melayu mudah “Mendidik”.

 

Hampir sebulan setengah  bergelar guru ganti di salah sebuah sekolah menengah sekitar Port Dickson.Tugas guru zaman sekarang tak sama dengan apa yang kita selalu fikirkan.Guru banyak cuti.Guru gaji besar,dan sebagainya.Sebenarnya mereka memang selayaknya bergaji besar dan selayaknya cuti panjang berehat setelah penat mendidik anak-anak.

 
Minggu pertama,hampir semua kelas saya ajukan soalan yang sama.Saya ajukan soalan yang bagi kita cukup ‘basic’ jika ditanya.Malangnya,mereka seolah baru pertama kali mendengar.Saya tanyakan mereka mengenai “SOLAT”.

 

Setelah seminggu,barulah saya sedar bahawa tugas guru,bukan setakat mendidik,malah mentarbiyah mereka dari sudut akidah,akhlak,dan sebagainya.

 

Permulaan minggu ke dua,hampir 40% pelajar apabila setiap kali berjumpa dengan saya,mereka akan cakap “saya dah solat ustaz”

 

Beza ketara apabila seorang guru itu hanya ingin menghabiskan silibus dengan seorang guru yang bercita-cita mengubah seorang pelajar itu menjadi seorang insan yang berguna.

 

Teringat saya apabila menggunakan kaedah yang jarang berlaku di sekolah.Masuk sahaja di dalam kelas,saya akan minta semua pelajar berdiri,dan keluarkan semua pelajar yang tidak solat subuh,dan dengan segera saya minta mereka solat subuh walaupun ketika itu jam 9.30pagi.Nampak pelik,tapi akhirnya mereka terkesan dengan keesokannya mereka berusaha untuk solat subuh jam 6.00pagi.Kaedah yang tidak masuk akal,tetapi jika di olah dengan pendekatan hati,insyAllah mereka boleh berubah.

 

Tidak perlu menggunakan rotan,atau penampar dan sebagainya,sebaliknya menyantuni mereka dengan hati dan gerak kerja kita yang ‘sekepala’ dengan mereka.Hampir 60% guru di sekolah menjadi api,apa salahnya mereka yang 40% menjadi air.

 

Nampak mudah,tetapi sebenarnya susah untuk di praktikan,tetapi saya telah buktikan bahawa kaedah dan cara pendekatan ini berjaya walaupun saya hanya mengajar sekitar sebulan setengah.

 

Hari pertama,di takdirkan Allah saya di minta memberi tazkirah di dalam surau yang besar sekitar 300 orang pelajar.Di situ jugalah saya temui kelemahan yang besar.Sekitar 6-7 orang yang mengangkat tangan apabila di tanya mengenai solat.

 

Pada hari terakhir ,di takdirkan Allah juga saya di minta memberi tazkirah di dalam surau,hati menjadi luluh tatkala yang mengangkat tangan ketika di tanya mengenai solat sekitar 20-25 orang.

 
25 orang tak ramai,tapi jumlah itu membuktikan bahawa mendidik itu Tarbiyah,yang mana asalnya perkataan ‘meningkat’.Alhamdulillah mereka meningkat.

 

Itulah Amanah yang Allah berikan selama sekitar sebulan setengah mentarbiyah anak-anak mengenal erti hidup,mengenal siapa Allah.Amanah yang sangat berat,tetapi saya simplekan amanah itu dengan meletakkan ‘Allah’ adalah penolong segalanya.

 

Guru sepatutnya melihat unjuran masa hadapan.Meletakkan target ketika mengajar.Dan membentuk mereka ke arah kebaikan.

 

Sebab mereka ini adalah “Generasi harapan” dan tugas Guru adalah “Menbentuk Generasi Harapan”.

2 Responses

  1. 🙂

  2. bukan semua manusia boleh faham tugas guru yg rata-rata kata kerjanya senang & banyak cuti. setuju, memang senang andai amanah & tanggungjwab yg dipikul utk mengharap reda Allah tak diletak sbg perkara pokok.

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: