Mata Telinga Mulut dan Hati.

kenal-diri-qalbu-besar

Firman Allah

1- Allah berfirman dalam alQuran :

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ – surah al-Mulk ayat 23

Maksud : Katakanalah ” Dia lah yang menciptakan kamu,dan menjadikan pendengaran,penglhatan dan hati nurani bagi hati kamu.(Tetapi) sedikit antara kamu yang bersyukur.” al-Mulk : 23

2- Allah berfirman lagi :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”  Al-A’raaf : 179.

3- Allah berfirman juga :

صم بكم عمي فهم لا يعقلون

“Mereka tuli,bisu dan buta sehngga mereka tidak dapat di kembalikan” al-Baqarah : 18

Bait kata-kata yang cantik

Allah swt memberi perumpamaan yang cukup cantik kepada hambaNya.Satu nilai pandang positif yang saya kiranya ianya merupakan nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada hambaNya.Juga nilai pandang Negatif sekiranya kita menyalah gunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita di dunia ini.

Mata , Telinga dan Mulut sering kali Allah swt ungkapkan dalam beberapa ayat alQuran.Betapa hebat kuasa Allah menciptakan ketiga-tiga pancaindera ini yang tiap-tiap hari kita gunakan untuk melihat,mendengar dan Bercakap.Bayangkan jika seorang manusia yang biasa di tarik ketiga-tiga nikmat pancaindera ini,pastinya lenyap dan luluh masa hadapannya.

Hebatnya Allah menciptkan nimat ini menandakan bahawa hebat juga kita sebagai hambaNya untuk menjaga dengan baik.Melihat alam ciptaanNya,mendengar ayat-ayatNya,Menyampaikan seruan dakwah kepadaNya.

Akibat Songsang

Jadilah kita seperti lembu dan binatang-binatang yang lain bahkan lebih teruk jika kita salah gunakan nikmat yang Allah bagi.Nampak simple,tapi susah nak jaga.Dengan urusan seharian kita,di Facebook di Instagram dan banyak lagi tempat,terkadang terkucil melihat perkara-perkara yang di larang Allah.Kadang-kala nafsu pula yang mngatasi semua perkara dengan membuat maksiat mata dengan meihat pornografi,mendengar umpatan dan membuat fitnah.

Sumber nafsu juga ada pada ketiga-tiga nikmat yang Allah berikan ini jika di salah gunakan.Mata telinga dan mulut sering kali terbabas tatkala hilang arah nafsu yang tidak di pandu oleh akal.Dan Allah meletakkan kepada tubuh seseorang manusia itu akan rosak sekiranya ketiga-tiga nikmat itu rosak iaitu Hati yang Rosak.

Firman Allah swt :

في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون

“Dalam hati mereka ada penyakit,lalu Allah menambah penyakitnya itu dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta” al-Baqarah : 10

Hati yang Sejahtera

Akhirnya Allah kaitkan ketiga-tiga nikmat yang Allah berikan ini dengan ganjaran bagi yang menjaganya iaitu bertemu denganNya dengan Hati yang sejahtera.Ketiga-tiga nikmat ini kunci untuk seorang hamba Allah menjadi tetamuNya di syurga kelak.

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

“iaitu pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna.Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih(sejahtera)” as-Syua’ara 88-89

Maka bersihkanlah hati kita dengan menjaga nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita agar kita bertemu dengan Sang Pencipta kelak dengan hati yang tenang dan bersih.

Beit Rahmah – 19hb Mac 201 – 2:07pm – Bumi Cinta kaherah

4 Responses

  1. Syukran tuan ustaz.

  2. Masih cerita yg sama hehe

  3. Mengenal Allah akan ada rasa takut kepada Allah dan akan mencegah manusia dari perbuatan mungkar

apa pendapat anda?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: