20 orang terkaya di Malaysia 2010.

Salam ukhwah dan apa khabar pada antum semua,bagaimana dengan persekitran iman antum semua pada yang lepas,ingat,hidup ni cuma ada tiga sahaja peristiwa iaitu:

Semalam : Sudah jadi sejarah
Hari ini : Apa yang akan jadi sejarah
Esok : Bekal menjadi sejarah

jadi,ketiga-tiga dominasi itu sedikit sebanyak akan membuat diri kita bermotivasi,bagaimana untuk kita mereka cipta sejarah kita,samada baik atau sebaliknya,isunya mudah sahaja,perlukan iman dalam hati sebab iman dan hati adalah sahabat karib,mana mungkin sahabat karib dapat si pisahkan antara dua,jadi iman kena still inside dalam hati,tapi………….iman ni “yazid wa yangkuz” iaitu akan bertambah dan berkurang,maknanya kalau dalam graf tu iman seorang yang bergelar muslim itu pastinya akan turun dan naik,tpi bila tambah….akan bertmbah sebnyaknya,tapi bila berkurang,pastikan kekurangan itu sedikit sahaja,itulah di namakan garaf seorang muslim yang sejati.eh,apa yang ana merepek ni,x de kene mengena dengan tajuk entry kali ni,hehe..

baiklah,ana nak kongsi pada antum semua berita terkini di dada-dada akhbar baru-baru ni iaitu 40 orang terkaya di Malaysia:

1. Robert Kuok Hock Nien – RM42.7 bilion.(Kump.Kerry/kuok)

2. T. Ananda Krishnan – RM27 bilion.(Usaha Tegas)

3. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM11.92 bilion.(Kump.I0I)

4. Tan Sri Teh Hong Piow – RM10.86 bilion.(Public Bank)

5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.38 bilion.(Kump. Genting)

6.Tan Sri Quek Leng Chan – RM7.09 bilion.(Kump.hong Leong)

7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary – RM6 bilion.(Yayasan al-Bukhary)

8.Balu Lim Goh Tong (Genting Group)- RM4.4b.(Kump.Genting)

9. Tan Sri Tiong Hiew King -RM3.5 bilion.(Rimbunan Hijau)

10. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) RM3.2b.(Kump.Berjaya)

11. Tan Sri Azman Hashim-RM 2.86 bilion ( Arab-Malaysian Corp.)

12. Ong Beng Seng-RM 2.019 bilion (Hotel Properties Ltd.)

13.Datuk Lee Yeow Chor-RM 1.865 bilion (Kumpulan IOI)

14. Lee Yeow Seng-RM 1.832 bilion ( Kumpulan IOI)

15.Tan Sri Yeoh Tiong Lay-RM 1.639 bilion (Kumpulan YTL)

16.Tan Sri Dr.Lim Wee-Chai-RM 1.383 bilion (Top Glove Corp.)

17.Datuk Seri Lee Oi Hian-RM 1.170 Billion ( Batu Kawan )

18.Datuk Lee Hau Hian-RM 1.168 Bilion ( Batu Kawan )

19.Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping-RM 1.115 bilion (Kumpulan YTL)

20.Datuk Mokhzani Mahathir-RM 1.075 bilion (Kencana Petroleum)

itulah senarai 20 orang usahawan yang mendominasikan carta kekayaan di Malaysia,harap-harap antum semua ada cita-cita untuk menjadi seperti mereka dan bukan setakat kita kaya di dunia,malah,insyaLLAH kita juga kaya di akhirat kelak,insyALLAH…

W’salam…tpi sebelum tu………………………………………………………………..

Banyaknya Laman Sosial….

Asalamualaikum w.b.t..

Salam ukhwah…bagaimana dengan entry terdahulu?,sudah ke antum semua selesaikan?alhamdullilah…semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar di sebalik cerita tu..

Jadi,untuk entry kali ni,terdetik dalam hati ana nak membincangkan dengan rakyat umum mengenai laman sosial yang pelbagai sekarang ni,walaubagaimanpun ianya terdapat pro dan kontra nya dalam kehidupan,bukannya tidak boleh untuk memasuki laman sosial,akan tetapi ada batasnya.

Pelbagai jenis laman sosial yang terdapat di internet,adakalanya di gunakan pada jalan yang betul,adakalanya ada yang salah menggunakannya,dan ada segelintir dalam kalangan kita yang menggunakannya untuk jalan menyebarkan dakwah,ada yang untuk mengumpul kenalan,ada yang untuk mencari kenalan lama,dan pelbagai lagi.

Friendster,Twitter,My Space,Facebook,dan pelbagai lagi jenis laman sosial yang boleh di layari,dan semmemangnya purata penuh di berikan kepada golongan remaja yang menggunakan laman sosial ni,dan ada segelintir darinya dari golongan politik,seperti contoh dalam Facebook sahaja yang paling tinngi mendominasi laman sosial itu adalah Tun Dr.Mahathir yang mana puratanya adalah 232,205,betapa nak menunujukkan bahawa golongan politik juga menggunakan laman sosial bagi berkomunikasi dengan rakyat walaupun kita lihat sendiri bahawa Tun Dr.Mahathir hanya bekas PM,walaupun begitu ramai yang ingin mengetahui perkembangan beliau.

Baiklah,ana senaraikan 5 tokoh politik Malaysia yang paling popular dalam Facebook,antaranya:

1- Tun Dr.Mahathir Mohamad 243,271
2- Datuk Seri Najib Tun Razak 97,388
3- Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 74,620
4- Datuk Seri Anwar Ibrahim 50,331
5- Lim Guan Eng 23,734
*Nota:Perangkaan jumlah Peminat pada ahli politik adalah berdasarkan perangkaan terbaru hari ini -selasa 16Feb 2010- jam 11.15pm-

Lihat lah betapa keseriusannya rakyat malaysia yang menginginkan pengetahuan tentang perkembangan para pemimpin di Malaysia.Tapi ini baru sahaja kenalan atau ‘fans’ politik,belum lagi terungkainya kenalan dalam kalangan artis2..

Tapi apa yang lebih jelas adalah,pada pendapat ana seperti mana yang ana katakan tdi,ada pro dan kontra nya dalam kaedah laman sosial ini,akan tetapi jelas sekiranya ana mengatakn bahawa ramai yang memasuki laman sosial ini adalah bertujuan untuk sekadar berhibur dan sekadar meluangkan masa.Ini bagi pendapat ana sendiri,akan tetapi ada juga dlam kalangan pemilik laman sosial yang mana mereka memiliki visi dan misi sendiri tujuan mereka mempunyai laman sosial ini,seperti contoh apa yang ana lihat sendiri wujudnya laman-laman yang berbentuk ilmiah seperti contoh dalam facebook ada sahaja kelab2 yang di bentuk atas dasar menyebarkan dakwah,menyebarkan hadith2 Nabi Muhammad S.A.W,tapi awas!!! pastikan sumber yang datang adalah sahih dan bukannya hanya mengambil mudah dalam setiap kenyataan islamic yang di keluarkan seperti contoh,adanya hadith2 yang maudu’ di kemukakan,apa yang penting adalah kesahihan sebuah hadith itu kenelah kita utamakan,maskan kita beramal dengan hadith yang di tipu,jauh sama sekali.

Dan ada juga isu2 yang terbaru yang boleh di dapati di laman sosial itu,itulah yang dikatakan tadi bahawa ada pro dan kontra nya sekiranya kita memiliki sesebuah laman sosial,dan agak sedih lah sekiranya kita mewujudakan satu komuniti yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah sesorang,dan dalam keadaan sebegitu eloklah sekirnaya antum semua buka mata yang mana baik dan yang mana yang buruk.

Dalam facebook sahaja terdapat 3.5 juta pengguna di Malaysia (kenyataan di Kosmo -isnin 15 feb 2010-)

Bayangkan ketika menjelang tahun 2020,pasti akan meningkat,isunya samada salah atau betul penggunaannya,itu sahaja,ana lebih memfokuskan kepada laman sosial facebook kerana ianya merupakan laman yang lebih fllaksibel berbanding dengan dengan laman sosial yang lain,fokus utamanya adalah berapa ramai yang mengikutinya dan berapa ramai yang bertindak untuk lebih memanfaatkan laman sosial ini,yang pastinya islam itu mudah dan tidak memberatkan,jadi,kita sebagai umat islam,pilihan adalah di tgn kita samada membawa unsur dakwah dalam laman tersebut atau sebaliknnya,yang pastinya maqam(tempat yang mulia) pada yang mnyebarkan dakwah adalah lebih aula berbanding yang lain,jadi,”hint” yang ana berikan jelas,bahwa tiada salahnya untuk kita memiliki laman sosial cuma…………………………………….(rujuk lah di atas sebab mungkin ana terulang penulisan yang sama)….

Baiklah,sampai disini sahaja untuk entry kali ini,semoga kita sama-sama merasakan menfaatnya,insyALLAH….
Andai salah penulisan maafkan dan sekianya perlu untuk teguran tingglkan komen..insyALLAH ana akan perbaiki…salam w.b.t..

– sedikit kenyataan petikan dari akhbar Kosmo-

Salam Takziah Buat Sultanah Johor dan segala Jajahannya

Salam ukhwah,..

Semalam sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

“Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari,” katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

“Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri,” katanya.

Salam Takziah ana ucapkan pada Seri Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad dan Segala Jajahannya,semoga Roh Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail di cucuri rahmat oleh ALLAH S.W.T…….al-Fatihah…..

————————–al-Fatihah———————————————————————

Elakkan Wahan!!!

Salam ukhuwah ana ucapkan,rasanya agak lama ana meninggalkan blog ini kesunyian dengan input-input terbaru,bermulanya semester baru ni semestinya agak sibuk mengendalikan beberapa urusan,ana rasa antum semua pun semestinya sibuk bila tiba semester baru,apa-apa pun setiap apa urusan yang kita semua lakukan,samada urusan itu membawa kepada sesuatu yang agak berat urusannya,ana harap kita sama-sama menempuh dengan iman yang kuat dan minda yang terbuka,dan bukannya apabila mendapat sesuatu urusan yang menyukarkan kita,kita lahirkan rasa ketidak puasan yang teramat sangat atau kita keluarkan dengan perkataan yang kesat-kesat dan sehinggakan menyinggung perasaan seseorang,harap di jauhi.

Baiklah,untuk entry kali ni,ana ingin kupaskan satu sifat yang sifat ini sangatlah di cela oleh ALLAH S.W.T,iaitu sifat WAHAN(وهن).

Wahan membawa maksud “Cintakan Dunia,Takutkan Mati”,panjang benar maksudnya berbanding dengan ayatnya,wahan adalah perkataan Arab yang membawa maksud seperti yang ana tulis sebentar tadi,apa-apa pun sifat ini adalah sangat di cela oleh ALLAH S.W.T kerana dengan sifat ini lah selalunya umat islam akan sentiasa berada di lembah kejahatan.Seseorang yang cintakan dunia pastinya mereka lupa akan akhirat,ada kalanya kita ni mudah terleka dengan duniawi,hendaknya dengan cabaran dunia sekarang yang penuh dengan teknologi yang canggih dan adakalanya menjangkau pada pemikiran kita,kita sendiri boleh lihat betapa canggih nya manusia zaman sekarang sehinggakan di Negara-negara seperti Jepun,Korea, dan bermacam-macam lagi yang menjadi pengeluar utama barang dagangan di dunia seperti contoh Handphone,MP3 dan bermacam-macam lagi,ini benar-benar menunjukkan dunia penuh dengan teknologi,ini baru sahaja menjangkau tahun 2010,bagaimana pula agaknya jika pada tahun 2020 nanti,tidak mustahil dalam keadaan yang serba canggih ini,manusia yang diberi akal fikiran oleh ALLAH S.W.T ini mampu menciptkan berbagai lagi teknologi yang canggih.

Baiklah,kembali kepada sifat wahan yang di kutuk tadi,sekiranya umat islam terpedaya dengan kebebasan teknologi yang canggih sekarang ini,pastinya seseorang itu terlepas dari sesuatu yang di janjikan ALLAH S.W.T iaitu syurga yang hakiki.Mana tidaknya,dengan teknologi zaman sekarang ini,pastinya ramai yang terleka dan lupa sebentar akan akhirat,dan bagi pendapat ana,bukan sahaja dengan zaman yang berubah menjadi asbab untuk seseorang itu mendapat taraf wahan,akan tetapi berbagai lagi contohnya seperti sibuk medirikan rumah yang besar,sibuk dengan perniagaan,sehinggakan tiada masa untuk mengambil sedikit masa menadah tangan merendah lutut dan mengabdikan diri pada ALLAH S.W.T,ana bukan memaksudkan sesiapa yang mendirikan rumah yang besar adalah mampunyai sifat wahan,tidak sama sekali,akan tetapi jika dalam hatinya membuat rumah bukan kerana untuk keselesaan dan bukan untuk mendapat perlindungan tetapi membuat rumah besar kerana untuk menunjuk-nunjuk pastiya sifat itu menghampirinya,dan apabila seseorang memiliki kesemua kekayaan di dunia,pastinya mereka takut dan gelisah untuk meninggalkan semua hartanya didunia,dan kalau boleh,mereka nak masukkan sekali hartan-harta mereka bersama-samanya menempuh alam barzakh,semestinya orang yang mempunyai sifat wahan ini adalah takutkan mati,masakan tidak takut,kerana habislah semua hartanya di bahagikan kepada yang hidup di dunia ini,sedangkan mereka merasai alam barzakh,itulah yang dinamakan bersifat wahan,iaitu “Cintakan Dunia dan Takutkan Mati”sekiranya kita semua bersifat sebegini pastinya tidak akan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T,dan sekiranya ada yang bersifat sebegini,sama-samalah kita beristighfar bagi memohon keampunan dari ALLAH S.W.T,dan marilah kita sama-sama menjauhi sifat yang di cela ini,semoga amalan kita di terima ALLAH S.W.T hendaknya.amin.

Jadi itu sahaja untuk ana kongsikan pada antum semua,semoga apa yang kita bicarakan sedikit sebanyak dapat membantu dalam meningkatkan akhlak kita di sisi ALLAH S.W.T.amin…