Mengurus Karakter bersamaTarbiyah.

3832-0_663_382

 

Karakter merupakan fitrah yang perlu ada pada setiap yang bergelar manusia.Allah menciptakan manusia dengan pelbagai keadaan dan pelbagai bentuk.

Kadang kala karakter dapat menjadikan kita keaarah kebaikan,dan kadang kala mengundang kearah keburukan.

*****

Seperti contoh SA Umar ra yang melayan karakternya dengan baik.Dengan di sebabkan ketegasannya Islam terbela selepas beliau memeluk agama islam,dan juga dengan sebab ketegasannya juga,dia menemui islam selepas hampir ingin membunuh adiknya dan ketika itu cahaya hidayah Allah tiba.

Begitulah contoh seorang sahabat Nabi yang menyeimbangkan karakternya bersama islam.

*****

Lihat pula bagaimana seseorang manusia itu perlu menyeimbangkan nilai tarbiyah dalam diri dengan karakter yang ada padanya.Seperti contoh karakter seorang yang pendiam.Adakah selamanya dia akan berdiam,sehinggakan dia tidak mampu menjadikan dirinya sebagai agen perubahan di tengah masyarakat yang hampir musnah?

Adakah dia lupa bahawa Rasulullah pernah bersada:

“Barang siapa yang melihat kemungkaran,hendaklah dia menegeur dengan tangan,jika tidak mampu dengan lidah,jika tidak mampu dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman”

Jika dia tidak memandukan karakter dirinya dengan penyeimbangan tarbiyah,dia tidak mampu untuk sentiasa melakukan kebaikan akhirnya dia akan terus tenggelam hanyut bersama masyarakat yang hampir musnah itu.

Begitu juga seperti contoh karakter mereka yang sentiasa berjenaka,akhirnya karakter ini memusnahkan dirinya dengan keadaan sekelilingnya yang kurang hormat padanya akibat karakter yang sentiasa penuh dengan cerita-cerita jenaka lawak yang mungkin sahaja boleh memalukan seseorang atau mungkin sahaja menjadi penipuan.

Jikalah karakternya di pandukan dengan penyeimbangan tarbiyah dalam diri,pasti karakter jenaka itu mudah untuk melakukan dakwah pada masyarakat akibat dari karakternya sebagai seorang penghibur dan mudah untuk berkenalan dengan semua lapisan masyarakat.

*****
Kesimpulannya,Karakter tidak dapat di ubah.Jika di ubah sekalipun,pasti akan ada wujud karakter dalam dirinya.Dan karakter perlu di seimbangkan dengan tarbiyah dzatiyah dalam diri iaitu perubahan kearah kebaikan dalam diri supaya karakter yang ada padanya akan berpandukan alQuran  dan asSunnah.

Karakter yang membawa ke arah kebaikan adalah karakter mereka yang menyeimbangkan dirinya dengan tarbiyah.

 

Kaherah. 3hb 12/2015 (Rabu) 06:25 *Teratak kami

Bagaimana menjadi Kader Dakwah (Daie) ?

kader-dakwah

 

Beberapa petikan penting yang sering di tonjolkan oleh pemikir-pemikir harakah seperti Syed Qutb,Muhammad Qutb dan ramai lagi yang sering kali menitikberatkan mengenai aset dan nilai seseorang yang memeluk islam dan bergelar manusia.

Umat islam mempunyai aset tersendiri sehinggakan mereka merasakan bahawa agen perubahan itu hanya ada pada mereka.Bukan itu sahaja,malah terdapat satu nilai terbesar dalam diri mereka iaitulah dengan menggunakan manhaj(jalan) “memimpin” dan “akidah”

*****

Kita semua di kelilingi oleh faktor jahiliyah,dari Timur hinggalah ke Barat.Terdapat beberapa perkara jahiliyah yang masih di kekalkan sehingga sekarang,malahan umat islam sendiri terlupa dan tidak merasakan mereka di kelilingi jahiliyah.

Jahiliyah zaman sekarang lebih buruk dan dasyat berbanding dengan zaman jahiliyah dahulu kala.Jahiliyah dahulu kala masih dapat di kesan dan di pamerkan pada masyarakat.Dengan membunuh anak perempuan hidup-hidup,berzina dan bermacam-macam lagi.Beza dengan jahiliyah zaman sekarang yang seolah menutup semua sistem islam yang ada.Seperti contoh sistem Demokrasi yang di bawa oleh Karl Marx yang mengasaskan pelbagai jenis pemikiran yang menutup sistem islam dan melawan sistem keagamaan.

*****

Akhirnya sistem-sistem yang di buat oleh tangan-tangan barat ini gagal dan tidak berkembang, sebaliknya mereka jauh sekali mengejar sistem yang terbaik kerana terdapat juga sistem kasta yang berlaku dan akhirnya sistem yang mempunyai aset juga yang dapat menyelesaikan semua ini iaitulah sistem islam.

Islam datang dengan penuh aset dalam diri umat islam.Datang sebagai agen perubahan dan pemimpin dan akhirnya memimpin umat ini menuju sistem islam yang datang dari Allah swt.

Tidak di sangkal lagi,umat islam yang mempunyai akidah dan manhaj Islam itu bertanggungjawab mencabut segala agenda-agenda jahiliyah yang ada pada umat islam ketika ini.

Adapun islam tidak boleh berkembang dari dalam masyarakat yang tidak faham islam.Oleh itu,perkara pertama yang perlu di lakukan oleh seorang daie adalah pulihkan masyarakat dengan kesedaran islam dan akhirnya membentuk masyarkat islamiah (Musjtamak muslimah) yang mana akan menjadi agen perubahan pada masyarakat yang lain.

*****

Masdar(sumber) utama kita adalah alQuran dan asSunnah.Selain daripada cedokan alQuran dan asSunnah adalah keluar dari islam dan boleh jadi sumber mereka bercampur-campur,tidak seperti sahabat yang direct menerima tarbiyah dari Allah yang menurunkan alQuran secara berperingkat-peringkat supaya umat ketika itu melaksanakan suruhan secara segera seolah seperti satu arahan dari seorang majikan.Umat sahabat ketika itu ibarat menunggu arahan semua perkara dari Allah swt dan merasakan Allah sentiasa memerhati tingkah laku mereka (Ein Allah).

*****

Langkah pertama yang perlu di lakukan oleh seorang kader dakwah(Daie) adalah sentiasa menegakkan islam ketempat yang tinggi dalam masyarakat ketika dalam proses memulih.Menegakkan islam secara tinggi itu bermaksud bahawa tiada yang tinggi selain islam dan islam adalam cara jalan hidup.

Menolak semua yang bukan islam seperti Liberalisme,Pluralisme, dan bermacam lagi adalah salah satu contoh perkara yang di lakukan daie untuk tegakkan islam.

———————————–

sumber rujukan: Maalim fi Toriq (Petunjuk sepanjang jalan)

Kaherah: 2hb 12/2014 (Selasa) 08:02pm

Cukup – cukuplah akhi..

images (5)

Jangan mimpi sekiranya ada berada dalam jemaah yang hebat anda mampu seiring bersama orang beriman untuk masuk syurga.

Jangan mimpi untuk bersama di hisab Allah di akhirat kelak dengan amalan kebajikan atas sebab anda berada dalam jemaah yang hebat.

Cukup-cukuplah berangan-angan di atas angin !

Cukup-cukuplah kepala kosong tak di hentak benak !

 

————–

Nukilan buat Sang Daie.

 

 ” …الواجبات كثير من الأوقات “

“Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.”

Benak sangatkah kita sampaikan setiap hari tidak terngiang-ngiang di telinga pesanan as-Syahid Imam Hassan al-Banna ini?

Anda dalam jemaah yang cukup hebat.Rasa diri sentiasa dalam yang benar.Tiada salah,tiada khilaf.

Sambil menuduh jemaah lain salah,jemaah lain silap.

Pernah lihat diri sendiri?Cukupkah Tarbiyah dalam diri?

Bagaimana subuh anda tadi?Adakah di Masjid atau lewat di rumah sendiri?

Cukup-cukuplah  manjakan diri tu,

Usrah sampai malam,hujah tak siapa canggah,Sahabat model ukhwah,tapi amalan tak sama dalam usrah,tak seindah dalam ukhwah.

Nukilah buat sang Daie yang leka dalam beramal,leka dalam mendidik diri,leka Allah itu ada memerhati.

 

—————

Musuh Diri Sendiri.

 

“Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.”

Saya baru terbuka laman web DAP Sosialis Youth, juga European Liberalisme Youth dan Young Liberalisme America.

Purata mereka berada sekitar umur kita semua.Umur pemuda,20-30 tahun.Perbincangan mereka sekitar mengenai bagaimana strategi menghancurkan Islam,bagaimana pemerintahan selepas berlaku revolusi,Apakah kelemahan institusi kerajaan Islam dan sebagainya.

Bayangkan,pada umur sekitar kita perbicaraan mereka seolah ingin memerintah Negara.Mereka berstrategi.Juga bermatlamat besar.

Dan mereka siapa?

Adakah mereka bakal memimpin islam?

Atau bakal membangunkan syariat islam?

Tidak sama sekali,mereka adalah musuh utama umat islam yang merancang menjatuhkan islam.

Tersenyum bila nak di bezakan dengan kita yang sepatutnyalah menegakkan kalimah Allah.Sepatutnya kitalah yang membincangkan perbincangan seperti mereka.Sepatutnya kitalah yang terkehadapan dalam isu-isu mempertahankan islam .

Tapi kita sibuk apa?

“akhi bila nak kahwin?Dah isi borang?”

“akhi minta akhawat Medic atau Agama?”

Dan perbincangan menjadi panjang meleret yang akhirnya menjadi fitnah.

Cukup-cukuplah akhi,

Musuh islam nyata mereka lagi kehadapan.Cukuplah dengan perkara-perkara furu3 tu.Kalau nak kahwin cepatkan urusan,kalau nak tidur carilah bantal,jangan biar mulut berbicara panjang,usaha bagai angin bawa sampah !

————–

Biarkan Bermimpi.

 

Cukup-cukuplah berangan-angan di atas angin,kali ni berangan pula atas api !

Cukup-cukuplah kepala kosong tiada di benak,kali ni penuhkan sampai di hentak benak !

Rancanglah hidup anda dengan penuh misi dan visi mengejar khilafah yang hilang ,dekatkan ta’budiyah pada Allah.Kumpulkan segala pengalaman yang kita ada hanya mengejar Tarbiyah agar menjadi ikatan thabat dalam juang demi ummat akan datang.

*Nukilan di tuju khas buat Sang Penulis juga Sang Daie pencinta ar-Rasul.

Rejab bulan Menyiram.

941559_468243523255924_1227337440_n

قال أحد السلف: رجب كالريح وشعبان كالغيم ورمضان كالمطر.فمن لم يزرع في رجب ولم يسق في شعبان فكيف يريد أن يحصد في رمضان؟

Seorang ahli Salaf berkata :

“Bulan Rejab ibarat Angin yang bertiup,bulan Sya’ban ibarat Mendung,dan bulan Ramadhan ibarat Hujan.Barang siapa yang tidak bercucuk tanam  di bulan Rejab dan menyiramnya di bulan Sya’ban,bagaimana mungkin untuk dia menuai di bulan Ramadhan? “

——————–

Masuk sahaja bulan Rejab,bahang Ramadhan mula terasa.Macam-macam notification yang masuk dalam wallinbox dan sebagainya menyatakan Ramadhan hampir tiba.

Hatta dalam hati pun terdetik untuk sama-sama mengira,bilakah bakalnya Ramadhan tiba.Berdoalah kita semua agar di sampaikan kita Ramadhan pada tahun ini.

“اللهم بارك لنا في رجب و شعبان ، و بلغنا في رمضان “

Ya Allah ya tuhan kami,berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban,dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.

———————

Kata-kata ahli salaf tadi boleh di iktibarkan seperti Rejab dan Sya’ban adalah bulan untuk kita sama-sama membuat persediaan bagi menanti kedatangan Ramadhan.

Kalau tetamu jauh datang ke rumah kita hari ini,apa yang kita buat?

Kemas rumah,

Kemas ruang tamu,

Beli makanan,

Masak best-best,

Ambil cuti awal,dan sebagainya.

———————

Begitulah bagi mereka yang merindui Ramadhan,pasti rapi persediaannya membuat persiapan menyambut Ramadhan.

ar-Rasul saw pernah besabda yang mafhumnya

“Puasalah beberapa hari daripada bulan-bulan haram dan tinggallah sebahagiannya.”

Berpuasa di bulan-bulan haram.Rejab,Zulhijjah,Zulkaedah,Muharam.

Namun begitu,tiada Nas dari al-Quran dan as-Sunnah yang jelas mengatakan kelebihan dan amalan berpuasa di bulan Rejab.Kebanyakannya khabaran Hadith yang maudu3 (hadith Palsu).Tetapi masih boleh di lakukan puasa-puasa sunat di bulan Rejab dengan niat berpuasa di bulan Haram.

Banyak penjelasan Ulama’ mengenai sunat berpuasa di bulan Rejab sehingga ada  Ulama’ memakruhkan berpuasa di bulan Rejab setelah meneliti beberapa hadith.

————

Tetapi cukuplah dengan sekadar kita membuat persediaan di 2 bulan terakhir untuk bertemu Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang lebih dekatkan kita dengan Allah.

Mungkin sebelum ini Qiamulail kita yang sebulan sekali sebelum ni boleh jadi kita lakukan seminggu sekali atau mungkin bacaan al-Quran kita yang 2-3 helai sehari sebelum ini menjadi 1/2 juzu’ sehari .

Jom kita hidup Luar dari Kebiasaan !

ISMA (BERJASA) Kalah di semua tempat.

 

Jentera BERJASA sempat membaca beberapa muka al-Quran sebelum menunggu penamaan calon di umumkan di Negeri Sembilan.Gaya politik arus baru!

Jentera BERJASA sempat membaca beberapa muka al-Quran sebelum menunggu penamaan calon di umumkan di Negeri Sembilan.Gaya politik arus baru!

Memang dari awal lagi jangkaan saya tidak meleset mengenai penglibatan ISMA dalam parti BERJASA yang tidak membawa kemenangan.

ISMA bertanding atas tiket BERJASA(Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia) di 9 tempat dan 2 darinya adalah DUN.Antara kawasan yang di hantar ISMA dan keputusannya:

PARLIMEN:

1- Alor Star(Kedah) – 3530 Undi (di menangi DAP)

2-Seremban(N.Sembilan) – 6866 Undi (di menangi DAP)

3-Subang(Selangor) – 4454 Undi (di menangi DAP)

4-Kapar(Selangor) – 6289 Undi (di menangi DAP)

5-Padang Serai(Selangor) – 2630 Undi (di menangi DAP)

6-Selayang(Selangor) – 4152 Undi (di menangi DAP)

7-Tapah(Perak) – 2053 Undi (di menangi BN)

 

DUN:

1-Derga(Kedah) – 2061 Undi (di menangi DAP)

2-Kajang(Selangor) – 1014 Undi (di menangi DAP)

 

Jumlah keseluruhan Pengundi di Malaysia bagi calon ISMA dalam BERJASA adalah sebanyak 33,049 pengundi.

 

—————————-

Pertama kali.

Seronok melihat keputusan dan suasana sebelum dan sesudah PRU13 kali ini.Ada kelihatan yang tidak bersetuju,ada pula yang bergembira.

Bagi ISMA,gambaran awal yang dapat di lihat adalah bagaimana penglibatan pertama ISMA dalam kancah politik di Malaysia.

Politik merupakan salah satu dalam cabang Islam.Islam bermula dengan pemerintahan sistem khalifah.Bermula di zaman ar-Rasul (saw) sehinggalah jatuh pemerintahan islam di zaman khilafah Uthamiah.

Bagi saya,2 tuntutan utama matlamat umat islam di atas muka bumi ini.Pertama,tuntutan untuk menjadi Hamba Allah yang beriman dan taat pada perintah Allah SWT dan juga tuntuan supaya mengembalikan khilafah di atas muka bumi ini.Boleh lihat pada firman Allah :

“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk menyembahKu ” az-Zariyat :56

dan juga surah al-Baqarah ayat 30 yang menceritakan bahawa Allah menjadikan manusia itu sebagai khalifah yang menuntut untuk kita bersama dalam mencapai kembali kegemilangan pemerintahan khilafah islamiah(istikhlaf)

Dengan keperincian dan penelitian awal itu,maka ISMA mengambil langkah untuk memenuhkan kerusi di Parlimen Malaysia dengan menghantar calon Melayu Muslim di tempat majoriti Islam di kawasan tersebut.

——————————-

ISMA Kalah di semua tempat.

 

Beberapa pandangan rasional yang boleh saya berikan tatkala ramai yang berkata ISMA kacau daun,ISMA parti Nyamuk,ISMA UMNO,dana yang di berikan ISMA adalah dari UMNO dan sebagainya.

Pertamanya,pandangan saya,mereka yang berkata sedemikian adalah mereka yang tidak pernah untuk mengetahui perjuangan ISMA,sebaliknya mereka hanya mendengar khabaran angin yang buruk mengenai ISMA.

Nasihat saya,berlapang dadalah dengan perjuangan ISMA,baca dan teliti segala usaha-usaha ISMA.Kemudian tanya dalam hati:

1-Adakah perjuangan ISMA ingin menghancurkan ISLAM?

2-Adakah perjuangan ISMA menguntungkan liberalisme,syiah dan pemikiran sonsang?

3-Adakah perjuangan ISMA yang mahukan parlimen di penuhi oleh Melayu Muslim itu salah?

4-Adakah perjuangan ISMA bercanggah dengan ISLAM?

 

Bacalah,dan telitilah setiap perjuangan ISMA.ISMA langsung tidak berniat untuk memporak perandakan politik ISLAM di Malaysia,malah ISMA menolong membantu perjuangan ISLAM di Malaysia.

Teringat dengan slogan “Calon Muslim Berwibawa” yang di bawa oleh ISMA dalam PRU13 baru-baru ini.Satu wacana Ilmiah di Mesir di adakan dengan mengupas isu “PRU13,Mahasiswa pilih siapa”.Teringat apabila salah seorang ahli panel dari ISMA Mesir menjawab persoalan moderator mengenai slogan calon muslim berwibawa:

Ahli Panel : Adakah semua calon PAS itu berwibawa?

Hadirin(yang kebanyakan ahli PAS) : Ya!!

Ahli Panel : Adakah semua yang bakal bertanding atas tiket PAS itu berwibawa?

Hadirin : Ya!!

Ahli Panel : Jadi ! Apa masalahnya dengan slogan kami “calon muslim berwibawa?”

Hadirin: (Diam)

 

Walaupun ISMA kalah di semua tempat tetapi seluruh ahli ISMA mendapat pelbagai pengalaman dalam meraih undi dan membuat Kafilah Dakwah.

Ada antara kami di pukul,di halang dari memasuki kampung,di fitnah dan macam-macam.Dan semua serangan-serangan yang di lalui jentera ISMA (BERJASA) kita hadapi dengan mahmudah(sifat kebaikan),kerana Mazmumah selamanya tidak boleh terlawan dengan Mazmumah,sebaliknya Mazmumah perlu di tenang dan di kawal dengan Mahmudah.

Biarpun ISMA kalah dan hilang deposit dalam PRU13 kali ini,tidak mengapa.Ini bukanlah perjuangan yang sia-sia,sebaliknya inilah perjuangan permulaan demi ingin melihat kerusi Parlimen di Malaysia di penuhi dengan seorang Muslim.

33,049 pengundi kebanyakannya bukanlah dari ahli ISMA,sebaliknya adalah semua pengundi-pengundi yang sedar perjuangan ISMA dalam memenuhi tuntuan syara’.

Inilah permulaan baru ISMA dalam kancah politik,biarlah di katakan melawan arus,asalkan perjuangan tidak lari dari al-Quran dan as-Sunnah.Bukan redha Manusia yang di cari tetapi sekurang-kurangnya ISMA dan seluruh ahlinya punyai hujah di depan Allah swt kelak bahawa kami cuba mempertahankan khilafah Islamiah dari di robek sang rakus kezaliman islam.

 

WA.

#keputusan pru13 yang membuatkan beberapa hari saya tidak tidur lena,mampukah suara parlimen sekarang mempertahankan islam,atau sebaliknya?Muhasabah.

 

Us.Abdul Halim Bin Abdullah bertanding di Parlimen Seremban dan tewas pada parti DAP dengan undian 6ribu lebih.

Us.Abdul Halim Bin Abdullah bertanding di Parlimen Seremban dan tewas pada parti DAP dengan undian 6ribu lebih.Hampir kesemua orang dalam gambar ini saya kenal.Percayalah! Perjuangan mereka adalah ingin melihat islam kembali memerintah di atas muka bumi ini.

 

 

Bersama beberapa orang sahabat yang membuat Undi Luar Negara(Undi Pos) di Kedutaan Malaysia seminggu awal sebelum pilihan raya di Malaysia.

Bersama beberapa orang sahabat yang membuat Undi Luar Negara(Undi Pos) di Kedutaan Malaysia seminggu awal sebelum pilihan raya di Malaysia.

 

Jalan Menuju Syurga

 DAKWAH ITU ADALAH PROSES, BUKAN HASIL AKHIR

Hari pertama perkenalan.

Bagi diriku, membuat dakwah  ibarat bercinta. Erk, bercinta, macam geli pula bunyinya. Bukan “cinta” itu yang dimaksudkan, tetapi hakikat jalinan hati yang bertaut demi kasih yang Maha Besar. Ya, begitulah pengalaman “cinta pertamaku”

Pertemuanku bermula di kuliah, seawal pagi ku tiba di kelas.  Aku melihat susuk tubuh seorang insan yang tidak pernah ku sangka akan ku ubah hidupnya. Aku memberanikan diri, menyapa insan ini.

“Er, assalamualaikum, siapa nama?”, sambil aku meletakkan beg di sebelahnya.  Wajahnya ceria menyambut sapaanku.

“Waalaikumsalam, nama ana Hakimi, boleh panggil Kimi. Enta siapa ya? Tak pernah nampak pula sebelum ini”

Perjumpaan pendek itu menjadi titik pemula perkenalan kami sehinggalah aku betul-betul hadam asal usulnya. Aku teringat pada kata-kata Ustaz Ikram semasa beliau menerangkan mengenai konsep dakwah iaitu bermula dengan pengenalan atau taa’ruf yang mendalam.

+++

“Nah, ambillah hadiah ini. Minyak wangi saja”, sambil ku menghulurkan padanya. Walaupun harganya kecil, tetapi bagi diriku, nilainya sangat besar bagi mengeratkan ukhuwwah antara kami.

“Syukran, Amir. Segan pula rasanya”, raut wajahnya tersipu-sipu menerima pemberian. Perkenalan kami berterusan selama sebulan. Bukan sahaja minyak wangi, malah aku juga pernah menghadiahkannya seuntai keychain yang memberi makna yang mendalam bagi diriku. Mana tidaknya, keychain yang dihadiahkan, terus disangkutkan pada begnya. Terharu diriku dihargai olehnya.

+++

Tingkatan iman.

Kring. Kring.

Aku tersentak. Aku memancing keluar telefon bimbit dari poket.

“Eh, Ini Kimi”, dengan pantas ku menjawabnya.

“Assalamualaikum, Amir, ana ada masalah sebenarnya. Pasport ana masuk washing machine. Enta tahu tak macam mana nak buat”. Bagai petanda dari Allah, peluang keemasan untuk merapatkan lagi jalinan persahabatan bersamanya di samping memulakan langkah-langkah kecil untuk membangkitkan Iman dalam dirinya.

Dengan penuh keyakinan aku menjawab,

“Ana tahu”.

Walaupun sebenarnya aku langsung tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.

“Jangan risau, enta tunggu sahaja di rumah. Nanti ana datang”

Sejurus aku memutuskan talian, aku terus mencari jawapan di benak fikiranku, bagaimana untuk membantunya. Aku terus menelefon Ustaz Ikram.

“Ustaz, tolong ana. Macam mana ya kalau pasport rosak?”, Ustaz Ikram menerangkan kepadaku dari awal hingga akhir proses urusannya.

Urusan pasport berjalan selama lima kali. Setiap kali pertemuan, aku mengambil kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih dekat di samping menerapkan nilai-nilai keimanan dalam dirinya.

+++

Diskusi kitab

Angin Mesir petang itu hangat. Keletihan setelah pulang dari kuliah masih belum berlalu. Dengan niat untuk berehat, aku duduk bersahaja di pinggir katilku. Fikiranku mula melayang. Teringat pesan Ustaz Ikram supaya setiap daie mesti mencari kelainan dalam membangkitkan ruh iman dalam diri mad’u.

Aku tersentak dari lamunan, pandanganku terarah kepada sebuah buku.

 Maza ya’ni intima’il Islam.(Apa erti saya menganut islam)

Hah, inilah tiket aku untuk mendekatinya. Aku mula merancang langkah seterusnya.

Petang itu selepas selesai dari kelas,sambil menuju ke arah bas,aku mendekati Kimi.Aku cuba buka topik yang menarik.Bagi diriku,tiada apa yang perlu di isi pada waktu ini melainkan dengan meningkatkan imannya.

“Kimi,boleh tak kalau ana nak tahu apa yang enta nak capai dalam hidup enta? Ada seorang ustaz pernah bagi tazkirah pada ana, agenda kita dalam kehidupan ini dapat dinilai dari cara bagaimana kita mengisi waktu lapang kita. Ataupun soalan mudah,apa yang enta selalu buat selepas solat subuh?”

“Erm, ana tak ada buat apa-apa, gosok baju, main ladtop, isi sahaja apa-apa sementara menunggu masa untuk ke kuliah” , balas kimi.

“Apa kata, kalau kita buat perjumpaan mingguan, kita bincangkan sama-sama buku ini”, sambil kuhulurkan kitab “Maza ya’ni intimail islam” pada nya.

Maka, bermulalah siri-siri perjumpaan mingguan, yang terisi dengan membedah buku tulisan Fathi Yakan itu.

+++

Menawarkan usrah.

Penantian selama tiga bulan membina hubungan ini, akhirnya aku sedar, masanya sudah tiba untuk menawarkan usrah.

Seperti biasa,dengan temujanji untuk mendiskusi buku bersama Hakimi,aku gagahkan diri untuk bangun lebih awal seperti biasa sebelumnya.Mula jam 3.00pagi aku mulakan langkahku keluar dari rumah dan hati mula berdebar.Masakan tidak,inilah pertama kali dalam hidupku, aku menarik seorang ummat Muhammad bersama seusrah denganku. Menggigil,bergetar,takut,gembira dan pelbagai perasaan bercampur baur dalam diriku. Aku takut pelawaanku padanya di tolak.

Aku bersedia dengan tiga jawapan yang bakal di berikan padaku. Samada dia langsung menerima tawaranku, atau dia menolak secara bulat-bulat, atau dia minta di beri masa. Fikiranku berlegar dengan tiga jawapan itu.

Sepanjang perjalanan ke rumahnya yang mengambil masa 15 minit aku penuhi dengan zikir, doa dan takbir pada Allah. Dalam masa yang sama hati masih lagi berdegup kencang.

Setiba sahaja aku di Masjid berhampiran rumahnya,azan subuh berkumandang, dan seusai solat,aku terus melangkah kerumahnya. Seperti kebiasaanya,dia akan solat subuh berjemaah di surau asramanya.

“Assalamualaikum Hakimi”

“Waalaikumsalam, ha, Amir,enta solat di Masjid ya?”

“Seperti biasa”,  jawapanku sedikit membuat dirinya tersenyum.

Dia sudahpun bersedia dengan buku ‘Maza ya’ni intima’il islam‘ di tangannya. Aku mulakan dengan mentadabbur surah al-infitar padanya. Aku huraikan seperti mana aku dapat dalam usrah. Sedikitpun tidak aku tinggalkan point penting dalam surah itu malah aku menambah sebaik mungkin.

Diskusi kitab juga aku lakukan seperti biasa, cumanya kali ini, aku lebih tekankan tajuk ke dua dalam buku itu yang menekankan mengenai kepentingan hidup berjemaah dan tuntutan islam pada kita. Sedikit sebanyak,tajuk pada hari itu memudahkan diriku untuk memberi tawaran usrah padanya.

Sebelum menutup pertemuan itu, aku mula mengatur langkah, menyusun kalam , membasahkan bibir dan memperkemaskan bahasa untuk aku menawarkan padanya untuk bersama-sama denganku di dalam usrah.

“Enta fahamkan bagaimana pentingnya untuk kita hidup dalam berjemaah”, soalku padanya.

“Alhamdulillah, sedikit faham”, jawap Hakimi yang sedikit tidak selesa

“Alhamdulillah, ana seronok tengok enta sebenarnya, hampir sebulan kita berdiskusi kitab ini, dan hari ini habis kesemua tajuk yang ada dalam buku ini, jadi ana rasa , bukan setakat kita baca sahaja, malah wajib juga bagi kita mempraktikalkannya”, aku mula menyusun langkah.

“Apa maksud enta? ” , soal Hakimi meragui kalimah ‘praktikal’ yang aku maksudkan.

“Ana nak enta bersama ana. Bersama merasai kemanisan tarbiyah yang ana rasa. Ana nak enta rasa indahnya hidup dalam tarbiyah. Ana nak enta rasa betapa pentingnya hidup berjemaah “, kalamku sedikit menggigil.

“Ana masih tak faham”

Mungkin bahasaku susah untuk kimi faham.Aku cuba sekali lagi dengan bahasa yang mudah.

“Ana nak enta bersama-sama ana dalam satu barisan jemaah yang akan meningkatkan tarbiyah dalam diri enta,malah bukan itu sahaja, kita sama-sama mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk lihat islam kembali bersinar. Ianya tak mampu untuk lakukan seorang diri, tetapi perlu bersama dalam sebuah jemaah. Akhirnya untuk enta mudah faham, ana nak enta bersama seusrah dengan ana”

Hakimi sedikit tertunduk. Mungkin dalam dirinya juga bercampur baur perasaannya. Aku menceritakan persediaanku sebelum mendengar jawapanya padaku.

“Hakimi,ana dah bersedia dengan tiga jawapan yang enta berikan pada ana. Samada enta tolak pelawaan ana, atau enta terima ana, atau enta minta ana berikan masa pada enta”, padaku mungkin solusi ini memudahkan dia untuk menjawap

“Ana bersedia dengan apa sahaja jawapan dari enta, ana tidak akan kecewa sekiranya enta tolak” , tambahku lagi.

Hakimi mula bersuara selepas tertunduk memikirkan jawapan.Hatiku bertambah gementar dan berdegup kencang.

“Amir,berikan ana masa sampai minggu depan”, ujar Hakimi.

Lega sungguh mendengar jawapan yang Hakimi berikan. Bermakna masih ada lagi peluang pada diriku untuk mendengar jawapan yang baik. Pertemuan kami berakhir dengan menetapkan tarikh pertemuan minggu hadapan.

+++

10 hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan.Di Mesir kebiasaanya Ramadhan akan di sambut dengan penuh ibadah.Masjid-masjid akan di buka 24 jam bagi memudahkan umat islam beribadah di dalamnya.

Hari ini pertemuan yang di janjikan tiba. Aku mengajak Hakimi untuk datang ke rumahku. Apabila masuk waktu Magrib aku bawanya solat berjemaah di Masjid kawasan rumahku. Seusai solat, aku mengajaknya pula menikmati minuman tebu di hadapan kawasan rumahku. Disanalah aku memulakan kembali perbualanku mengenai tawaranku padanya.

“Hakimi,bagaimana dengan tawaran ana pada enta minggu lepas”

“Hehe,ana sangkakan enta lupa,ana tunggu juga enta bertanya dari tadi”, Hakimi cuba berlawak denganku.Sememangnya dia seorang yang sangat kelakar.Hampir sahaja pertemuan kami di penuhi dengan lawaknya.

“Hehe, mana boleh lupa, jadi bagaimana Hakimi”

“InsyAllah Amir, ana cuba untuk bersama seusrah dengan enta”, jawap Hakimi jujur.

“Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah”

Bisikku dalam hati sambil aku tersenyum tanda gembira. Mahu juga mengalirkan air mata. Teringat dalam fikiranku kisah-kisah nabi terdahulu yang dakwahnya di terima kaumnya.

“Tapi Amir, ana akan balik ke Malaysia dua hari lagi,insyAllah”, tambah Hakimi.

Terkejut dengan kata-kata Hakimi,lalu aku mula memikirkan jawapan yang paling mudah padanya.

“InsyAllah,tidak mengapa, sejurus enta balik ke Mesir,kita akan sama-sama berusrah “, jawapanku yakin.

Pertemuan kami di akhiri di situ, dan dengan kapadatan program yang ada, aku menganggapkan itulah pertemuanku yang terakhir denganya.

Aku memberikan lambaian padanya sambil mataku terarah pada satu tempat di begnya,iaitu keychain yang ku berikan padanya dahulu, ternyata masih lekat di begnya, sedikit air mataku keluar merasakan nikmat ukhwah dan islam yang di berikan-Nya padaku.

+++

Setahun berlalu

“Duduk mesir ni,pejam celik,pejam celik dah hampir setahun berlalu” bisikku dalam hati.

Aku selalu berbisik dalam hati.Mungkin menjadi muhasabah untuk diriku tiap kali aku berbisik.Pernah sekali aku menangis,memikirkan masa depan dengan hanya berbisik dalam hati.Macam-macam.

qum zal zil zal zalah..qum,zal zil zal zalah

“eh,mesej dari Kimi” , dengan pantas aku membacanya.

“Salam amir,enta apa khabar? lama sungguh tak dengar berita,enta sihat ke?Alhamdulillah,ana dah sampai Mesir pagi tadi.”

Sepantas kilat aku membalasnya “Alhamdulillah,ana sihat,tak seronok rasanya bermesej,malam ini ana datang ke rumah enta”

Dari awal aku mendapat mesej sehinggalah ke malam hati,aku asyik senyum dan tertawa.Mungkin inilah yang di katakana ukhwah yang mendalam.Ukhwah yang lahir dari dalam hati,kemudian terikat dengan satu ikatan ukhwah dan akhirnya membentuk jiwa mu’min yang beriman bertaqwa pada Allah.

Seusai solat isya’ di Masjid Salam,lantas aku pergi ke rumah Kimi.Sedikit buah tangan aku bawakan untuknya.Jangkaan ku, mungkin Kimi sedikit lebih besar badannya selepas balik ke Malaysia.Mungkin.

Tok tok tok..

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam,masyAllah Amir,enta apa khabar?” , Kimi memelukku erat,sambil bertanyakan khabar.

“Baik,ana sihat,Alhamdulillah,enta apa khabar?”, sambil menghulurkan padanya buah tangan dariku.Jangkaanku meleset,badannya sedikit pun tidak berubah.Sama seperti dulu.

Malam itu kami berbual panjang,hampir jam 12 tengah malam.Macam-macam topik yang di bualkan.

“Ana minta izin dulu kimi,dah lewat malam ni”

“Enta taknak tidur di sini?”, pelawa Kimi padaku.Nak sahaja aku tidur di situ,memandangkan awal pagi esok aku terpaksa ke Tanta,terpaksalah aku pulang.

“Eh..kejap,mak ana ada kirim sesuatu untuk enta,tunggu kejap ya”, Kimi menahanku.Pelik.Bila pula mak Kimi kenal padaku?

“Ni..ambillah,mak ana beri pada enta” , sambil menghulurkan bungkusan bekas yang dalamnya berisi kuih raya Almond London.Aku tersenyum.

“Macam mana mak enta kenal ana Kimi?”,  tanyaku terang.

“Ana ceritakan pada mak ana pasal enta,dia pun kirim salam pada enta”, Kimi memang rapat dengan ibunya.Boleh di katakana semua cerita peribadi di ceritakan pada ibunya.

“Oh..ye ker..waalaikumsalam”

+++

Hampir terlupa

Bulan ini merupakan bulan ke tiga aku di Universiti al-Azhar.Bermakna di campurkan dengan kelas persediaan setahun,dan cuti selama enam bulan,sudah hampir setahun setengah aku di Mesir.

Tanpa perancangan yang rapi,dan kerja yang teliti,aku pasti akan menjadi sahabat-sahabatku yang lain.Rokok,cinta,malas,malah lebih dari itu lagi.

Bersyukur sangat sebab di beri tuhan nikmat yang tidak terhingga.Allah beri nikmat Islam,Iman dan banyak lagi.Juga aku bersyukur di temukan dengan sahabat-sahabat yang baik di Mesir ini.

Berkawan baik tak semestinya akan ke Syurga.Betul !

Tapi dengan kawan yang baiklah aku belajar jalan menuju syurga.Ikhlas beramal,jangan riya’,hidup mesti bermanfaat pada orang,dan banyak lagi.

Sekiranyalah aku tidak di takdirkan Allah untuk bersama mereka,entah apa akan terjadi pada diriku.Mungkin mabuk dengan bercinta,jiwa penuh dengan sikap ego,pemikiran yang di campuri hedonism.

“Amir,jom..” , sapa Kimi dari belakang,membuatkan aku sedikit tersentak

“Oh,ya!Nasib baik enta ingatkan ana,jom,nanti terlewat pula”

Petang itu kami berjalan bersama menuju redha Allah.Mencari sinar hakiki suluhan ciptaanNya.Menyelusuri nikmat-nikmatNya.Juga memuji ciptaanNya.Jalan yang bukan semua orang mampu miliki.Iaitu jalan menuju syurga yang hakiki.

Hakimi selepas pulang dari Malaysia 4 bulan lepas,sudah bersama denganku mengikuti usrah.Naqib kami Ustaz Ikram,banyak memberi tunjuk ajar pada kami.Dalam usrah banyak berbincang.

“Tarbiyah ini bermaksud meningkat.Meningkat dari satu peringkat baik kepada yang lebih baik”, kemas Ustaz Ikram menjelaskan mengenai tarbiyah.

Usrah sahaja tempat kami bersama berbincang masalah,saling nasihat menasihati dan akhirnya dalam usrah jugalah tempat kami menangis,gembira dan tertawa.

Ustaz Ikram selalu menutup usrah dengan memberi kami nasihat-nasihat yang kadang kala itulah menjadi ulaman kami.Hati yang kering dengan segala apa yang ada di sekeliling di basahi dengan kalam-kalam dari Ustaz Ikram.Boleh buat nangis,boleh buat ceria.Usrah seminggu sekali cukup membuatkan hati kami berkumpul dan bersatu hanya untuk menjadi insan yang bertaqwa pada Allah s.w.t.

Malam itu,seusai usrah,Hakimi tidur di rumahku.Sebelum tidur,dia sempat berkata pada ku.

“Amir,terima kasih banyak-banyak kerana enta bawa ana mengenali apa itu erti tarbiyah yang sebenar,ana dah rasa kemanisan tarbiyah itu”, katanya sedikit terkedu.

“Alhamdulillah,bukan ana yang pilih enta untuk bersama dalam jemaah ini,tetapi Allah yang memilih enta”, terdiam Kimi dengan kata-kataku.

“Kalau dah rasa kemanisan tarbiyah ni,apa tunggu lagi! Share kemanisan enta dengan semua orang !” ,  aku memberi sedikit peransang untuk Kimi menarik seberapa ramai orang untuk bersama dalam barisan jemaah ini.

“InsyAllah”, balas kimi.

+++

Kini

Sudah hampir 15 tahun berlalu.Kini aku berkhidmat sebagai seorang pegawai syariah di Seremban.Kerjayaku membuatkan aku selalu sibuk.Ada masanya hampir lewat malam tiba di rumah.

Cuma satu agenda yang besar dari zaman mahasiswa sehinggalah sekarang yang aku tidak akan lupa.Usrah.

Ternyata,dalam usrah membentuk diriku menjadi peribadi muslim.Berdakwah kepada sahabat-sahabat seperjuangan,mempunyai agenda hidup sebagai mahasiswa,dan sehinggalah sekarang,aku masih meneruskan lagi agenda besar ini.

Lahirnya individu muslim maka terbentuklah rumah tangga muslim.Aku di kurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinan aku semasa di Mesir lagi,dengan pasangan pilihanku.Bahagia.Ya ! Bahagia bila meletakkan taqwa pada Allah dalam hidup berumah tangga.

“Abi,ada kawan abi telefon”, Husna,anak pertamaku,baru 5 tahun memberikan telefon bimbit padaku.

“Assalamualaikum Amir,macamna malam ini?Jadi ker?”

“Waalaikumsalam,insyAllah kita jumpa malam ini jam 9malam”

Itulah sahabat yang dari dulu hinggalah sekarang tidak pernah jemu bersamaku dalam usrah.Mohammad Hakimi bin Khairuddin.Segar dalam ingatan.

Kebetulan di Malaysia kami tinggal di daerah yang sama.Hakimi sekarang bekerja sebagai seorang Pensyarah di UiTM Kuala Pilah dan menetap di Seremban.Mudah untuk kami berurusan.

Hakimi merupakan salah seorang mad’u yang bersama denganku seusrah sehinggalah sekarang.Ramai lagi yang turut bersama kami selepas itu.Hasil dakwah dari Hakimi dan aku.Ingat lagi ketika kami bersama mengadakan program makan-makan di samping mencari beberapa orang sahabat yang boleh bersama dalam usrah.Menarik.

Tapi itulah agenda kami ketika bergelar Mahasiswa.Mencari kebaikan.Mencari redha Allah.Juga membawa seberapa ramai kawan-kawan bersama dalam usrah.Mengubah peribadi dari jahiliyah sehinggalah menjadi seorang muslim yang berjaya.

Inilah bukti cinta kami di hadapan Allah kelak.Tarbiyah mampu mengikatkan hati-hati kami menjadi penyuluh cinta syurga yang hakiki.Tak ramai yang terpilih,syukurku hanya pada Allah.

Carilah agenda hidup sendiri.Aturlah sehingga menjadi Mahasiswa yang beragenda.

—————————

Ira Amirul Bin Razali

Kaherah, 4 Mac 2013

Perginya Ummu Nidhal 1949 – 2013

Ummu Nidhal bersama anaknya yang syahid ketika jihad menentang Israel.

Ummu Nidhal bersama anaknya yang syahid dalam pertempuran dengan rejim Israel

Pagi semalam di kejutkan dengan berita kematian Ummu Nidhal (atau di kenali Khansa’ Palestin – di ambil sempena sohabiah pada zaman Nabi Muhammad saw)

Ummu Nidhal Tenat

Pada hari Jumaat (15 Mac 2013) Ummi mula tenat dan sesak,dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi sekitar 2.00pagi-3.00pagi(waktu malaysia 9.00pagi) 17 Mac 2013.

Ummi menderita atas penyakit yang bertahun lama di hadapi,iaitu mengalami masalah radang pada usus dan beberapa masalah pada hati.

Kata-kata Ummu Nidhal

Berita kematian Ummu Nidhal cukup  buat saya sedih dan semangat.Mana tidaknya terngiang-ngiang lagi kata-katanya di telinga saya..

“Wahai anakku, engkau terlahir dari rahimku, hal yang paling termahal yang aku miliki. Bukan hal yang mudah bagi seorang ibu mengorbankan hal yang paling mahal dalam hidupnya, tetapi tidak ada yang lebih mahal dari kemulian Islam, Al Aqsha dan juga Palestina…”

Dan juga pernah terdengar Ummu Nidhal mengatakan sekiranya dia punyai anak seramai 1000orang,semuanya akan di hantar jihad medan perang.

Ummu Nidhal lahir pada 24 Disember 1949 dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika berumur 64tahun.

Jenazah Ummu Nidhal di usung oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyyah

Penghormatan di berikan oleh Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyyah mengusung jenazah Ummu Nidhal

Siapa Ummu Nidhal

Punyai 10 cahaya mata hasil perkahwinan dengan Fathi Ferhad (Juga syahid di medan perang) 6 daripadanya lelaki.3 daripada anaknya syahid di Medan perang dalam misi “istiyshadiah” ,dan selebihnya di kahabarkan menjadi tawanan Palestin.

Semangat dalam diri Ummu Nidhal membuatkan hati saya cukup tak sabar untuk berjumpa dengannya dalam misi-misi Aman Palestin ke Palestin akan datang sekiranya di beri peluang oleh Allah swt.

Akhirnya berita kesyahidan Ummu Nidhal kedengaran,belum sempat untuk bertemu.Hati rasa sedikit berbaur,samada gembira (kerana Allah bakal temukan keluarga mereka di Syurga) dan sedikit sedih sebab tidak di beri kesempatan untuk hidup dan bertemu dengan Ummu Nidhal.

 

Apa jihad Kita?

Bagi saya,Ummu Nidhal adalah role model kepada semua ibu-ibu yang ada di atas muka bumi ini.Berbekalkan semangat jihad dalam diri mendidik anak-anak untuk kenal erti jihad,kemudian membenarkan kesyahidan anak-anaknya.

Kita perlu ambil semangat Ummu Nidhal, dan tak perlu jihad di Palestin,

Jihad kita menuntut ilmu !

Jihad kita mencari nafkah untuk anak-anak !

Jihad kita menentang hawa nafsu !

dan banyak lagi jihad yang perlu kita lakukan !

 

Benarlah janji Allah

Allah berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar. ” al- Hujuraat ayat 15

“Sesungguhnya Allah membeli pada para mu’min diri mereka dan harta mereka dengan memberikan syurga bagi mereka.Mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh atau terbunuh… ” at – taubah (111)

Ummu Nidhal ketika sakit di Hospital sekitar bandar Gaza,Palestin

Ummu Nidhal ketika sedang sakit

Doa kita

Hari ini Allah temukan mereka satu keluarga di Syurga.

Mari kita sama-sama doakan agar kita termasuk dalam kalangan yang di sebut Allah “al-Muttaqin” dan “orang-orang yang berjihad pada jalan Allah”

Juga marilah kita mengambil semangat dari semangat Ummu Nidhal dalam kehidupan seharian kita.Juga didiklah anak-anak perempuan dan adik-adik perempuan kita menjadi seperti Ummu Nidhal.

Ya Allah ! Terimalah jasad Ummu Nidhal sebagai para syuhada dan tempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman.Jadikanlah bakal isteriku,bakal anak-anak perempuan ku,ibuku,adik-adik perempuanku,saudara-saudara perempuanku,akhwat-akhwat yang berada di atas jalan dakwah ini setabah dan sekuat Ummu Nidhal

WA

Sumber : غزة الأن dan Gaza alan web(Kewafatan Ummu Nidhal)