Jalan Menuju Syurga

 DAKWAH ITU ADALAH PROSES, BUKAN HASIL AKHIR

Hari pertama perkenalan.

Bagi diriku, membuat dakwah  ibarat bercinta. Erk, bercinta, macam geli pula bunyinya. Bukan “cinta” itu yang dimaksudkan, tetapi hakikat jalinan hati yang bertaut demi kasih yang Maha Besar. Ya, begitulah pengalaman “cinta pertamaku”

Pertemuanku bermula di kuliah, seawal pagi ku tiba di kelas.  Aku melihat susuk tubuh seorang insan yang tidak pernah ku sangka akan ku ubah hidupnya. Aku memberanikan diri, menyapa insan ini.

“Er, assalamualaikum, siapa nama?”, sambil aku meletakkan beg di sebelahnya.  Wajahnya ceria menyambut sapaanku.

“Waalaikumsalam, nama ana Hakimi, boleh panggil Kimi. Enta siapa ya? Tak pernah nampak pula sebelum ini”

Perjumpaan pendek itu menjadi titik pemula perkenalan kami sehinggalah aku betul-betul hadam asal usulnya. Aku teringat pada kata-kata Ustaz Ikram semasa beliau menerangkan mengenai konsep dakwah iaitu bermula dengan pengenalan atau taa’ruf yang mendalam.

+++

“Nah, ambillah hadiah ini. Minyak wangi saja”, sambil ku menghulurkan padanya. Walaupun harganya kecil, tetapi bagi diriku, nilainya sangat besar bagi mengeratkan ukhuwwah antara kami.

“Syukran, Amir. Segan pula rasanya”, raut wajahnya tersipu-sipu menerima pemberian. Perkenalan kami berterusan selama sebulan. Bukan sahaja minyak wangi, malah aku juga pernah menghadiahkannya seuntai keychain yang memberi makna yang mendalam bagi diriku. Mana tidaknya, keychain yang dihadiahkan, terus disangkutkan pada begnya. Terharu diriku dihargai olehnya.

+++

Tingkatan iman.

Kring. Kring.

Aku tersentak. Aku memancing keluar telefon bimbit dari poket.

“Eh, Ini Kimi”, dengan pantas ku menjawabnya.

“Assalamualaikum, Amir, ana ada masalah sebenarnya. Pasport ana masuk washing machine. Enta tahu tak macam mana nak buat”. Bagai petanda dari Allah, peluang keemasan untuk merapatkan lagi jalinan persahabatan bersamanya di samping memulakan langkah-langkah kecil untuk membangkitkan Iman dalam dirinya.

Dengan penuh keyakinan aku menjawab,

“Ana tahu”.

Walaupun sebenarnya aku langsung tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.

“Jangan risau, enta tunggu sahaja di rumah. Nanti ana datang”

Sejurus aku memutuskan talian, aku terus mencari jawapan di benak fikiranku, bagaimana untuk membantunya. Aku terus menelefon Ustaz Ikram.

“Ustaz, tolong ana. Macam mana ya kalau pasport rosak?”, Ustaz Ikram menerangkan kepadaku dari awal hingga akhir proses urusannya.

Urusan pasport berjalan selama lima kali. Setiap kali pertemuan, aku mengambil kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih dekat di samping menerapkan nilai-nilai keimanan dalam dirinya.

+++

Diskusi kitab

Angin Mesir petang itu hangat. Keletihan setelah pulang dari kuliah masih belum berlalu. Dengan niat untuk berehat, aku duduk bersahaja di pinggir katilku. Fikiranku mula melayang. Teringat pesan Ustaz Ikram supaya setiap daie mesti mencari kelainan dalam membangkitkan ruh iman dalam diri mad’u.

Aku tersentak dari lamunan, pandanganku terarah kepada sebuah buku.

 Maza ya’ni intima’il Islam.(Apa erti saya menganut islam)

Hah, inilah tiket aku untuk mendekatinya. Aku mula merancang langkah seterusnya.

Petang itu selepas selesai dari kelas,sambil menuju ke arah bas,aku mendekati Kimi.Aku cuba buka topik yang menarik.Bagi diriku,tiada apa yang perlu di isi pada waktu ini melainkan dengan meningkatkan imannya.

“Kimi,boleh tak kalau ana nak tahu apa yang enta nak capai dalam hidup enta? Ada seorang ustaz pernah bagi tazkirah pada ana, agenda kita dalam kehidupan ini dapat dinilai dari cara bagaimana kita mengisi waktu lapang kita. Ataupun soalan mudah,apa yang enta selalu buat selepas solat subuh?”

“Erm, ana tak ada buat apa-apa, gosok baju, main ladtop, isi sahaja apa-apa sementara menunggu masa untuk ke kuliah” , balas kimi.

“Apa kata, kalau kita buat perjumpaan mingguan, kita bincangkan sama-sama buku ini”, sambil kuhulurkan kitab “Maza ya’ni intimail islam” pada nya.

Maka, bermulalah siri-siri perjumpaan mingguan, yang terisi dengan membedah buku tulisan Fathi Yakan itu.

+++

Menawarkan usrah.

Penantian selama tiga bulan membina hubungan ini, akhirnya aku sedar, masanya sudah tiba untuk menawarkan usrah.

Seperti biasa,dengan temujanji untuk mendiskusi buku bersama Hakimi,aku gagahkan diri untuk bangun lebih awal seperti biasa sebelumnya.Mula jam 3.00pagi aku mulakan langkahku keluar dari rumah dan hati mula berdebar.Masakan tidak,inilah pertama kali dalam hidupku, aku menarik seorang ummat Muhammad bersama seusrah denganku. Menggigil,bergetar,takut,gembira dan pelbagai perasaan bercampur baur dalam diriku. Aku takut pelawaanku padanya di tolak.

Aku bersedia dengan tiga jawapan yang bakal di berikan padaku. Samada dia langsung menerima tawaranku, atau dia menolak secara bulat-bulat, atau dia minta di beri masa. Fikiranku berlegar dengan tiga jawapan itu.

Sepanjang perjalanan ke rumahnya yang mengambil masa 15 minit aku penuhi dengan zikir, doa dan takbir pada Allah. Dalam masa yang sama hati masih lagi berdegup kencang.

Setiba sahaja aku di Masjid berhampiran rumahnya,azan subuh berkumandang, dan seusai solat,aku terus melangkah kerumahnya. Seperti kebiasaanya,dia akan solat subuh berjemaah di surau asramanya.

“Assalamualaikum Hakimi”

“Waalaikumsalam, ha, Amir,enta solat di Masjid ya?”

“Seperti biasa”,  jawapanku sedikit membuat dirinya tersenyum.

Dia sudahpun bersedia dengan buku ‘Maza ya’ni intima’il islam‘ di tangannya. Aku mulakan dengan mentadabbur surah al-infitar padanya. Aku huraikan seperti mana aku dapat dalam usrah. Sedikitpun tidak aku tinggalkan point penting dalam surah itu malah aku menambah sebaik mungkin.

Diskusi kitab juga aku lakukan seperti biasa, cumanya kali ini, aku lebih tekankan tajuk ke dua dalam buku itu yang menekankan mengenai kepentingan hidup berjemaah dan tuntutan islam pada kita. Sedikit sebanyak,tajuk pada hari itu memudahkan diriku untuk memberi tawaran usrah padanya.

Sebelum menutup pertemuan itu, aku mula mengatur langkah, menyusun kalam , membasahkan bibir dan memperkemaskan bahasa untuk aku menawarkan padanya untuk bersama-sama denganku di dalam usrah.

“Enta fahamkan bagaimana pentingnya untuk kita hidup dalam berjemaah”, soalku padanya.

“Alhamdulillah, sedikit faham”, jawap Hakimi yang sedikit tidak selesa

“Alhamdulillah, ana seronok tengok enta sebenarnya, hampir sebulan kita berdiskusi kitab ini, dan hari ini habis kesemua tajuk yang ada dalam buku ini, jadi ana rasa , bukan setakat kita baca sahaja, malah wajib juga bagi kita mempraktikalkannya”, aku mula menyusun langkah.

“Apa maksud enta? ” , soal Hakimi meragui kalimah ‘praktikal’ yang aku maksudkan.

“Ana nak enta bersama ana. Bersama merasai kemanisan tarbiyah yang ana rasa. Ana nak enta rasa indahnya hidup dalam tarbiyah. Ana nak enta rasa betapa pentingnya hidup berjemaah “, kalamku sedikit menggigil.

“Ana masih tak faham”

Mungkin bahasaku susah untuk kimi faham.Aku cuba sekali lagi dengan bahasa yang mudah.

“Ana nak enta bersama-sama ana dalam satu barisan jemaah yang akan meningkatkan tarbiyah dalam diri enta,malah bukan itu sahaja, kita sama-sama mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk lihat islam kembali bersinar. Ianya tak mampu untuk lakukan seorang diri, tetapi perlu bersama dalam sebuah jemaah. Akhirnya untuk enta mudah faham, ana nak enta bersama seusrah dengan ana”

Hakimi sedikit tertunduk. Mungkin dalam dirinya juga bercampur baur perasaannya. Aku menceritakan persediaanku sebelum mendengar jawapanya padaku.

“Hakimi,ana dah bersedia dengan tiga jawapan yang enta berikan pada ana. Samada enta tolak pelawaan ana, atau enta terima ana, atau enta minta ana berikan masa pada enta”, padaku mungkin solusi ini memudahkan dia untuk menjawap

“Ana bersedia dengan apa sahaja jawapan dari enta, ana tidak akan kecewa sekiranya enta tolak” , tambahku lagi.

Hakimi mula bersuara selepas tertunduk memikirkan jawapan.Hatiku bertambah gementar dan berdegup kencang.

“Amir,berikan ana masa sampai minggu depan”, ujar Hakimi.

Lega sungguh mendengar jawapan yang Hakimi berikan. Bermakna masih ada lagi peluang pada diriku untuk mendengar jawapan yang baik. Pertemuan kami berakhir dengan menetapkan tarikh pertemuan minggu hadapan.

+++

10 hari lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan.Di Mesir kebiasaanya Ramadhan akan di sambut dengan penuh ibadah.Masjid-masjid akan di buka 24 jam bagi memudahkan umat islam beribadah di dalamnya.

Hari ini pertemuan yang di janjikan tiba. Aku mengajak Hakimi untuk datang ke rumahku. Apabila masuk waktu Magrib aku bawanya solat berjemaah di Masjid kawasan rumahku. Seusai solat, aku mengajaknya pula menikmati minuman tebu di hadapan kawasan rumahku. Disanalah aku memulakan kembali perbualanku mengenai tawaranku padanya.

“Hakimi,bagaimana dengan tawaran ana pada enta minggu lepas”

“Hehe,ana sangkakan enta lupa,ana tunggu juga enta bertanya dari tadi”, Hakimi cuba berlawak denganku.Sememangnya dia seorang yang sangat kelakar.Hampir sahaja pertemuan kami di penuhi dengan lawaknya.

“Hehe, mana boleh lupa, jadi bagaimana Hakimi”

“InsyAllah Amir, ana cuba untuk bersama seusrah dengan enta”, jawap Hakimi jujur.

“Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah”

Bisikku dalam hati sambil aku tersenyum tanda gembira. Mahu juga mengalirkan air mata. Teringat dalam fikiranku kisah-kisah nabi terdahulu yang dakwahnya di terima kaumnya.

“Tapi Amir, ana akan balik ke Malaysia dua hari lagi,insyAllah”, tambah Hakimi.

Terkejut dengan kata-kata Hakimi,lalu aku mula memikirkan jawapan yang paling mudah padanya.

“InsyAllah,tidak mengapa, sejurus enta balik ke Mesir,kita akan sama-sama berusrah “, jawapanku yakin.

Pertemuan kami di akhiri di situ, dan dengan kapadatan program yang ada, aku menganggapkan itulah pertemuanku yang terakhir denganya.

Aku memberikan lambaian padanya sambil mataku terarah pada satu tempat di begnya,iaitu keychain yang ku berikan padanya dahulu, ternyata masih lekat di begnya, sedikit air mataku keluar merasakan nikmat ukhwah dan islam yang di berikan-Nya padaku.

+++

Setahun berlalu

“Duduk mesir ni,pejam celik,pejam celik dah hampir setahun berlalu” bisikku dalam hati.

Aku selalu berbisik dalam hati.Mungkin menjadi muhasabah untuk diriku tiap kali aku berbisik.Pernah sekali aku menangis,memikirkan masa depan dengan hanya berbisik dalam hati.Macam-macam.

qum zal zil zal zalah..qum,zal zil zal zalah

“eh,mesej dari Kimi” , dengan pantas aku membacanya.

“Salam amir,enta apa khabar? lama sungguh tak dengar berita,enta sihat ke?Alhamdulillah,ana dah sampai Mesir pagi tadi.”

Sepantas kilat aku membalasnya “Alhamdulillah,ana sihat,tak seronok rasanya bermesej,malam ini ana datang ke rumah enta”

Dari awal aku mendapat mesej sehinggalah ke malam hati,aku asyik senyum dan tertawa.Mungkin inilah yang di katakana ukhwah yang mendalam.Ukhwah yang lahir dari dalam hati,kemudian terikat dengan satu ikatan ukhwah dan akhirnya membentuk jiwa mu’min yang beriman bertaqwa pada Allah.

Seusai solat isya’ di Masjid Salam,lantas aku pergi ke rumah Kimi.Sedikit buah tangan aku bawakan untuknya.Jangkaan ku, mungkin Kimi sedikit lebih besar badannya selepas balik ke Malaysia.Mungkin.

Tok tok tok..

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam,masyAllah Amir,enta apa khabar?” , Kimi memelukku erat,sambil bertanyakan khabar.

“Baik,ana sihat,Alhamdulillah,enta apa khabar?”, sambil menghulurkan padanya buah tangan dariku.Jangkaanku meleset,badannya sedikit pun tidak berubah.Sama seperti dulu.

Malam itu kami berbual panjang,hampir jam 12 tengah malam.Macam-macam topik yang di bualkan.

“Ana minta izin dulu kimi,dah lewat malam ni”

“Enta taknak tidur di sini?”, pelawa Kimi padaku.Nak sahaja aku tidur di situ,memandangkan awal pagi esok aku terpaksa ke Tanta,terpaksalah aku pulang.

“Eh..kejap,mak ana ada kirim sesuatu untuk enta,tunggu kejap ya”, Kimi menahanku.Pelik.Bila pula mak Kimi kenal padaku?

“Ni..ambillah,mak ana beri pada enta” , sambil menghulurkan bungkusan bekas yang dalamnya berisi kuih raya Almond London.Aku tersenyum.

“Macam mana mak enta kenal ana Kimi?”,  tanyaku terang.

“Ana ceritakan pada mak ana pasal enta,dia pun kirim salam pada enta”, Kimi memang rapat dengan ibunya.Boleh di katakana semua cerita peribadi di ceritakan pada ibunya.

“Oh..ye ker..waalaikumsalam”

+++

Hampir terlupa

Bulan ini merupakan bulan ke tiga aku di Universiti al-Azhar.Bermakna di campurkan dengan kelas persediaan setahun,dan cuti selama enam bulan,sudah hampir setahun setengah aku di Mesir.

Tanpa perancangan yang rapi,dan kerja yang teliti,aku pasti akan menjadi sahabat-sahabatku yang lain.Rokok,cinta,malas,malah lebih dari itu lagi.

Bersyukur sangat sebab di beri tuhan nikmat yang tidak terhingga.Allah beri nikmat Islam,Iman dan banyak lagi.Juga aku bersyukur di temukan dengan sahabat-sahabat yang baik di Mesir ini.

Berkawan baik tak semestinya akan ke Syurga.Betul !

Tapi dengan kawan yang baiklah aku belajar jalan menuju syurga.Ikhlas beramal,jangan riya’,hidup mesti bermanfaat pada orang,dan banyak lagi.

Sekiranyalah aku tidak di takdirkan Allah untuk bersama mereka,entah apa akan terjadi pada diriku.Mungkin mabuk dengan bercinta,jiwa penuh dengan sikap ego,pemikiran yang di campuri hedonism.

“Amir,jom..” , sapa Kimi dari belakang,membuatkan aku sedikit tersentak

“Oh,ya!Nasib baik enta ingatkan ana,jom,nanti terlewat pula”

Petang itu kami berjalan bersama menuju redha Allah.Mencari sinar hakiki suluhan ciptaanNya.Menyelusuri nikmat-nikmatNya.Juga memuji ciptaanNya.Jalan yang bukan semua orang mampu miliki.Iaitu jalan menuju syurga yang hakiki.

Hakimi selepas pulang dari Malaysia 4 bulan lepas,sudah bersama denganku mengikuti usrah.Naqib kami Ustaz Ikram,banyak memberi tunjuk ajar pada kami.Dalam usrah banyak berbincang.

“Tarbiyah ini bermaksud meningkat.Meningkat dari satu peringkat baik kepada yang lebih baik”, kemas Ustaz Ikram menjelaskan mengenai tarbiyah.

Usrah sahaja tempat kami bersama berbincang masalah,saling nasihat menasihati dan akhirnya dalam usrah jugalah tempat kami menangis,gembira dan tertawa.

Ustaz Ikram selalu menutup usrah dengan memberi kami nasihat-nasihat yang kadang kala itulah menjadi ulaman kami.Hati yang kering dengan segala apa yang ada di sekeliling di basahi dengan kalam-kalam dari Ustaz Ikram.Boleh buat nangis,boleh buat ceria.Usrah seminggu sekali cukup membuatkan hati kami berkumpul dan bersatu hanya untuk menjadi insan yang bertaqwa pada Allah s.w.t.

Malam itu,seusai usrah,Hakimi tidur di rumahku.Sebelum tidur,dia sempat berkata pada ku.

“Amir,terima kasih banyak-banyak kerana enta bawa ana mengenali apa itu erti tarbiyah yang sebenar,ana dah rasa kemanisan tarbiyah itu”, katanya sedikit terkedu.

“Alhamdulillah,bukan ana yang pilih enta untuk bersama dalam jemaah ini,tetapi Allah yang memilih enta”, terdiam Kimi dengan kata-kataku.

“Kalau dah rasa kemanisan tarbiyah ni,apa tunggu lagi! Share kemanisan enta dengan semua orang !” ,  aku memberi sedikit peransang untuk Kimi menarik seberapa ramai orang untuk bersama dalam barisan jemaah ini.

“InsyAllah”, balas kimi.

+++

Kini

Sudah hampir 15 tahun berlalu.Kini aku berkhidmat sebagai seorang pegawai syariah di Seremban.Kerjayaku membuatkan aku selalu sibuk.Ada masanya hampir lewat malam tiba di rumah.

Cuma satu agenda yang besar dari zaman mahasiswa sehinggalah sekarang yang aku tidak akan lupa.Usrah.

Ternyata,dalam usrah membentuk diriku menjadi peribadi muslim.Berdakwah kepada sahabat-sahabat seperjuangan,mempunyai agenda hidup sebagai mahasiswa,dan sehinggalah sekarang,aku masih meneruskan lagi agenda besar ini.

Lahirnya individu muslim maka terbentuklah rumah tangga muslim.Aku di kurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinan aku semasa di Mesir lagi,dengan pasangan pilihanku.Bahagia.Ya ! Bahagia bila meletakkan taqwa pada Allah dalam hidup berumah tangga.

“Abi,ada kawan abi telefon”, Husna,anak pertamaku,baru 5 tahun memberikan telefon bimbit padaku.

“Assalamualaikum Amir,macamna malam ini?Jadi ker?”

“Waalaikumsalam,insyAllah kita jumpa malam ini jam 9malam”

Itulah sahabat yang dari dulu hinggalah sekarang tidak pernah jemu bersamaku dalam usrah.Mohammad Hakimi bin Khairuddin.Segar dalam ingatan.

Kebetulan di Malaysia kami tinggal di daerah yang sama.Hakimi sekarang bekerja sebagai seorang Pensyarah di UiTM Kuala Pilah dan menetap di Seremban.Mudah untuk kami berurusan.

Hakimi merupakan salah seorang mad’u yang bersama denganku seusrah sehinggalah sekarang.Ramai lagi yang turut bersama kami selepas itu.Hasil dakwah dari Hakimi dan aku.Ingat lagi ketika kami bersama mengadakan program makan-makan di samping mencari beberapa orang sahabat yang boleh bersama dalam usrah.Menarik.

Tapi itulah agenda kami ketika bergelar Mahasiswa.Mencari kebaikan.Mencari redha Allah.Juga membawa seberapa ramai kawan-kawan bersama dalam usrah.Mengubah peribadi dari jahiliyah sehinggalah menjadi seorang muslim yang berjaya.

Inilah bukti cinta kami di hadapan Allah kelak.Tarbiyah mampu mengikatkan hati-hati kami menjadi penyuluh cinta syurga yang hakiki.Tak ramai yang terpilih,syukurku hanya pada Allah.

Carilah agenda hidup sendiri.Aturlah sehingga menjadi Mahasiswa yang beragenda.

—————————

Ira Amirul Bin Razali

Kaherah, 4 Mac 2013